Tuesday, November 4, 2014

7 sebab kenapa badan kita perlu OMEGA 3


Assalamualaikum..
Salam sejahtera

Bertepatan dengan promo Omega Guard bulan ini, saya tertarik untuk berkongsi tentang fungsi sebenar Omega 3 kepada tubuh badan manusia. Memandangkan ramai dah biasa dengar/baca tentang OG ni, tapi kurang ambil peduli kenapa Omega 3 sangat penting untuk fungsi tubuh.

Seperti sedia maklum, Omega 3 antara nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.
 
Jadi, secara jelasnya sudah tentu la ia perlu diperolehi dari makanan seharian kita samada dari sumber tumbuhan atau haiwan. Tapi, persoalannya dari sumber manakah Omega 3 yang terbaik untuk didapati? 

Semestinya dari sumber haiwan. WHY??? 

Sabar...., jom baca info dibawah:

BAGAIMANA OMEGA 3 BERFUNGSI KEPADA TUBUH???

√ Omega 3 merupakan asid lemak yang mengandungi DHA & EPA JIKA ia dari sumber haiwan.. kerana omega 3 yang terhasil dari sumber tumbuhan tidak dapat ditukar kepada DHA & EPA. So, asid lemak ini membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Asid lemak juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberi kulit licin serta kemerahan. 

√ DHA & EPA  yang terhasil mampu menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.  Ia juga mampu merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
√ DHA juga adalah nutrien utama yang diperlukan untuk tumbesaran & perkembangan otak janin serta perkembangan memori. 

√ Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2.

√ Menentang kanser - kajian menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru2, payudara, prostat & kolon. Ia juga mampu meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan, membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 

√ Paras Omega 3 yang larut dalam rawan  membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Seterusnya mencegah arthritis dan memelihara fungsi2 sendi gout dengan efektif. 

√ Mencegah insomnia serta mengurangkan tekanan kerana DHA & EPA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi & membantu dalam perkembangan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia. Ini telah terbukti melalui kajian demi kajian.
Rupanya Omega 3 sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebelum ni memang kurang ambil peduli pun kan..
Jadi, tunggu apa lagi? Rugi kalau x grab sebotol dua untuk diri & orang tersayang. 

Salam ketemu lagi ya.
Entri lepas ni nak tulis tentang :
-Pengalaman berpantang dengan produk shaklee
- Bagaimana untuk beri anak makan omega guard?

0 comments on "7 sebab kenapa badan kita perlu OMEGA 3"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez