Tuesday, September 16, 2014

9 CIRI-CIRI MLM PATUH SYARIAH

0 comments
Assalamualaikum..

Entry kali ni nak sentuh tentang MLM yang pastinya ramai pernah dengar perkataan tu kan. atau pun Multi Level Marketing.

Soalnya, adakah kita benar2 faham apa yang dimaksudkan dengan MLM ni? jika di translate kan membawa maksud Pemasaran secara pelbagai peringkat.
eh? betul ke...hehe

Kat Malaysia ni, ramai dah sedia maklum belambak2 syarikat baru yang tumbuh bagai cendawan dengan konsep MLM. tapi kebanyakannya sekejap je on top.. lepas few months lesap x dengar cerita dah. 

Pengalaman saya, pernah join MLM sesat dulu. huhu kalau sapa pernah dengar Hyprobulk sms... tragedi!
Di malaysia, sebenarnya JAKIM ada menggariskan panduan MLM yang patuh syariah. yela, sejak pernah tertipu dengan mlm sesat tu saya lebih berhati2 dan pastikan betul2 faham supaya pisang x berbuah 2x..

INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

ternyata dari pembacaan dan sedikit kajian, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja
.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

so, x perlu ragu2 untuk sertai kami di shaklee sebab Pelan Pemasaran Shaklee adalah patuh syariah.
*******************************
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.
image

Monday, September 15, 2014

FAKTA: 5 SEBAB SHAKLEE MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA

0 comments


Walaupun supplemen Shaklee adalah SELAMAT dan SEMULAJADI, tetapi ada juga sesetengah individu berpenyakit yang tidak boleh mengambil vitamin atau supplemen sewenang-wenangnya. Anda perlu tahu penyakit anda dan juga tahu vitamin atau supplemen apa yang TIDAK BOLEH anda amalkan yang akan memudaratkan anda sekiranya anda mengambil vitamin atau supplemen berikut.

Anda perlu memberitahu dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda
.
Mari kita lihat apakah kaitannya vitamin dengan penyakit SLE, G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid tersebut:-

5 SEBAB SHAKLEE TIDAK SESUAI DENGAN ANDA

1) SLE
– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya
.
4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang tidak boleh diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid 

-kredit to Legasi FF


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Sunday, September 14, 2014

Resepi Nasi Kerabu menggunakan Bunga Telang!

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...



Assalamualaikum

Semalam, saja teringin buat nasi kerabu. balik rumah mak haritu petik bunga telang kt belakang rumah mak. Mak x pernah makan apatah lagi masak nasi kerabu ni, tp saja suka tanam sebab bunga dia memang cantik.  Siapa yang x pernah tengok pokok & bunga telang ni, ha kt bawah ni ada pict nya. Cantik kan? macam bunga morning glory.

Sumber foto : www.malaysiavegetarianfood.com


Saya pn 1st time masak & makan nasi kerabu. Sebelum2 ni ramai kawan2 ofis suka beli  time sarapan & lunch mahupun tapau lepas balik kerja. Saya x teringin nak makan sebab x reti makan budu dan agak ngeri membayangkan pewarna tiruan yg digunakan utk warnakan nasi tu .

Jadi, bila mak cakap bunga telang ni digunakan untuk masak nasi kerabu, saya dengan lajunya men tapau bawak balik umah hehe. terus google resepi. Kerabu nya agak berlainan dengan kerabu style jawa mcm tekak saya suka.hehe..tapi x pe, sebab nak kan kelainan dlm menu saya pn bersemangat nak cuba. En suami pn x membantah..lagipun ulam2 & bahan ada dlm peti.

So, ni lah resepi Nasi Kerabu versi anak jawa hehe. Sesuai untuk baru yang berjinak2 nak belajar masak ataupun yang x berapa nak rajin masak lauk banyak2..hehe


NASI KERABU versi tekak jawa
(untuk 3-4org makan)

Nasi
Basuh beras seperti biasa. Semasa memasak masukkan bunga telang dan kacau dari masa ke semasa supaya warna seragam. Saya letakkan 4kuntum bunga telang. Bergantung kepada kepekatan warna yg anda mahukan. Bunga telang mudah hancur & larut. kalau nak tambah last minit pn boleh lg.

Kerabu
Sangai kelapa parut sehingga warna colat cair. Ketepikan.
2-3ekor ikan kembung direbus. Ambil isi & tumbuk lumat. (campur didalam kelapa tadi).
2btg serai & 2ulas bwg merah kecil ditumbuk halus. (campur didlm kelapa kering td).
Gaul sebati semua bahan. perasakan dengan garam & sedikit gula.

Ulam
Hiris nipis:
Kobis, Salad, Kacang botol, bunga kantan, kacang panjang.
atau apa2 ulam yg menjadi kegemaran anda.
Gaul dengan sambal kerabu tadi.

Lauk
Rebus daging batang pinang dengan halia & serai.
Toskan, & bakar sehingga garing. Jangan lupa letakkan garam utk bakar tu nnti tawar pulak.
suhu 200, masa 10min. (x perlu masa yang lama untuk membakar sbb daging sudah pn direbus masak.
Hiriskan nipis lepas daging keluar dari oven.

Sambal
Kalau ikutkan ada sambal cili. tapi saya suka bila lauk daging bakar makan ngan sambal kicap pedas. cuma tumbukkan cili padi dan tambahkan kicap cair & sedikit gula & perahkan limau.

Siap!

Jom tengok hasil air tangan saya.








Friday, September 12, 2014

5 KEBURUKAN MEALSHAKE YANG PERLU ANDA TAHU!! eh ?

0 comments
image


Assalamualaikum

Apa khabar semua? harap sihat sejahtera ye.
Entry kali ni nak cerita pengalaman sendiri sebagai pengguna Mealshake Shaklee. Memandangkan saya juga pengedar, ramai customer saya mengadu hal yang sama.

Okeh, saya beri 1 sudu kecil mealshake pada anak saya dulu masa usia dia 1 tahun. Masa tu Numa dah putus susu badan sebab dia refuse. Umi perah masuk botol pn die refuse. sibuk nak makan solid and explore makanan. 

Lagipun, Numa kerap flu demam batuk berkahak since taska dia stay dulu hari2 ade budak demam flu. yang peliknya parents diorang rilex je hantar sedangkan saya setiap dua minggu dah jadi wajib mc sbb nak jaga numa sendiri bila dia flu.

Yes! 2 minggu sekali ye numa flu demam batuk. memang x sampai hati nak hantar ke taska even kami bayar penuh . sekali cuti bukan sehari dua. kadang sampai 4-5 hari smpai btul2 flu dia kering. 

Since tu saya decide hantar numa kt rumah mak, tepaksa mntk tlg mak jaga kan numa smpai at least numa kuat sikit antibodi dia. seminggu 2x kami suami isteri jenguk numa kt rumah mak.

Memang seksa masa tu, sebab sll rindu kat numa yang masih co sleep ngan kami.
Jadi, 2-3 bulan lepas tu kami ambil semula numa stay ngan kami sbb saya sendiri x tahan bila numa x de disisi. sedih wooo...

Saya hadiahkan juga Mealshake & Omega guard untuk antibodi & iq numa. masa tu die memilih gak makanan sbb blm tumbuh gigi sepenuhnya. makan bubur x nak. 

Ok since bagi mealshake shaklee ni la side effectnya... saya dapat listkan 5!:

1. Daddy numa selalu mengeluh bila umi gila shopping.
mana x nya! Setiap kali g Nsk mesti ddk lama kat bahagian barang basah. beli cheese la ikan macam2 jenis! 
sejak ber mealshake numa bertambah selera makan especialy makanan berasaskan cheese!

2. Terpaksa korbankan hujung minggu ! sebab spend masa kt rumah buat frozen food untuk numa. haa..dengan mealshake boleh buat ice cream tau. kami 1 family mmg suka! lain entry saya share resepi2 ye. 

3. Umi x boleh duduk diam!
Asik meng google & demo resepi baru je.  Numa tengah bertambah selera makan! jadi umi kene selalu masak baby food untuk dia. terpaksa keluarkan semua skill masakan yang hado! huhu

4. Terpaksa membazir!
Huhu... part ni paling x tahan. kalau la boleh rakam muke saya masa kaut segala ubat sintetik dalam peti dan bangga melontar dlm tong sampah! Dan saya memang bangga sambil bersyukur sesungguhnya saya x perlu beri numa ubat klinik tu lg. 

5. Penimbang rosak!
Numa asik kene paksa turun naik penimbang kat rumah. sbb umi x percaya bila berat numa naik dgn jayanya huahua....
Jadi, bersempena dengan promo Buy 3 Free 1 yang julung2 kali diadakan (sebelum ni buy 6free 1), adalah berbaloi kalau nak cuba. 1 canister boleh share 1 family, bukan untuk kanak2 sahaja ye. Dengan rasa vanilla yang harum dan sedap, saya pasti anda dan keluarga akan suka kannya. 


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.
image
image

Thursday, September 11, 2014

Kehidupan seorang WAHM...its Working At Home Mom ;)

0 comments

Rasa pagi ni nak membebel al-kisah tentang pengalaman jadi fulltime housewife sepanjang 3bulan...kiki

Serius...rasa cepat sangat masa berlalu. 

Terkadang saya dan mil selalu lupa tarikh & hari... dan itu la jadi bahan ketawa kami haha..
oppss... saya pindah duduk dengan mil jun lepas. seminggu sebelum puasa. 

Ok...sebelum ni memang x penah sangka jawatan fulltime housewife ni adalah kerja yang paling sukar dan bukan senang rupanya.
tambahan saya juga hamil 7bulan masa menjawat jawatan ni.. :p

Numa Bushra macam anak2 lain yang suka meragam/merap lagi2 saya dah 24jam bekepit dengan dia..kata orang tua dia jeles bila kita ade baby dalam perut. huhu tak tahu la. tapi memang mula2 pindah sini memang menguji kesabaran sangat. dah la bulan puasa..huhu

Oh, saya ni bekas pelatih giatmara kursus jahitan di rawang. habis belajar trus pindah sini. Memang minat jahitan. Jadi, sambil2 berehat dan tunggu masa nak bersalin saya ambil juga la sikit2 tempahan jahitan masa bulan puasa haritu. untuk kawan2 dan ahli keluarga terdekat je. tu pun terhad la... 

Sambil tu juga saya aktifkan diri balik dengan kerjaya sebagai Shaklee Independant Distributor.. hampir 4bulan jugak becuti sbb tumpukan pada pregnancy dan kelas jahitan. 

Apa yang buatkan saya nekad berhenti kerja dan decide jadi fulltime housewife yang stay dengan mil????
Jujur saya katakan:
>Takut dengan isu penderaan/ pengasuh abaikan anak2.
>Anak2 sering demam /flu setiap 2 minggu!
> Rasa give up dengan bidang kerjaya sebelum ni. rasa saya ni pekerja yg x berguna huhu
> Sangat2 teringin masakkan macam2 dan ajar sendiri anak2. juga rasa rugi masa x dapat tgk mereka explore dunia mereka. kerana tempoh ini adalah yang paling singkat!

Tipu kalau saya kata x risau tentang kewangan. tapi saya memang tekad. duit  boleh dicari tapi masa dengan anak?....
So sebab tu saya decide nak serius dengan shaklee sampai betul2 berjaya.
sebab dah terbukti ramai yang berjaya..
kenapa saya tidak?

Ok sehingga saat ini... jujur saya katakan memang saya sangat bahagia...lebih bahagia dari sebelum ni...
Alhamdulillah... saya dikelilingi dengan ramai orang yang sayangkan saya.
Secara fizikalnya, memang x de kawan2 menjengah tiap pagi dan petang gosip sana sini itu ini. 

tapi, whassap, telegram, fb chat x pernah buat saya sunyi. dan rasa seperti mereka dekat dengan saya. kawan2 shaklee pun sentiasa berikan semangat dan inspirasi..
Saya bangga menjadi seorang ibu & suri rumahtangga sepenuh masa.
oppss... kene tukar. saya bangga menjadi seorang IBU YANG BEKERJA DARI RUMAH
( WAHM)... ha gitu.... 



Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.
 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez