Saturday, December 13, 2014

Pemeriksaan kehamilan di KKIA(klinik kesihatan ibu anak)~~apa prosedurnya?


Pemeriksaan kehamilan di KKIA(klinik kesihatan ibu anak)~~apa prosedurnya?

Sepanjang 2x kehamilan, saya memang melakukan pemeriksaan kehamilan di kkia. Masa pregnant numa, saya tinggal di rawang. Di sana, tiada klinik swasta yang menawarkan servis terbaik dan meyakinkan.. Jadi, masa tu terpaksa pilih kkia. Dalam fikiran dah set yang kkia semuanya negatif. 

Ternyata saya memang silap. Rupanya banyak dah upgred. Jururawat semua mesra, klinik yang mesra bayi (ada bilik khas untuk menyusu) dan perkhidmatan yang baik.Pendapat saya, pemeriksaan yang dilakukan sangat terperinci. Cuma jika anda mempunyai kekangan masa, lebih baik pilih klinik swasta. 

1. LAWATAN PERTAMA.
Pada lawatan pertama, jururawat & doktor akan menyoal tentang diri anda dan pasangan anda untuk memastikan terdapat maklumat yang boleh mempengaruhi kehamilan anda dan bayi. Pada umumnya, ini antara yang disoal:
a) Butir peribadi
b) Negara asal, kerana beberapa jenis anemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.
c) Kesihatan anda. penyakit serius dan pembedahan yang telah dilalui atau anda sedang mendapatkan rawatan untuk sebarang penyakit, mempunyai sebarang alahan, merokok atau mengambil dadah.
d) Sejarah perubatan keluarga , samada terdapat bayi kembar atau penyakit keturunan dalam keluarga anda atau sebelah pasangan.
e) Jenis pencegahan kehamilan yang anda gunakan dan bila berhenti menggunakannya.
f) Kitaran haid anda. masa bermula, samada tetap atau tidak, hari pertama kitaran haid berakhir dan berapa lama kitarannya.
g) Adakah anda hamil sebelum ini, termasuk keguguran & pengguguran. 

2. KETINGGIAN ( pada pertama kali sahaja).
Anda akan diukur kerana menjadi panduan kepada saiz pelvic . Jika ketinggian melebihi 152cm anda  mungkin tidak mengalami kesukaran kecuali mengandungkan bayi yang luar biasa besarnya. 

3. BERAT BADAN (pada setiap lawatan).
-Anda akan ditimbang pada setiap lawatan untuk memastikan berat badan bertambah dengan sempurna.
- Jika anda kehilangan sedikit berat sepanjang 3bulan pertama disebabkan mabuk hamil  , ini merupakan perkara biasa.
- Jika berat bertambah dengan tiba-tiba pada waktu kehamilan yang seterusnya, ia mungkin menandakan pra eklampsia.

4. SAMPEL URIN (pada setiap lawatan)
- Sampel diambil sebaik-baiknya di aliran kencing pertengahan.
- Ini akan diuji untuk :
a) Mengesan gula, jika ditemui berulang kali menandakan kemungkinan diabetis semasa hamil.
b) Mengesan protin yang mungkin menandakan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. Jika protin dikesan pada peringkat seterusnya, mungkin menandakan pre eklampsia. 

5. UJIAN DARAH
Pengambilan sampel darah :
-kumpulan darah & rhesus pada lawatan pertama.
- Penyakit seks berjangkit iaitu HIV dan siflis pada lawatan pertama yang jika ada mesti dirawat awal supaya tidak membahayakan ibu dan bayi.
-Kemerahan darah pada lawatan pertama dan lawatan seterusnya mengikut keperluan. 

6. TEKANAN DARAH(pada setiap lawatan)
-Tekanan darah biasanya rendah sedikit semasa kehamilan. Ia diukur setiap lawatan bagi mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba supaya dapat dikawal. Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai-bagai masalah termasuk pre eklampsia.

7. PEMERIKSAAN FIZIKAL
-Jururawat atau doktor akan memeriksa keadaan fizikal dan mendengar degup jantung dan paru2 ibu termasuk payudara.
-Ibu juga akan disoal mengenai kesihatan gigi dan ibu akan dirujuk ke klinik pergigian untuk pemeriksaan lanjutan. 

8. PEMERIKSAAN PERGIGIAN
-Dapatkan pemeriksaan pergigian di klinik pergigian. Doktor akan memeriksa mulut ibu dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan. Penangguhan rawatan masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi meningkatkan risiko masalah kesihatan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

9. KAKI, BUKU LALI & TANGAN (setiap lawatan).
-Jururawat atau doktor akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidak terdapat bengkak atau edema. Sedikit bengkak pada minggu akhir kehamilan adalah normal terutama pada penghujung hari Namun, bengkak yang melampau mungkin menandakan pre eklampsia.
- Kaki ibu juga akan diperiksa samada terdapat vena verikos. 

10. MERASA ABDOMEN( setiap lawatan).
- Abdomen ibu akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim ibu. Ini akan memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing dalan arah yang betul (kepala dahulu) dan pada minggu-minggu akhir, kepalanya turun ke dalam ruang pelvic. 

11. UJIAN TAMBAHAN SCAN ULTRASOUND (mengikut keperluan).
Ultrasound boleh digunakan untuk memeriksa:
-umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran.
- Kedudukan bayi dan uri(placenta) serta air mentuban.
-Bayi membesar secara normal.
-Kemungkinan mengandung lebih dari satu.
-Keadaan tidak normal seperti masalah berkaitan otak dan tulang belakang. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Diharap perkongsian ini memberi manfaat pada anda dan pasangan. 


*******************************
SUPPLEMEN TAMBAHAN SEMASA HAMIL
VIT C-meningkatkan imun sistem ibu
ESP- Protein yang mencukupi diperlukan supaya sel2 & saraf bayi akan dapat terbentuk dengan baik.
Vitalea Iron Formula- Kekurangan iron menyebabkan kecacatan pada bayi
Bcomplex- mengurangkan stress& melancarkan peredaran darah ibu.

Tambahan supplemen:
Peppermint ginger plus- mengurangkan rasa loya & mabuk
Ostematrix- alternatif bagi ibu yang tidak boleh meminum susu.
Omega Guard- DHA & EPA yang mencukup untuk perkembangan otak bayi
Garlic- mengurangkan jangkitan kuman (jika ibu menghadapi masalah keputihan melampau)
 
 
 
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "Pemeriksaan kehamilan di KKIA(klinik kesihatan ibu anak)~~apa prosedurnya?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez