Sunday, October 27, 2013

Langkawi vacation


Assalam & salam sejahtera


Dah dekat 2minggu balik dari holiday ke Langkawi. baru harini nak post hehe

Actualy tiket dah beli setahun yang lepas masa Air asia tengah buat promo free seating. Masa tu member ofis yang cadangkan. cari punye cari yang minat ke langkawi je masa tu.

Belek punya belek tarikh tu kene tepat time Hari Raya Haji.

Terus call mak kat kg mintak permision sbb raya tu patut turn balik rumah mak. op kos la dah dpt keizinan dari en suami baru call mak.










 Sebenarnya harga tiket untuk 4orang dewasa dan seorg infant pergi & balik.
Harga tiket infant memang lebih mahal dari tiket org dewasa. RM50 sehala.pergi balik RM100.
so, tiket org dewasa consider murah lagi sebab pegi balik baru RM60++ mcm tu. Untuk free seating ni saya x pilih tmpt duduk & tambah luggage pn. tapi bila naik2 je tgk tmpt betul2 tepi tingkap, hehe..x de apa pn yg syok duduk tepi ni. dh la flight tgh malam..apa pn x nampak. Layan pict Numa & Daddy yang 1st time naik flight.

Sempat posing sementara tunggu penumpang penuh.

Ni time selamat landing di Langkawi. sekejap je 40min dah sampai dari LCCT.

Numa was very happy


Maka...dijadikan cerita terbang lah kami bertiga, oppss berlapan termasuk 2org infant.



Kat sana, kami stay di homestay di area kuah. harga pakej RM500 (stay 3hari 2malam, sebuah kereta avanza). Kire murah juga sbb jatuh 1couple RM 167. kalau bercuti ngan family atau kwn2 boleh cari homestay sbb jimat. Langkawi kire x besar mana so nak stay jauh sikit pn x pe sbb ade kereta kan. 
 Dalam homestay tu ok sangat dah bg pelancong mcm kami ni. stay untuk tidur je. seharian dh keluar berjalan. ada 3bilik tidur, 1 bilik air disamping peralatan rumah dapur,peti sejuk, mesin basuh, lcd tv with astro, meja makan 6org, sofa, seterika, towel, selimut. Pendek kata cukup selesa.


 
Kami x plan pun tentatif perjalanan. main redah je. depa yang lain tu semua penah p sini. kami sekeluarga je belum. sampai2 langkawi terus p homestay n x de apa buat. saya dan zarin buat bubur untuk anak2. yg lain just get rest n terus tdo. 
Esok pagi depa semua bangun lambat. numa budak paling awal bgn.En hubby g kuar beli sarapan nasi lemak. Terlupa time ru raya haji, kt utara kalau raya haji depa sambut lebih meriah dari kita sambut raya puasa. so banyak kedai makan x bukak.

Lepas siap2 semua pukul 10 jugak kami bertolak dari kuah. Pagi tu pulak hujan lebat angin bertiup kencang. Plan nak naik cable car di Oriental Village. Tapi x jadi sbb hujan.

So 1st destination pergi Dataran Lang. hujan baru berhenti masa tu. Orang x ramai pun. banyak pelancong asing je. So, ktrg just snap2 sikit picture and singgah di kedai souvenier..tengok2 je. one of my friend ckp ada satu kedai tu jual fridge magnet yg x de design yg sama dgn tmpt lain jual.
sekali sekali teringin posing ala bujang hehe





  

Lepas tu kami bergerak ke Makam Mahsuri. tp sampai2 kt sana je hujan balik. memandangkan anak2 dah tdo, tmpt tu pulak open space...x jadi kami nak masuk. 


Pastu jalan punya jalan ktrg terus menuju ke Gunung Raya. sblm tu singgah di Wildlife park. time tu hujan, lepas berbincang sikit dlm kereta semua org x setuju nak masuk sbb lepas tgk pamplet mcm biasa2 je. n tiket pn RM18 mcm x berbaloi.

It was unexpected plan pun nk naik ke gunung raya tu sbb petrol sikit sangat. memula x berani tp redah je lah. Sampai jugak ke atas dapat la tengok view yg sangat cantik..subhanallah..








Spent time dlm 15min atas tu menikmati udara segar n view yang cantik.. then ktrg pn decide nak turun. actualy x de la ambik masa lama sangat nak naik n turun tu. walaupun jalan bengkak bengkok mcm nak naik genting and cameron highland, tapi ni x tinggi sangat. tp sejuk die mengalahkan genting highland. maybe sebab lepas hujan kot pg tu.

So,  perjalanan diteruskan... perut masing2 lapaq. tengok2 jam dah pukul 3. carik tmpt makan. banyak tutup. 

Jalan punya jalan tejumpa kedai makan betul2 kt simpang. kami pun makan kt situ. banyak sangat lauk. ikan bakar ayam bakar semua ada. Member sorg ni yang mmg lapaq x ingat rembat ikan goreng, ikan bakar share ngan boipren die. ahaha sekali sampai bil RM30+++.mampu?? haha rupenya kt situ memg mahal. sbb ade kwn yg stay situ ckp.. x pe lah, dh memg x jupe kedai lain.

budak dua org yg sangat behave along this vacation love u two soo much

tq ibu ryn tolong suapkan numa. satu bekas penuh tu habis okeh dua org ni makan

daddy tetap selera walau dimana pn beliau berada.tu yg nampak.. yg x nampak disebalik beg tu x sanggup tengok hehe


Lepas makan semua, kami meneruskan perjalanan ke pantai chenang. cuaca sangat baik. redup je. memula x nak mandi. x tukar baju pun. tapi bila dah nampak pantai yg sangat cantik, terus patah balik n tukar baju. haha..

Oppss.. tp sblm tu sempat singgah Underwater world.Tiket masuk infant FOC. dewasa RM 28. murah sikit dari Underwater world klcc Still gerimis, tp sebab tempat tertutup ktrg masuk jugak la memandangkan hari itu lgsung x masuk mana2 tmpt hhehe..layan pict






budak ni nangis sbb takut tgk banyak ikan2 besar.ummi daddy mcm biasa posing tu wajib!

wif one of my besties.happy!

live show..hehe

kt tempat penguin. lg mcm2 jenis penguin kt sini dari kt melbourne.

yeah..serahkan pd ummi bab posing!






daddy pn nak jugak posing sorg


 Actualy masa mula masuk ke dlm underwaterworld ni ada sorg pekerja yg siap ngan dslr kamera suruh ktrg posing dpn 1set ni. in fact, semua pengunjung yg masuk kene posing kt situ. Dan di tempat penguin tu pn ada org yg sama buat mcm tu. mula2 ingat kene bayar. rupenye ramai yg posing kt situ n diorg kata free je. siap boleh mntk budak tu snap kn pict kite pakai kamera/fon sndiri. Rupenye ada udang sbalik mee udang hehe.. sebelum keluar dari tmpt tu ada 1meja yg penuh dengan pict2... rupenye kene byr daaa kalau nak.. diorg dh siap print kan. sekali dengan souvenier yg dalm tu ade air n glitter kalau kite goncang2 tu. dlm tu print pict kite kat 2tempat posing tadi. en hubby beli..boleh pilih sebenarnya. untuk 2 pict dan 1bubble tu x silap almost RM100 jugak. tp en hubby pilih 2pict tu je x silap RM50. 1pict kt tmpt masuk n 1lg kt penguin area tu. Ok la kalau nk harapkan kite print sendiri mmg x boleh harap lah hehe..Lepas keluar tu terus nampak duty free mall yg jual mcm2 choc n brg2 duty free. ada pinggan corell, n mcm2 lah... cuci mata je..

Pastu posing kat pantai chenang.





Numa at first nangis2. jejak pasir pn x nak. tp lepas 30min die seronok. tgk big smile at her face :)

Dapat la tengok sunset kat situ. Subhanallah..memang cantik sangat2. nak bersantai pn best. kerusi putih yg tmpt lepak2 tu free je. sll mcm kt pd kene byr kan. And along the beach banyak mini bar mcm style pantai mat saleh n makcik2 jual mee udang. quite mahal jugak mee udang situ RM14 satu mangkuk tp membe ckp sedap n puas hati. Siap ada bath tub kecik nak cuci badan lepas mandi depan toilet awam tu. yg penting pantai tu bersih n udara nyaman.

Lepas habis tu kami jalan kaki ke Chenang Mall. ade membe ckp satu kedai buat clearance stok chocolate kt situ sbb dh nak expired date. x sempat snap picture sbb bz pilih choch. haha

Dapat la rembat choc sikit untuk bg kt kwn n family di kl. expired date bulan january 2014. klu dh choc tu sll nya x panjang usia nye kan. Kit kat bar RM 1 je. Gula-gula Fox satu bekas RM1. banyak choc RM1 kene pilih2.. ktrg berjaya rembat 48 keping choch. hehe

Then heading back to homestay. malam tu x banyak aktiviti kami buat, try carik restoran western pernah terbaca di page Oh! media. tp x jumpa. rupenye tutup. so ktrg layan restoran nelayan. harga not bad. x khusyuk sgt makan sbb anak tdo kt pangku.

So, balik rumah mcm biasa, sembang2 kemas2 sbb esok nye nak balik kl dah. elok sampai rumah bangun dua askar kecil ini, time ni mak2 sibuk gosip. anak2 melompat2 main.


Pagi esok mcm biasa la anak2 bangun lambat sbb mlm sblm tu tdo pkl 3pagi. lepas buat breakfast sikit, pkl 10.30 keluar rumah.

Me and alice flight awal pukul 4.30ptg while zarin 9malam. so ktrg kene rush g tmpt2 menarik sbb at least pkl 3.30 dah kene ada di airport. tp dh siap check in awal2 masa kt kl haritu. 

First place ktrg pegi adalah pekan kuah, shopping brg sikit. mak order kuali ajaib. survey di Warisan & Haji Ismail. kedai sebelah2 je. so boleh lari sana sini compare harga. Harga x jauh beza sangat. ada some items murah di Haji Ismail, ada yg murah di Warisan. Untuk kuali ajaib saya beli di Haji Ismail jenama HIG (Haji Ismail Group). 36inc RM79 je.. yg 32inc RM69. jenama lain ada jugak Vintage ke Vantage ntah. 32in RM99. jenama Ikan x de pulak kelihatan  hehe..

So beli coklat sikit , en hubby beli tshirt kawan die order. kami siap beli beg plastik yg kaler2 zip diatas tu untuk simpan brg yg dibeli. sbb ktrg just bawa bag galas belakang je.  Memula risau takut overweight..tp lenjan je la. 

So, we decide nak terus pegi Oriental Village. On the way tu singgah lunch. x jauh dari tempat beras terbakar. quite good makanan disitu. Nampak ramai trainee pilot n abg2 polis. 

Then, heading to Oriental village perjalanan mengambil masa lebih kurang 30min dari tmpt tu. 
Cuaca panas...

memula nak jalan2 je. x decide nak naik cable car pun. memandangkan jam dah almost 1pm..  Masa kami sampai Duck Tour tu baru je 5min berlepas. kalau x boleh juga try naik tu. for the next trip is another 45min.. x kan nk tunggu kan nnti x smpt ke airport.

En hubby ckp pict ni very RARE.. haha aptb. Anyway ni la kuda untuk riding. bukan murah tau




Manusia2 ni yg sll berada disisi whenever am happy and sad hececeh..love u guys a lot


Masa jalan2 tu saja try tgk tmpt cable car. kt situ x ramai org. tp pelancong asing ramai. Pak arab toksah ckp la. kt malaysia ni merata boleh jumpa. X yah beratur pn. lepas beli tiket boleh trus naik. no Q at all.. hehe

Memula mmg mati2 x nak naik. en hubby excited katanya rugi x naik bila dh sampai sini. dh la sll nya ramai org. Alice n pijan pn xcited walaupun dh pernah naik.

Me? biasala... fobia tmpt tinggi.

Zarin n pali mmg langsung x nak naik. mcm2 alasan. sakit perut la nak berak la padahal mmg takut tinggi.

Tiket RM15 je. Baby free..

Sepanjang naik keatas tu ada 2 or 3 tmpt pit stop. boleh turun snap pict n rilek2, boleh tgk view yg sangat cantik. 


manusia x meriah sangat,lengang je...

Mula berlepas...serrrammm

Jauh lg perjalanan...


Muka je sengeh..lepas snap sambung jerit

Priceless view..Subhanallah..

Last pit stop x silap.. Jambatan gantung tu x leh lalu sbb under maintenance.. Kalau boleh pun x ku hengen nak lalu

Nak turun mmg ramai. kene beratur sikit

View dari tangga kt pit stop tu. yg nampak tu pit stop yg 1st..

Awesome moment..

Q masa nak turun. x ambik masa lama pn









Overall masa yg diambil 15-20min kot. kejap je sbb ktrg stop at last pitstop. 

Turun tu terus menuju ke airport. sbb jam dh menunjukkan pukul 3pm.
Perjalanan ke airport dari situ lebih kurg 30min jugak.

Sampai2 airport terus check bag kt tmpt kastam n terus ada announcement. memang ngam2 je ktrg smpai tu huhu..

Goodbye Langkawi..

Dapat tempat yang sama masa pegi. tpi tingkap! this time dapat tgk view from top




Apa pun..walau x plan sangat n x dpt pegi semua tmpt menarik di Langkawi.. it was one of the best place to visit in Malaysia. Fresh air, good food and soo greeny

Inshaallah I dont hesitate to come back again here...

Enjoy every beautiful moment here..

Sekian..

0 comments on "Langkawi vacation"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez