Tuesday, January 14, 2014

Cara mengenalpasti waktu subur


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Harini nak berceloteh tentang cara mengira tempoh kesuburan bagi wanita. Memandangkan saya dan suami pun tengah merancang untuk tambah anak kedua inshaallah...
Tempoh subur bermaksud tempoh dimana ovulasi berlaku (telur dilepaskan daripada ovari). Telur akan bersedia untuk disenyawakan jika terdapat kehadiran air mani. 

Selepas beberapa tempoh, jika tiada air mani utk disenyawakan telur akan melekat di dinding rahim dan gugur jadi lah darah haid.ok, cra paling senang dan banyak digunakan untuk kenalpasti waktu subur adalah melalui system calendar as simple as this :
Sistem calendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20
Penting untuk mengetahui tempoh subur ni supaya suami isteri dapat merancang kehamilan samada mahu ada anak atau menangguh dulu.


Ok, jom tengok tanda2 tubuh semasa tempoh subur. Kena perhati betul2, waktu subur ni limited dlm cycle kita.

1. Perut sedikit buncit & berasa kenyang walaupun x makan banyak.Ini adalah disebabkan oleh tubuh menampung lebihan air semasa tempoh subur ini.

2. Cairan keputihan (Cervical Mucus)
Ok, selalu x perhatikan ada keputihan jernih cair macam putih telur kt panties tu. tu maknanya kita tgh subur. Betapa Allah Maha Kaya & Bijaksana. Fungsi cairan ni untuk memudahkan sperma meluncur laju utk berjumpa ngan telur .  Cairan akan bertukar menjadi lebih pekat menandakan tempoh ovulasi hampir ke penghujungnya. Air mani akan lebih sukar berenang jika cairan pekat ni sudah terhasil. Subhanallah..sangat takjub dengan ciptaan Maha Esa.

yang ni cair. sedang elok lah nak 'bersama'

yang ni cairan dah jadi pekat. Chances persenyawaan rendah.

3. Sakit pinggang
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.

Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

4. Feeling seksi & menawan
Memang automatic ada rasa begini. Rasa nak ngendeng2 kt hubby, feeling macam sexy ala supermodel. Jangan x tau, sebenarnya tubuh kita ada kelurkan bau harum sebagai penarik utk en suami untuk 'bersama'. Dan bau ini hanya suami yang dapat cium. Bukan la semerbak macam pakai sebotol minyak wangi tu..Hebat kan Allah!



Tentang persediaan sebelum & semasa kehamilan kita sambung entry lain pulak ye.


SUPPLEMEN MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI

 


2 comments on "Cara mengenalpasti waktu subur"

lurveey on January 27, 2015 at 12:36 AM said...

salam..akak..if period yg jenis memang x teratur selepas berkahwin macam mane??sebelum kahwin, tak pernah rase loya n mcm mengidam a week before period, tapi lepas kahwin, hormon badan jd cmtu.period saya dulu biasanya akan maintain 3-4 bulan untuk tarikh yg same..masuk bln ke 5-etc dy akn beralih tarikh tai beza xsampai seminggu, sejak kahwin ni..mmg terabur..tunggang langgang dah..huu..cane nk kire subur sume tu..sy ade plus apps kat fon..period calendar. so, cycle sy average 35 days..tp kalau kire ovulation tu..xsame dgn calendar..padahal ovulation sy a week before dari calendar.. ade suggestion ape2 x akk?tq!

Unknown on February 4, 2015 at 4:30 AM said...

salam dik..:)
memang normal lepas kawin period jadi tunggang laanggang huhu.

mcm ne nak kire waktu subur untuk period tunggang langgang?
tapi, sebelum tu nak tau, sebelum kawin peiod teratur tak? kalau teratur, but lps kawin jd tunggang langgang mknanya u kene teratur kn dulu period tu. kalau mmg sblum kawin period jnis tunggang langgang, then maybe hormon u mmg mcm tu.

my advise is,
1. try consume gla shaklee untuk stabilkan hormon. bila dah stabil then senang nak plan untuk hamil.

2. sementara nak consume gla tu, untuk tahu waktu subur camne boleh alert dgn sign seperti:
a) keputihan seperti putih telur belum masak.
b) perasaan sexy feeling

dik, senang2 jom whassap akk 016 6955345..sembg dlm wsp lg snang hihi

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez