Wednesday, December 3, 2014

Jom kira berapa keperluan protein harian kita!


Salam sejahtera

Selalu terbaca tentang kepentingan protein dalam tubuh badan kita,kan?

Tapi sejauh mana kita tahu berapa banyak jumlah protein yang diperlukan oleh badan kita?

Adakah jumlahnya sama bagi setiap orang?

Kenapa ahli bina badan ambil protein dalam jumlah yang banyak?

Banyak betul persoalan tetang protein ni.Haha
Ok, harini jom kita belajar mengira banyak mana protein kita perlu ambil.

Pengiraan asas.
Secara normalnya, kuantiti protein yang diperlukan oleh badan adalah diantara 0.8-1.7 gram/kg sehari. Namun, ia bergantung pada berat badan,keadaan kesihatan & keperluan seseorang. 

berat(kg) x (0.8-1.7) = Jumlah protein.

Seseorang yang kurang aktif memerlukan jumlah protein yang lebih rendah berbanding olahragawan & ahli gym atau mereka yang suka aktiviti lasak. 

Ibu hamil & menyusu pula memerlukan protein yang lebih tinggi berbanding wanita biasa.
Sekarang, jom cuba kira. Macam saya, ibu menyusu saya nak tahu berapa jumlah protein yang saya perlu ambil dalam sehari. 

53kg x 1.2g/kg = 63.6g

Saya consume Esp shaklee sebagai sumber protein tambahan. 1hidangan bersamaan 14g protein. Jadi, saya tau dah berapa hidangan yang saya perlukan. Kalau agak2 hari tu saya makan ayam,ikan,kacang..boleh la saya kurangkan pengambilan protein tambahan ni. Tapi, kalau haritu saya makan sumber protein sikit & kurang berkhasiat pulak tu saya perlu lebihkan hidangan esp.
Ok tu contoh protein untuk ibu menyusu seperti saya. 

Kalau anda olahragawan,orang yang suka latihan/exercise, keperluan protein anda boleh menjadi lebih tinggi kerana latihan & angkat beban boleh memecahkan protein dalam otot secara cepat.
Jika anda seorang yang bekerja di pejabat atau yang kurang aktif bergerak, boleh gunakan tahap protein paling minima (0.8kg/g). Tetapi, jika anda wanita hamil,menyusu, stress atau sedang pulih dari kesakitan boleh gunakan tahap protein yang lebih tinggi(1-1.7kg/g). Manakala, jika anda seorang olahragawan atau aktif bersukan boleh gunakan tahap protein yang maksima. Jika anda ingin membentuk otot yang lebih besar, protein yang diperlukan tidak lebih dari 2x ganda tahap protein tadi.
Rasanya dah tau basic nak kira jumlah protein yang kita perlukan kan?

Jangan pernah lupa tau, protein sangat penting untuk pertumbuhan sel2 baru badan kita. Sebab setiap hari beribu-ribu sel2 badan kita akan mati dan jika kekurangan protein,tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Kerana protein ibarat rangka badan kita. Ingat formula ni:

Sel membentuk tisu.
Tisu membentuk organ.
Organ membentuk sistem.
Dan PROTEIN ADALAH MAKANAN KEPADA SEL.

Jika ada yang ingin memberi pendapat,cadangan dan sbagainya boleh tinggalkan komen anda.
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "Jom kira berapa keperluan protein harian kita!"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez