Tuesday, December 2, 2014

Kenapa para JELITAWAN memilih Shaklee Collagen Powder?


Mesti dah ramai pernah dengar tentang kolagen kan?

 Di pasaran terdapat lambakan produk berasaskan kolagen ni. Tapi sejauh mana  kita tahu betapa pentingnya kolagen untuk tubuh? Dan kenapa wanita-wanita di Malaysia mahupun kaum lelaki berebut nak amalkan kolagen ni?

Dan nak tahu tak,seawal usia 25tahun kolagen akan mula berkurang di dalam badan. Kolagen bukan saja penting untuk diri kelihatan lebih muda, malah ia sangat penting bagi kesihatan dalaman.

Jom berkenalan dengan kolagen!

KENAPA SAYA PERLU KAN KOLAGEN?

1. Semakin kita tua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan & garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara air & nutrisi, merokok dll. Justeru itu, shaklee collagen powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut. 

2. Tampak lebih muda.
√ Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang & pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
√ Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
√ Membantu menghilangkan tanda penuaan seperti garis halus bawah mata dan pigmentasi.
3. Rasa lebih muda.
√ Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium.
√ Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua. 

APA BEZA KOLAGEN SHAKLEE DENGAN KOLAGEN LAIN?

Shaklee kolagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS( sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.

 Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
 
7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus,  Vit C dan Vit B digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar. 

JOM TENGOK 7 RAMUAN UTAMA SHAKLEE KOLAGEN POWDER
1. Kolagen dari sisik ikan merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan. 

2. Ekstrak biji Camelia japonica
Biji Camelia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembab kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut,lembab dan licin. 

4. Elastin dari Kolagen Ikan.
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibal tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang , anjal & elastik. 

5. Vitamin C dan B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan kolagen di dalam sel. 

6. Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata. 

7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
KEBERKESANAN TERBUKTI!
Ujian klinikal menunjukkan perubahan ketara kulit meningkat sehingga 71% selepas mengamalkan shaklee collagen powder selama 8minggu berturut-turut.
KELEMBAPAN meningkat 69%
KEHALUSAN meningkat 75%
KEDUTAN hilang 80%
KECERAHAN meningkat 90%
WOW!! so kalau anda nak sihat...nak cantik luar dan dalam boleh amalkan mengambil shaklee collagen powder seawal umur 25tahun.
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "Kenapa para JELITAWAN memilih Shaklee Collagen Powder?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez