Thursday, December 25, 2014

Habbatussauda Raja Segala Herba


Dalam dunia perubatan, nama habatussauda memang tidak asing lagi. 

Habbatussauda adalah nama yang dipanggil diMesir manakala dalam bahasa inggerisnya adalah Nigella sativa namun ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti jintan hitam(black cumins) dan black seed.
  Apa saja namanya, habbatussauda digelar sebagai raja herba atas sifatnya yang mampu mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit sejak beribu tahun dahulu. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan seperti rumput yang mengeluarkan bunga berwarna biru yang didalamnya terdapat biji. Biji-biji tersebutlah yang dipanggil habbatussauda. 

Sejak tahun 1959, lebih 200 kajian dan jurnal dikeluarkan oleh universiti-universiti antarabangsa berkaitan kebaikan habbatussauda dalam dunia perubatan.
Lama sebelum itu, nama habbatussauda banyak tercatat dalam jurnal perubatan lama dan digunakan secara meluas di timur tengah dan rantau Asia Selatan.

Pakar perubatan Islam tersohor, Ibnu sinna turut mengakui bahawa habbatussauda sangat berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit kerana ia mempunyai antibodi semulajadi yang tinggi. Malah didalamnya juga terkandung omega yang tinggi, iaitu 10kali lebih tinggi daripada DHA & EPA.

Bijian dalam kategori rempah ratus ini terbukti mampu menguatkan sistem ketahanan badan secara semulajadi kerana ia mengandungi bahan aktif thymoquinone. 

Ujian klinikal terhadap habbatussauda membuktikan herba ini berupaya mengecutkan semua jenis ketumbuhan, mengubati batuk kronik, selsema, sesak nafas terutama bronchial asma dan kardiak asma, luka-luka dihati, batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, luka dalam perut, gusi berdarah, merawat darah tinggi dan banyak lagi termasuk untuk kesihatan luaran seperti merawat masalah kulit dan mencerahkan kulit muka. 

Hari ini habbatussauda dipelbagaikan bentuknya seperti kapsul, serbuk dan minyak untuk memudahkan pengambilannya. Walaupun dunia perubatan dan kesihatan semakin moden, namun herba yang telah wujud sejak beribu tahun lamanya ini kekal dengan khasiatnya yang tinggi dan akan terus menjadi perawat mujarab untuk pelbagai jenis penyakit manusia inshaallah.
Sumber: Akhbar 1 suara.



0 comments on "Habbatussauda Raja Segala Herba"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez