Friday, December 5, 2014

Berpantang dengan supplemen Shaklee~~ Rasa lebih sihat &Bertenaga


Salam sejahtera.

Sebelum ni saya ada berkongsi pengalaman bersalin anak kedua. Syukur dapat merasa nikmat bersalin secara normal 2x. Perkongsian ini saya tujukan untuk ibu2 yang baru pertama kali nak berpantang. Semoga boleh jadikan sebagai panduan ye. 

Kali ni saya akan berkongsi pula pengalaman berpantang. Saya memilih kaedah moden & tradisional. Berbeza dengan berpantang kali pertama segala-galanya saya amalkan kaedah tradisional. Dari jamu sampai la penyediaan makanan. Masa tu berpantang di rumah mak saya. 

Memandangkan yang kedua ni saya berpantang di rumah ibu mertua, saya tak cerewet bab makanan & apa2 berkaitan berpantang. Sebab saya tak nak susahkan mil(mother in law).

Ok, sekarang saya akan kongsikan apa yang saya amalkan sepanjang berpantang. 

1. MANDI AIR AKAR KAYU & HERBA
Saya menggunakan campuran akar kayu & herba jenama jamu mak dara. Sepeket Rm25 tahan selama 2minggu. Bagi saya ok dah sebab memudahkan. cuma kalau dapat beli yang dalam bunjut lagi bagus. Sebab tak perlu bersihkan daun2 yang bersepah dalam bilik air hehe. 

2. BERURUT
Saya mengamalkan urutan seluruh badan selama 3x. selang sehari diantaranya. Bidan kampung yang urut saya kata, kalau peranakan dah kecut badan dah ok tak perlu kerap urut. Cuma ulangan jika mahu lepas habis pantang. Macam saya lepas 2x urutan bidan kata peranakan dah kecut elok & berada ditempat sepatutnya. Waktu tu hari ke10 saya berpantang.

3.BERTUNGKU
Saya memilih untuk tidak bertungku. Sebab dari mula berpantang memang tak berapa mahir kaedah yang betul bertungku ni. Pernah satu ketika masa anak pertama, bidan yang urut tegur peranakan saya turun balik. Rupanya saya salah tungku. Tertekan peranakan yang menyebabkan ia turun ke bawah. Sebab tu kali ni saya nekad tak nak bertungku, asalkan saya dapat rasa peranakan dah kembali pulih. Antara tanda peranakan dah pulih adalah badan bertenaga,kuat berpeluh & tapak kaki kemerahan.

4. BERBENGKUNG
Ok yang ni saya memang jaga sangat2 dari anak pertama lagi. Saya guna bengkung bejela yang panjang tu. Ada la 9-10meter kot tapi memang panjang. Ada sesetengah ibu guna bengkung moden zig zag tu. Bagi saya tak salah, tapi kalau boleh cuba guba bengkung bejela masa awal berpantang. sebab bengkung panjang ni lebih ketat & grip pada tubuh berbanding jenis zigzag.  Oh ya, saya mula pakai bengkung lepas seminggu. Tu pun lepas mak bidan sarankan supaya peranakan tidak tertindih dan boleh menyebabkan ia turun semula.  Bengkung ni saya pakai waktu siang je. Malam saya pakai girdle atau bengkung zig zag, sebab senang nak menyusu. Even sampai sekarang (lebih 2bulan), saya masih ber girdle kalau malam. demi menjaga supaya perut tak buncit, punggung tak menggeleber. Cara pakai pun kena betul. Kalau salah pakai & kurang ketat,masalah perut geleber & punggung geleber tu memang tak dapat diatasi sepenuhnya lah.Jangan menangis kat bucu bilik sudah ye haha

5. BERPILIS, BEDAK PANAS, PARAM
Untuk tujuan ni, saya gunakan jenama Jamu Mak dara. Dah complete All in One dalam satu botol. Harga lebih kurang Rm20++ macam tu tak berapa ingat. Tapi, memang best. Sebab maintain panas kat badan walaupun tak perasan pun sebenarnya kita pakai param pilis. Sebab dia macam bedak sejuk warna coklat tu. macam bedak biasa je. Masa anak sulong guna mustika ratu. Jenuh nak tumbuk sebab dalam bentuk kaplet. Lepas tu habis besepah satu rumah bila dah kering tu dia lekang dari kulit. Tak best, kadang ada yang melekat kat baju.Yang jenama mak dara ni lebih sesuai dengan cuaca sekarang yang panas bahang kan. Apa yang penting adalah menepati tujuan berpilis berparam berbedak panas ni. Iaitu mengekalkan kepanasan badan supaya urat2 yang kembang tidak sejuk seterusnya masuk angin.

6. SUPPLEMEN TAMBAHAN
Yang ni serius excited nak cerita. Berbeza dengan berpantang kali pertama, kalini saya amalkan supplemen jenama shaklee. Dulu saya makan jamu mustika ratu. Tak boleh tahan, sampai demam. sebab jamu panas, saya pulak kurang minum air masa tu cuaca plak panas. Kali ni memang minum air banyak. Mil even sediakan bekas air kt hall supaya senang saya minum tak perlu pegi dapur. Dan sebenarnya peranakan lebih kerap kecut jika kita minum banyak air. Antara supplemen yang saya amalkan:

a)zinc complex -
Serius best sebab hari ke8 luka dah kering. bila tekan langsung tak sakit. berbeza kali pertama yang 2bulan pun sakit lagi bila tekan. 

b) Ostematrix-
Yang ni pun tersangat best. Sebab membantu pelawasan. Tak de sembelit langsung pun. Biasa orang dalam pantang memang tak lari dari sembelit. Lagi satu badan rasa ringan, bangun pagi rasa fresh. Apa yang penting adalah ostemetrix membekalkan kalsium & magnesium yang mencukupi.Ingat ye,ibu menyusu sangat memerlukan kalsium & magnesium adalah bertujuan membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh manusia. Dan apa kandungan terpenting susu ibu? yes..kalsium. Kalau badan ibu tidak cukup kalsium,tu yang jadi krem sana sini,gusi berdarah, badan mudah leguh dsb.

c) Vit C
Yang ni pun syok. Vit c semasa berpantang membantu meningkatkan imun supaya kurang risiko demam, flu dll. Disamping tu, membantu memudarkan parut strechmark. Kelebihan Vit c shaklee adalah menggunakan teknologi sustained released yang tiada pada jenama lain. Bermaksud, vit c dilepaskan secara perlahan-lahan selama 12jam berturut-turut. Vit C juga adalah makanan kepada kolagen semulajadi badan.

d) Esp
Esp is rock! Saya amalkan esp dari menyusu anak pertama. Bagi yang tak tahu, esp adalah protein. So memang membantu penghasilan susu ibu yang meriah. Juga membantu memudarkan parut strechmark kerana protein menghasilkan sel2 kulit yang baru . Memandangkan saya ni dalam pantang selere menjadi2, esp adalah snek ringkas & berkhasiat untuk saya. just mix dengan milo or horlick or susu, tambah oat. then minum, memang cukup kenyang. Susu badan pun meriah!

e) Alfalfa
Alfalfa pun best. as detoks semua toksin dalam badan. Saya start makan masa minggu kedua lepas qays memang tak de kuning langsung. Sebab alfalfa one kind of herbs. takut baby tak tahan kuning boleh jadi naik. Dan untuk wanita2, especially yang dalam pantang memang elok sangat untuk saluran peranakan sebab ia mampu berfungsi seperti kacip fatimah. Dan of course alfalfa femes membantu mempertingkatkan penghasilan susu badan.

7. MENU MAKANAN
Untuk menu sepanjang berpantang, saya tak begitu cerewet. Makan je apa yang ada. Mil pun sangat menekankan makanan yang berkhasiat. sayur, ayam ikan semua perlu diambil. Yang saya jauhkan adalah ikan yang berperut hitam (ikan sungai, ikan yang berbisa seperti keli, sepat ), sayur kobis ( tak tahan angin), makanan  pedas, minuman manis & berais. Yang lain semua saya makan. Alhamdulillah...berbeza dengan pantang kali pertama dulu, banyak makanan dicatu. badan pun rasa lemau & sentiasa macam nak demam even dah lebih 20hari. 

Ada makcik yang melawat saya terkejut tengok saya dah aktif pada hari ke8. Kenduri kesyukuran qays hari ke 20++ ramai yang tak percaya saya belum habis pantang sebab aktif semacam. Betul, saya rasa sangat bertenaga & sihat. Takde rasa lenguh or sakit badan pun even kurang tidur & sibuk uruskan anak2 terutama Numa yang tengah lasak. 

Saya percaya, semua makanan yang Allah ciptakan ada khasiat & kelebihan tersendiri. Jangan terlalu hadkan pengambilan sayuran, ayam semasa berpantang. Bimbang kurang zat nanti akan beri kesan pada baby dan diri sendiri. Jika zat & khasiat cukup, badan mesti rasa lebih sihat & bertenaga. 

So, sampai disini dulu. Entry lepas ni saya nak kongsikan kepentingan setiap proses berpantang pulak.
Terima kasih kerana membaca. 


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee.
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.
Ni adalah seua supplemen dan segala benda2 yang saya gunakan sepanjang berpantang. Tq to al of u.

0 comments on "Berpantang dengan supplemen Shaklee~~ Rasa lebih sihat &Bertenaga"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez