Friday, December 12, 2014

Penjagaan kehamilan. Anda hamil? Tahniah!


Salam sejahtera..

Saya teruja setiap kali ada kawan atau adik beradik yang hamil. Bagi saya wanita hamil sangat unik dan cantik. Betapa besarnya kuasa Allah menjadikan seorang bayi didalam rahim, hidup membesar dan begitu sempurna selama 9bulan 10hari. 

Namun, pengalaman dan masalah mungkin akan berbeza dengan wanita lain semasa hamil. Jadi, mungkin akan timbul beberapa persoalan , samada ia pertama kali atau sudah berpengalaman. Oleh sebab itu, nasihat dan bimbingan serta sokongan daripada insan tersayang sentiasa diperlukan bagi melahirkan bayi yang sihat dan selamat. 

PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA HAMIL
1. Warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap.
2. Timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut ( linea nigra)
3. Lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan lebat.
Perubahan ini adalah sementara dan tidak membahayakan. Ia akan hilang selepas ibu bersalin. 

PENJAGAAN KEHAMILAN
1. PAKAIAN
-Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai semasa hamil. Ini termasuklah pemilihan pakaian dalam yang sesuai. Adalah lebih baik memakai bra bersaiz lebih besar kerana payudara akan mula membengkak sehingga saat anda bersalin. Begitu juga dengan saiz seluar dalam.

- Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan tapak kasut yang mencengkam untuk mengelakkan jatuh terpelecok dan terseliuh. 

2. UBATAN
-Tidak semua ubat boleh diambil semasa hamil. Ibu perlu mendapatkan nasihat doktor tentang pemilihan ubat yang bersesuaian jika perlu. 

- Adalah lebih bagus ibu hamil mengambil vitamin tambahan iaitu asid folik, zat besi, Vitamin C dan B complex. 

3. REHAT
Ibu hamil perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan. 

4. KEBERSIHAN DIRI
Ibu hamil perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit. 

5. PENJAGAAN PAYUDARA
Cara yang terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa. 

6. PENJAGAAN EMOSI
Puan perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Emosi yang terjejas, boleh menjejaskan kesihatan diri puan dan bayi dalam kandungan. 

7. PENJAGAAN KEBERSIHAN MULUT
-Gunakan flos gigi dan berus gigi sehingga bersih setiap hari selepas makan dan sebelum tidur. 

- Pilih berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang mengandungi fluorida

- Elakkan memberus gigi sebaik saja muntah. Bersihkan mulut dengan berkumur. Tunggu 30minit sebelum memberus.

- Ibu-ibu mengandung digalakkan membuat lawatan awal ke klinik pergigian untuk mengatasi sebarang masalah pergigian. 

-Kebersihan mulut yang tidak dijaga semasa mengandung meningkatkan lagi risiko masalah gusi dan karies gigi. 

- Risiko mendapat penyakit pergigian meningkat semasa hamil kerana ibu mengalami:
  a) perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering.
  b) Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut mungkin menyebabkan gigi terhakis dan haus.
  c) Perubahan cara pemakanan akibat alahan sering kali meningkatkan kekerapan pengambilan makanan. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Lepas ni saya kongsikan pula apa perlu dilakukan selepas tahu diri hamil? Apa klinik kerajaan tawarkan jika pemeriksaan bulanan dilakukan .

Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "Penjagaan kehamilan. Anda hamil? Tahniah!"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez