Sunday, September 14, 2014

Resepi Nasi Kerabu menggunakan Bunga Telang!


Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum

Semalam, saja teringin buat nasi kerabu. balik rumah mak haritu petik bunga telang kt belakang rumah mak. Mak x pernah makan apatah lagi masak nasi kerabu ni, tp saja suka tanam sebab bunga dia memang cantik.  Siapa yang x pernah tengok pokok & bunga telang ni, ha kt bawah ni ada pict nya. Cantik kan? macam bunga morning glory.

Sumber foto : www.malaysiavegetarianfood.com


Saya pn 1st time masak & makan nasi kerabu. Sebelum2 ni ramai kawan2 ofis suka beli  time sarapan & lunch mahupun tapau lepas balik kerja. Saya x teringin nak makan sebab x reti makan budu dan agak ngeri membayangkan pewarna tiruan yg digunakan utk warnakan nasi tu .

Jadi, bila mak cakap bunga telang ni digunakan untuk masak nasi kerabu, saya dengan lajunya men tapau bawak balik umah hehe. terus google resepi. Kerabu nya agak berlainan dengan kerabu style jawa mcm tekak saya suka.hehe..tapi x pe, sebab nak kan kelainan dlm menu saya pn bersemangat nak cuba. En suami pn x membantah..lagipun ulam2 & bahan ada dlm peti.

So, ni lah resepi Nasi Kerabu versi anak jawa hehe. Sesuai untuk baru yang berjinak2 nak belajar masak ataupun yang x berapa nak rajin masak lauk banyak2..hehe


NASI KERABU versi tekak jawa
(untuk 3-4org makan)

Nasi
Basuh beras seperti biasa. Semasa memasak masukkan bunga telang dan kacau dari masa ke semasa supaya warna seragam. Saya letakkan 4kuntum bunga telang. Bergantung kepada kepekatan warna yg anda mahukan. Bunga telang mudah hancur & larut. kalau nak tambah last minit pn boleh lg.

Kerabu
Sangai kelapa parut sehingga warna colat cair. Ketepikan.
2-3ekor ikan kembung direbus. Ambil isi & tumbuk lumat. (campur didalam kelapa tadi).
2btg serai & 2ulas bwg merah kecil ditumbuk halus. (campur didlm kelapa kering td).
Gaul sebati semua bahan. perasakan dengan garam & sedikit gula.

Ulam
Hiris nipis:
Kobis, Salad, Kacang botol, bunga kantan, kacang panjang.
atau apa2 ulam yg menjadi kegemaran anda.
Gaul dengan sambal kerabu tadi.

Lauk
Rebus daging batang pinang dengan halia & serai.
Toskan, & bakar sehingga garing. Jangan lupa letakkan garam utk bakar tu nnti tawar pulak.
suhu 200, masa 10min. (x perlu masa yang lama untuk membakar sbb daging sudah pn direbus masak.
Hiriskan nipis lepas daging keluar dari oven.

Sambal
Kalau ikutkan ada sambal cili. tapi saya suka bila lauk daging bakar makan ngan sambal kicap pedas. cuma tumbukkan cili padi dan tambahkan kicap cair & sedikit gula & perahkan limau.

Siap!

Jom tengok hasil air tangan saya.








0 comments on "Resepi Nasi Kerabu menggunakan Bunga Telang!"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez