Tuesday, January 14, 2014

Cara mengenalpasti waktu subur

2 comments
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Harini nak berceloteh tentang cara mengira tempoh kesuburan bagi wanita. Memandangkan saya dan suami pun tengah merancang untuk tambah anak kedua inshaallah...
Tempoh subur bermaksud tempoh dimana ovulasi berlaku (telur dilepaskan daripada ovari). Telur akan bersedia untuk disenyawakan jika terdapat kehadiran air mani. 

Selepas beberapa tempoh, jika tiada air mani utk disenyawakan telur akan melekat di dinding rahim dan gugur jadi lah darah haid.ok, cra paling senang dan banyak digunakan untuk kenalpasti waktu subur adalah melalui system calendar as simple as this :
Sistem calendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20
Penting untuk mengetahui tempoh subur ni supaya suami isteri dapat merancang kehamilan samada mahu ada anak atau menangguh dulu.


Ok, jom tengok tanda2 tubuh semasa tempoh subur. Kena perhati betul2, waktu subur ni limited dlm cycle kita.

1. Perut sedikit buncit & berasa kenyang walaupun x makan banyak.Ini adalah disebabkan oleh tubuh menampung lebihan air semasa tempoh subur ini.

2. Cairan keputihan (Cervical Mucus)
Ok, selalu x perhatikan ada keputihan jernih cair macam putih telur kt panties tu. tu maknanya kita tgh subur. Betapa Allah Maha Kaya & Bijaksana. Fungsi cairan ni untuk memudahkan sperma meluncur laju utk berjumpa ngan telur .  Cairan akan bertukar menjadi lebih pekat menandakan tempoh ovulasi hampir ke penghujungnya. Air mani akan lebih sukar berenang jika cairan pekat ni sudah terhasil. Subhanallah..sangat takjub dengan ciptaan Maha Esa.

yang ni cair. sedang elok lah nak 'bersama'

yang ni cairan dah jadi pekat. Chances persenyawaan rendah.

3. Sakit pinggang
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.

Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

4. Feeling seksi & menawan
Memang automatic ada rasa begini. Rasa nak ngendeng2 kt hubby, feeling macam sexy ala supermodel. Jangan x tau, sebenarnya tubuh kita ada kelurkan bau harum sebagai penarik utk en suami untuk 'bersama'. Dan bau ini hanya suami yang dapat cium. Bukan la semerbak macam pakai sebotol minyak wangi tu..Hebat kan Allah!



Tentang persediaan sebelum & semasa kehamilan kita sambung entry lain pulak ye.


SUPPLEMEN MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI

 


Monday, January 13, 2014

Bagaimana nak hilangkan selulit??

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera semua

Bulan ni promo Shaklee Alfalfa. Tapi, apa kaitan dan kene mengena dengan tajuk post ni. hehehe.. sebelum tu sila renung picture ni.. macam biasa nampak ye x? hehe..ni lah selulit. selulit adalah kerana proses peregangan kulit kita sehingga terlihat segala lemak yang tersembunyi. Selulit juga menandakan toksik dalam badan kita tinggi. Selain dengan kerap bersenam & amalkan pemakanan seimbang, supplemen juga membantu menghilangkan selulit ni.

 Supplemen apa? Jom berkenalan dengan si hero selulit ni!

Sumber google. Selulit ai dah hilang okeh :D



First thing first nak cerita sikit tentang Alfalfa aka Raja Segala Makanan. Kenapa digelar Raja Segala Makanan? dan siapa yang memandai gelar nama ni semua?hehe..rileks rileks..jom baca

Alfalfa ni apa?


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Wah..macam best je kan? sbb complete nutrient dalam tu

Tapi, apa fungsi nya untuk tubuh kita?Banyak sangat nutrient x faham la?

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol jahat 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Semua orang boleh ambil Alfalfa ke?Saya mengandung boleh makan x?
Kerana kandungan antioksidan yang tinggi, Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE & Ibu Mengandung.
Jadi, apa kene mengena Alfalfa dengan buang toksik dlm badan?
auww..saya suka soalan ni. Memang banyak sgt kene mengena nye. Kerana alfalfa tinggi kandungan anti oksidan nya, jadi memang tugas dia lah stabilkan semula segala toksin dlm badan. Proses penyingkiran melalui najis atau perpeluhan.
Tips saya nak kongsikan untuk detoks :
Sebelum makan makanan berat / berminyak/ tinggi kolestrol, telan 4-5biji alfalfa. Amalkan setiap hari. Inshaallah proses nyahtoksin akan berjalan dengan lancarnya.




******************************************************************************

Persediaan ini bukan untuk mendiagnos, mengubat atau merawat sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk harga MENARIK!
Sms/whassap 0166955345
Email: zuramie85@yahoo.com

 

Thursday, January 9, 2014

Resepi Cotton Cheese Cake

0 comments

Ahha... saya memang penggemar cheese cake. In fact apa jenis makanan yang ada cheese is my fav. hehe.

So, alkisahnya dah lama teringin nak buat cheese cake ni. Baru harini dapat buat. Saya kongsikan resepinya disini dan beberapa pict untuk tontonan umum hehe..

Pnskn oven dlm 150c.







BAHAN-BAHAN

5kping cheesdale..
170ml susu segar..
70g butter
80g tpung kek d ayak
4 bj tlur putih n kunig d asingkn
1sdt vanilla
80g gula halus



Bahan untuk Topping
250g crm cheese
Susu pekat ikut suka
Jus lemon ikut suka
Cheddar d parut...

CARA-CARA

Masak susu...chesdale siat2 biar cpt hancur n butter smpi cair dan ketepikn..

Mix putih tlur smpi brbuih..ltak gule skit2x..mix smpi brtnduk...d trbalikkn x jatuh..

Mgkuk lain...mix kunig tlur n vanilla....br la msukkn bhn yg d msk td....mix sebati...msuk tpug ckit2x....smpi abis..br la cmpur dgn bhn puth tlur yg td....ambil ckit dmi ckit....cmpurkn smua smpi sbati...

Alas loyg dgn baking paper

Bakar dlm 150c 50mint..masak secre double boiler..Iaitu letak kan loyang yag berisi adunan tadi didalam tray yang diisi air



Topping..
Mix cream cheese..susu pkat..n lemon sehingga sbati...dan sapu pd kek...n parut cheddar..tabur ats kek
masuk dalam peti n sejukkan. memang wallah...

siap.


 
bahan2 nya..ni utk kek je. topping lupa nak snap



serius gebus gebas



potong kepada 3bahagian. 2lagi tupperware untuk member. Saya nye x nak kalah...nak tabur oreo hehe
balik keje en suami ngap separuh tupperware.mampoo? hehe


serius x rugi try resepi ni. memang best sangat. nanti nak buat lagi. tp choc and pandan cake pulak. 

Chop!!!

Risau gemok ke kalau makan kek? ishish sadis kan... jom try Omega guard shaklee.. lepas makan makanan berlemak terus ambik sebiji/2biji . Sebab Omega guard is a fish oil dimana berfungsi meningkatkan metabolic tubuh (bakar lemak cepat & tukar kepada tenaga). So, x perlu risau sangat la...rugi oo x nikmati nikmat makanan hehehe..

Nak tanya lebih lanjut tentang omega tu sms/whassap je 0166955345.. special price menanti anda!

Anda ada anak 1tahun keatas? Yang nak ambil exam? Ini penting untuk anda!

0 comments

Selalu juga kita lihat ibu bapa mula mendesak anak-anak mengambil pelbagai makanan tambahan apabila anak di tahun exam sperti UPSR, PMR, ataupun SPM.. senario ini adalah sesuatu yang tidak asing di kalangan kita.. persoalanya mengapa kita tidak bermula dari awal? sejak dari dalam kandungan.. apa yang baik yang kita beri pada anak-anak.. maka baiklah yang anak-anak dapat.

Kenapa ibu- ibu wajib memilih omega dan mealshake sebagai supplement wajib ank-ank ????

Salah satu sebab nya adalah kerana anak- anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan fizikal dan mental. Lebih- lebih lagi anak- anak kita hari ini sangat terdedah dengan makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat. Oleh itu, supplement menjadi sesuatu yang cukup penting untuk membantu perkembangan anak-anak.

Ok, jom berkenalan dengan Omega Guard & Mealshake shaklee ni.

MEALSHAKE

 
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


OMEGA GUARD



Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh dihasilkan oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. 

DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak . Omega guard shaklee diperbuat dari minyak ikan laut dalam. tidak seperti kebanyakan minyak ikan lain yang diperbuat daripada hati ikan. thats y kebanyakan fish oil brand lain ade bau hanyir sikit. berbanding Omega guard shaklee ni, walaupun masih ada bau tapi tidak hanyir. Pendek kata kebanyakan kanak2 akan sukakan ni.

apa kelebihan minyak ikan shaklee berbanding jenama lain:?
Minyak ikan Shaklee melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat dari logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.
Tahukah anda kebanyakkan minyak ikan di pasaran mengandungi PCBs yg berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Anda boleh rujuk website Fish Oil Safety untuk info lanjut.
Selain daripada memastikan ianya 100% selamat, proses ini juga:
  • Memekatkan (concentate) dan menulenkan (purity) lemak Omega-3.
  • Mengurangkan oxidation dan pembentukan lemak trans (trans fat).
  • Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

Jom kenali kebaikkan Omega Guard dan Mealshake pula:

Manfaat Omega Guard:
1) Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak
2) Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
3) Membantu merawat eczema.Omega membantu dalam mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kegatalan dan radang, menguatkan dan melembapkan membran sel supaya kulit tidak kering dan bersisik.
4) DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
Disyorkkan juga untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme.
5) Pengambilan Omega dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Manfaat Mealshake:
-Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral -sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
-Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak
-Meningkatkan selera makan anak
-Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
-menangani masalah SEMBELIT pada kanak-kanak

-amat bagus untuk kanak-kanak yang OBESITI





Cara pengambilan:
Omega : 1biji 1hari selepas makan. 
Mealshake: 1sudu kecil 1hari dicampurkan didalam minuman selain minuman berkafein & karbonat.





Berapa lama boleh tahan? 
Omega: 1 botol 90biji, boleh tahan sehingga 3bulan. 
Mealshake: boleh tahan sehingga 3-4bulan


Usia berapa boleh ambil supplemen ni?

Ha..yang ni ramai suka tanya.Sebenarnya supplemen ni boleh mula diambil sejak usia 1tahun dan keatas. bagi ibu2 yang masih breastfeed baby, ibu2 boleh amalkan terus supaya baby pn dapat khasiat.

Jom mak lanja testimoni pulak

Testimoni

Akak2 ni semua puashati dengan mealshake untuk anak mereka.


Akak ni pulak anak dia ada ekzema. Tq kakak :D

Alhamdulillah..selsema & kahak pd baby dh mula sembuh dengan Omega.



Saya pun mula bagi anak saya makan Omega Guard since dia setahun. Numa bushra kerap flu & demam sejak hantar dia kat taska. 2minggu sekali sure flu & cough. kesian anak umi.. tapi alhamdulillah sejak amalkan fish oil ni, flu dia 2-3hari je. tu pn x teruk.selalu flu berlarutan sampai seminggu lebih pastu last sekali nanti demam. huh sabo je lah. bab selera makan dia x de masalah. demam ke flu ke tetap makan bubur nasi semangkok gak hehe...

Kesimpulannya omega dan mealshake digalakkan untuk diamalkan oleh anak-anak untuk memelihara kesihatan kulit, badan dan minda.

dapatkan Kombinasi Hebat Ini dengan Harga Istimewa !!!!! pastinya pilihan ibu-ibu bijak! 


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?
 
Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com

☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)

➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar


 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Wednesday, January 8, 2014

Pengalaman Bersalin Numa Bushra

0 comments
Assalamualaikum W.B.T dan salam ceria

Malam tadi terdetik dalam hati nak tulis entry pengalaman bersalin Numa Bushra aka anak pertama saya. walaupun dah 1y6m anak ummi ni kat dunia, ummi baru sibuk2 nak cerita hehe...


28/7/2012 : 10pm

Baru balik dari Tesco Rawang. masuk hari kedua round mall ala2 exercise. semua kedai diterjah. semua shelf barang disinggah... sempat singgah kedai jamu beli lilin resdung en suami. ternampak kedai kulit ada handbeg cantik gojes super awesome!! mntak purse kat en suami die mati2 x bagi. membazir katanya....terus die tarik g kereta. masa ni dah start sakit2..in fact seminggu sebelum tu dah sakit mcm period pain tu..tp lagi sakit. dan dah beberapa hari ada keluar light brownish sikit kt panties.ala2 mcm mula period tu..

dalam kereta tarik muka...sampai rumah terus berkurung dalam bilik..merajuk konon sbb x dpt handbeg kulit tu. En suami pujuk x jalan...die terus tgk tv ngan main ps kat luar. Saya dok kemas2 beg baju time berpantang kt rumah mak nanti.

Pukul 12.30pagi...makin cergas x leh tidur. tp badan penat. seminggu x makan nasi.tp kt tesco sempat makan nasi sikit ngan ayam msk cili kering. tekak cuma boleh telan susu Dutch Lady je. sehari sampai 2kotak besar tu. x tau kenapa tapi rasa sedap sangat susu tu. makan ngan buah. sampai en suami bising x makan nasi. So, malam tu macam ayam berak kapur. teringat kakak kt ofis ckp tanda2 die nak besalin x senang duduk mcm ayam berak kapur. dlm hati terus terdetik..ha! nak besalin dh ke ni!   asik bejalan kehulu hilir dlm bilik tidur tu sambil tahan sakit sikit2.. walaupun mata separa pejam sbb dh ngantuk.

Lastnye tetidur jugak...tebangun every half an hour.duduk,bejalan,try tidur balik.. macam tidur2 ayam je.. sampai la pukul 4.30..dh x tahan dah masa tu. duduk jap. rileks kan diri balik pastu tetido balik hehe..

tebangun pukul 6.05pagi. tekejut sbb mcm ade bunyi benda meletup. terus duduk sambil usap perut "sakitnya ummi..numa jgn tendang kuat sangat" (memang selalu panggil nama Numa sejak dari die dlm perut lg). Then try bediri ingat nak g solat subuh. tetibe terasa mcm tangki pecah buusshhh air suam2 turun ke kaki.siap ada bunyi air lagi haha...masa tu tengah on switch lampu. dalam hati terdetik "ya allah! this is the time"...chewah sempat speaking kau....

Nasib baik masa tu betul2 dekat tombol pintu. terus bukak pintu and melangkah setapak je sebab x berani nak begerak haha..jerit kt en suami yg tengah sedap tidur. die x dgr..panggilan yg ke 3 kot baru die tebangun.
"Jom g hospital...dah pecah ketuban la"

Terus mata die tebeliak then kelam kabut masuk tandas semua. Saya terus capai towel n try to rileks. ckp kat die nak shower jap. then lepas siap semua dalam pukul 6.45 terus gerak g spital.masa tu jalan x jem langsung sbb ahad kan.subuh sapie pulak tu

En suami bawak laju x ingat.sampai saya ckp rileks, lambat lagi ni biasanya anak 1st kan dlm 12jam. Sampai hospital selayang 7. 00pagi. Sementara tunggu en suami cari parking seluar dh basah lenjun dah. orang lalu lalang dok tgk je huwaaa....

Buat pendaftaran kt kaunter, lepas check bukaan sementara nk dpt katil tu rasa lamanya.padahal 15min je kot. dok bejalan kehulu hilir sbb x selesa nk duduk. Ramai yang tunggu masa tu. x banyak tempat duduk yg kosong.
Masuk wad dlm pukul 8lebih masa tu. en suami diminta pulang sbb bukan waktu melawat. dlm wad nampak 3orang. sebelah katil tunggu nak discharged je. lagi satu katil tengah mengerang kesakitan. nampak darah byk kt katil die. 2-3x gak kene marah ngan nurse2 kt situ sbb bile time die panggil tgk2 masih belum 4cm.. dgr2 nye dari mlm td die masuk wad...eh kepochi jugak! hehe. and sorg lagi depan katil baru keluar labour room sambil pegang baby.comel! anak cina......

29/7/2012 : 10pagi
En suami sampai. ade gtau kt die yg x tahan dh sakit. mntk die pggil kn nurse sbb dari pg x de siapa pn dtg check dh berapa cm semua. smpt la dgr nurse ckp kt blkg "eh , die baru masuk pg td. anak 1st lambat lg tu. tahan la sikit.........sabo je la.
Dah start rasa nak bersilat. time ni fon kene barred sbb company x bayau. (pakai 1 no je sbb malas pegang fon byk2)..so mmg x boleh nk hapdet fb,sms,whassap org ramai hahaha. Then ada sorg doktor yg baru abis check patient yg kene mrh td tu stop kt katil saya bgtau kene baring. x boleh duduk sbb dh pecah ketuban bahaya pada baby takut ade infection sbb ketuban dh x de utk protect. Then die tanya x sihat ke sbb muka mcm x larat. Saya just gtau yg saya x makan karbo n mmg sakit x larat. cuma ye la diam je la x kn nk jerit2 nangis2 kan. dh tau sakit besalin tu mmg sakit....

Then saya pun baring. tp melompat balik ke kerusi lepas 5min tu sbb x selesa nk baring. n masa tu jgn ckp la sakitnya. memang kerap contraction every 5-6min. time ni ntah dtg idea dari mana ntah, every contraction je utk lawan rasa sakit tu mesti saya teran. hehew!! x boleh ye! jangan diamalkan. sebab? HILANG TENAGA. RAHIM BOLEH BENGKAK.
x lama tu doktor yg sound td dtg die nk try check. sambil pakai sarung tgn tu smpt die ckp "saya bukan x nk check awak ni. sbb ketuban dh x de bahaya kalau saya seluk2".....n stop bila die ckp "eh dah 4cm la! patut la awak x larat. saya tolong bg bukak besar lagi ye.." sambil 'tlg bukak lagi besar' haha... n jerit kt nurse untuk booking labor room kat saya.

29/7/2012 : 1.30ptg

Dah makin ramai family patient kt situ dtg. especially cina td. penuh wad tu family die je. ada la lagi family patient lain. Masa ni mmg dh rasa nk meneran betul...x boleh nk ckp dh. suruh en suami panggil doktor. time tu dh x reti segan dh sbb ade ramai org. dh la katil tepi sekali kt laluan utama tu. org dok tgk je.serius x kesah pun.. doktor n nurse beramai2 dtg. tutup tirai. check bukaan. dah 10cm!!! terus doktor ckp kt nurse tolak je ke labor room. Terus je unlock roda katil tu n tolak. nurse suruh mengiring n jgn teran. sambil bukak cincin2 or apa2 perhiasan kt tgn. masa tu rasa jauh betul dari wad ke labor room tu. dh la hari ahad kan..waktu melawat pulak..memang ramai yg tgk hehehe.. en suami pun ikut tolak jugak.. sampai ke labor room, diorg suruh tukar baju n alih ke katil kt situ. dpt bilik special, penuh monitor dlm tu. agaknye sbb x de katil kosong dh diorg sumbat masuk situ je hehe. teringat time melawat labor room time g antenatal class kat spital tu jugak, diorg tunjukkan peralatan nk besalin. rasanya masuk bilik yg sama..

sempat tgk jam besar kt dinding masa tu. pukul 3.05ptg x silap.. dh baring tu tgk2 x de sapa pun dlm tu. td masuk ada 2org pastu ntah kemana ntah. ade doktor/nurse yg masuk keluar kt situ tp diorg tgk monitor n update apa ntah kt situ.

Then x lama masuk segerombolan hehe..dlm 7org kot. semua perempuan.lega alhamdulillah....ada doktor mat saleh sorg. agak berusia. yg lain2 tu org melayu.terus bekumpul n bagi sokongan untuk push. en suami x nampak masa tu......

Teran punya teran rasa dh habis teran kot tp diorg kata x cukup teran lg. peh...mmg masa tu dh habis nafas dh. mcm x leh benafas elok pun ada.tetibe en suami muncul. tp serius masa tu mcm x perasan die kt sebelah sbb ramai n fokus pada proses meneran je.

10min berlalu..masih belum keluar. ada dgr2 pebincangan diorg nak vacum. tetibe ade sorg bidan hospital dtg. n ckp slowly dengan saya " adik, adik x leh mcm ni.kene kuat..tarik nafas betul2..ikut saya baca ni" dia ada ajarkan sepotong ayat quran. and lepas tu sambung teran..dengar nurse gunting miss v zass... ngeri kalau teringat alhamdulillah jam 3.37ptg keluar la numa bushra. die x menangis...nurse letak di dada saya untuk diberi susu ibu yang pertama. Heavennye masa tu!! serius rasa happy & syukur sangat. sempat la rasa kene injek kt peha bg mudahkan uri keluar. nurse minta suami azankan. tapi entah la masa tu die nervous ke apa dia x nak. so, saya yg iqamatkan kt telinga numa. dengan sisa2 tenaga yg ada, sempat bisik perlahan je kt telinga dia.sambil bacaan fatihah dan beberapa potong doa.

Numa Bushra lepas dibersihkan.sedap tdo.. 3.37pm, 3.31 kg



Then nurse ambik numa utk dibersihkan, time tu baru dgr die menangis. comel! en suami diminta keluar sementara proses keluarkan uri dan mintk balik wad ambik receiving towel n brg2 numa mcm baju n pampers dia. ada la 15min lepas tu keluar uri. sakit mcm rasa contraction tp x perlu meneran. doktor cuma minta batuk2 kecil je. then masa tgh tunggu nurse bersihkan uri tu smpt la die beseloroh " tgk uri ni mcm paru pulak. boleh buat sambal buat bebuka ptg ni" hahahaha... time tu x larat nk gelak. lemah btl. tu la x makan lagi.. mana nk dtg tenaga kan.

x lama pastu nurse datang.kecik je org nya muda. muka pun comel. eiiyahh..ni yg ngeri nak cerita. menjahit episiotomi time! betul ke eja. 1st jahit yg kene gunting tu dulu. ok la x sakit sbb kene bius sblm kene zass tu. rasa biasa je. geli sikit mcm kene godek2. huhu...pastu die ckp "kak,yg ni sakit sikit ye. tahan tau. yg ni x boleh pakai bius sbb takut lambat baik. yg ni sikit je merekah2 tepi ni" okeh...
Nurse bawak masuk numa bushra. letakkan kt tepi katil dlm baby coat. diam elok je tidur.

masa mula die masukkan jarum tu dh nk menjerit.. hahaha.....serius wei..mmg sakit. ye la kene jahit hidup2 kan..setengah jam okeh. dari pukul 4 sampai 4,30 baru setel. yg lamanya asik kene tendang je nurse tu haha..mmg kesian. siap saya tarik2 lengan baju die. tapi serius respect kat dia..sbb sangat sabar walaupun dh banyak kali saya mintk maaf. die siap ckp " x pe kak, ni tugas saya. akak tahan sikit ye"  nurse2 yang keluar masuk pun sengih2 je...siap ckp "yah...aksi akrobatik dh kuar" hahaha sabo je la...
nurse letakkan numa utk menyusu kt dada. katanya sambil alihkan fokus sakit tu pada baby. harem... x lama tu nurse suruh letak balik dlm baby coat takut baby jatuh dh ummi nye ni hilang fokus balik.haha

ok lepas azab kene jahit. nurse pakaikan pad, bagi milo o suam.. n selimutkan. diorg monitor tekanan darah n suruh berehat. kalau tekanan drh dh ok baru boleh balik wad.

En suami dipanggil masuk. feeling better.... en suami call mak beritahu dh selamat bersalin. sempat la ckp kt mak...seronok mak dgr dh tambah cucu, masa tu mak g sg besar kot ngan kakak.

sempat sembang ngan en suami " u, bagus la hospital ni semua perempuan x de lelaki kan..baik2 pulak tu semua"

nanti dulu

haha..ada la 5min lepas ckp tu doktor lelaki masuk. siap pegang pad bertali pjg tu ok! "en, minta keluar ye. saya nak tukar pad puan sekejap"

x lama pastu masuk lagi sorg doktor perempuan. Check jahitan!

serius ngeri time ni. kene kangkang balik n diorg siap tekan2 sambil lampu kuning tu fokus disitu ye...n bincang term medical ni apa ntah sebutir pun saya x fhm. " sakit ke?" mmg la sakit...sbb dh la jahit x kene bius.ditekan pulak tu. paling sadis dia korek2 untuk buang darah beketul. tp mmg lega kalau x sakit mcm contraction tu. "saya kene tunggu doktor lain dtg untuk double check ni. rasanya kene jahit semula . sbb puan kata sakit kan. takut ada infection ni" adushh..masa tu x terdaya nk bebel2 sbb x de tenaga.hehe

doktor lain dtg.wanita..agak berumur.. gaya mcm pakar je...die seluk tgk tekan2. "ok, jahitan cantik. jap lagi puan boleh balik wad ye"

yahooo!rasa nak melompat.serius seram kalau kene jahit balik.

pukul 6.20ptg ada sorg nurse india dtg bawak baju lain. n kerusi roda. die suruh bangun perlahan2. 1st time masa bangun tu mcm nk melayang, nurse tu tolong tahankan time nk jatuh tu. hehe..... seliper x pakai, sbb time kelam kabut kene tolak katil tu manade pakai seliper kan. die bagi numa suruh pegang n die tolak ke wad.

Masa sampai ke wad en suami pun sampai. nasib die ada. mmg serius sakit kt tmpt jahit tu . plus, x larat nk bejalan even setapak. so en suami yg angkatkan baby masuk dlm coat pastu tlg saya duduk kt katil.siap pakaikan stokin 2lapis lagi.  x lama tu guard perempuan dtg beritahu suruh balik. tp kami mintak en suami temankan saya smpai habis waktu berbuka. nasib baik dia faham...

pkl 7 nurse dtg tanya dh buang air ke? die suruh buang air cpt n maklumkan kalau dh.
pukul 7.30 doktor mat saleh dan 3-4org lagi dtg check saya. die tekan2 perut n ckp rahim dh elok mengecut...n die siap tekejut dengan jawapan saya yg belum buang air kecil bila dia tanya. dia kata dlm masa 45min lepas bersalin wajib buang air kecil bg memastikan jahitan tidak terkena saluran kencing..erkkk

Pukul 8 baru en suami balik......

Kene bermalam di hospital. sbb masa masuk wad tu dh petang x de doktor untuk check saya. so, kene tggu pagi esok baru boleh balik kalau x de apa2.

Kat GH biasa la kan...semua kene indipendant. oh lupa nak ckp, kakak yg kene mrh dgn nurse dlm wad siang td masih blm masuk wad lagi. tp die yg masuk ke labor room dulu dari saya.. kesian dia...

pukul 9malam ade nurse bwk troli ubat. stop kat katil saya offer ubat tahan sakit. nurse yg tanya dh buang air td dtg lagi tanya. saya ckp belum. terus kene mrh, "puan kene buang air cpt. nnti saya masukkan tiub tu nak?"

sebenanrya saya mmg nk buang air, tp sanggup tahan sbb seriau nk berjalan. sakit! rasa berat nk melangkah tu, seret kaki pn sakit... jalan 2-3langkah pegang katil sebelah.

Akhirnya berjaya jugak. tp mak datok time nk bilas tu. dh la air paip sejuk!waktu malam pulak tu! pedih jangan ckp la kan.haha

n dengan muka bangga gtau nurse.."nurse! dah kencing" hehehe

Numa bushra sangat behave... die tdo je x nangis pun. saya x boleh tidur walaupun perut lapar badan penat.maybe sbb masih rasa sakit n x selesa kot. every one hour g toilet tukar pad. nurse pun galakkan kerap tukar sebab boleh elak kuman dlm drh kotor tu melekat kt benang jahitan. erkk ngeri...

lepas lap2 badan sikit, tukar baju,kain,mntk nurse tukar kan cadar, saya makan roti cicah milo panas, try tdo. time tu pkl 11 mcm tu kot. mntk nurse letak numa atas katil sebelah saya, so senang saya nk menyusu kan die. x boleh tdo pn. anak cina tu asik nangis je x berenti. pastu lampu x semua off..silau, x boleh tdo. dengan dgr nurse2 menyembang lg. dgr troli lalu lalang lagi.

sampai pukul 4pagi kot. baru boleh tdo nyenyak sikit. pkl 7 ada doktor dtg suruh bangun n selak semua tirai.student praktikal ambik semua baby mandikan. saya pun bersihkan diri ,tukar baju semua, then doktor round patient check baby semua. numa kene vaks bcg.doktor kata tunggu laporan darah numa kalau ok,kuning ok,dh boleh discharged harini.

pkl 12 waktu melawat. ramai membe ofis,bos dtg...dapat hadiah Stroller & car seat. numa mcm tu gak...tdo n x menangis pun. ramai ckp numa ikut muka ummi.hehe

pkl 1.30 doktor beritahu boleh discharge. mntk suami g kaunter untuk urusan pembayaran bil dan sedikit info panduan tentang perancang keluarga, pemberitahuan kelahiran,pendaftran kelahiran semua. tggu dalam sejam gak kot.sempat la lunch dulu.

Siap2 terus balik sg tengi. sampai sg tengi pukul 4 lebih rasanya, suka betul opah n wak edah hehe. numa dari dlm kereta sampai rumah mak nyenyak sangat tdo. sampai kene kejut pun x nak. kt wad tdo tp x nyenyak. kejap2 bangun..maybe sbb bising kot.

So mcm tu lah pengalaman bersalin ...nnti entry lain cerita pengalaman berpantang pulak ye..
 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez