Thursday, December 25, 2014

Petua tradisional hilangkan kembung perut

0 comments
Salam sejahtera

Saya nak berkongsi dengan pembaca semua petua tradisional menghilangkan kembung perut. Mungkin petua ini berguna untuk anda.Pendapat saya, lebih baik kita amalkan petua tradisional kerana ia menggunakan bahan semulajadi, daripada bergantung pada ubat sintetik yang belum pasti kandungannya dan terdapat juga kesan sampingan kan.

So, Ini dia:

1. Ambil dua sudu besar jintan manis dan beberapa potong lobak putih. Rebus keduanya sehingga mendidih dan biarkan sejuk. Minum air rebusan ini dua atau tiga kali sehari. Petua ini hanya sesuai kepada orang dewasa. 

2. Sediakan sebuku halia, bersihkan kulitnya atau boleh juga dikupas. Tumbuk halia tersebut tetapi jangan sampai lumat. Rendamkan halia tersebut dalam segelas air panas dan tutup lebih kurang 10 minit. Minumlah air tersebut. 

3. Ambil beberapa ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Rebus bersama dua gelas air dan didihkan sehingga menjadi segelas sahaja. Biarkan sejuk sebelum diminum. 

4. Rebus dua inci halia yang sudah diketuk sedikut bersama beberapa kuntum bunga cengkih. Minum airnya beberapa kali sehingga angin keluar dari badan. 

5. Daun mengkudu juga ada gunanya. Ambil tiga helai daun mengkudu, bersihkan dan rebus bersama seinci dua halia, kemudian minum airnyam 

6. Bagi bayi yang mengalami masalah yang sama, cuba campurkan sedikit minyak masak dengan sedikit lada hitam dan seulas bawang merah yang ditumbuk kasar. Sapukan minyak tersebut di perut, belakang, betis dan ubun-ubun bayi dan urut sedikit secara perlahan-lahan. 

7. Ambil dua tiga helai daun sireh dan layurkan diatas api. Pastikan daun sireh tersebut tidak terlalu panas sebelum ditekapkan diperut bayi. 

8. Ambil sedikit lada hitam dan jintan manis. Bungkus dalam kain dan panaskan kain tersebut(layurkan) di api lilin. Tuam dibahagian ari-ari bayi tetapi pastikan jangan terlalu panas.
Sumber: Akhbar 1 suara.

Kalau tengok, semua bahan yang digunakan mudah didapati kan. Saya belum pernah cuba lagi petua diatas. Mungkin satu hari mana tau boleh cuba kan. 

Selalunya, bila saya travel atau lepas makan kenduri kendara akan sakit perut dan kadang-kadang rasa macam kembung.Kalau dah tak sempat cari halia di dapur saya cuma telan PEPPERMINT GINGER PLUS. Just kemam sambil rehat2. Rasa seperti kemam gula-gula apollo tanpa rasa manis. Memang rasa natural macam kemam herba yang ditumbuk. Peppermint ginger plus mengandungi 4 herba asli antaranya halia dan jintan. Saya memang amalkan sejak dari hamil bila loya-loya, rasa pening mabuk. So far ok la, sangat membantu. Angin pun gembira keluar dengan jayanya hehe. 
 
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ Pengedar Shaklee Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Habbatussauda Raja Segala Herba

0 comments
Dalam dunia perubatan, nama habatussauda memang tidak asing lagi. 

Habbatussauda adalah nama yang dipanggil diMesir manakala dalam bahasa inggerisnya adalah Nigella sativa namun ia juga dikenali dengan nama-nama lain seperti jintan hitam(black cumins) dan black seed.
  Apa saja namanya, habbatussauda digelar sebagai raja herba atas sifatnya yang mampu mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit sejak beribu tahun dahulu. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan seperti rumput yang mengeluarkan bunga berwarna biru yang didalamnya terdapat biji. Biji-biji tersebutlah yang dipanggil habbatussauda. 

Sejak tahun 1959, lebih 200 kajian dan jurnal dikeluarkan oleh universiti-universiti antarabangsa berkaitan kebaikan habbatussauda dalam dunia perubatan.
Lama sebelum itu, nama habbatussauda banyak tercatat dalam jurnal perubatan lama dan digunakan secara meluas di timur tengah dan rantau Asia Selatan.

Pakar perubatan Islam tersohor, Ibnu sinna turut mengakui bahawa habbatussauda sangat berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit kerana ia mempunyai antibodi semulajadi yang tinggi. Malah didalamnya juga terkandung omega yang tinggi, iaitu 10kali lebih tinggi daripada DHA & EPA.

Bijian dalam kategori rempah ratus ini terbukti mampu menguatkan sistem ketahanan badan secara semulajadi kerana ia mengandungi bahan aktif thymoquinone. 

Ujian klinikal terhadap habbatussauda membuktikan herba ini berupaya mengecutkan semua jenis ketumbuhan, mengubati batuk kronik, selsema, sesak nafas terutama bronchial asma dan kardiak asma, luka-luka dihati, batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, luka dalam perut, gusi berdarah, merawat darah tinggi dan banyak lagi termasuk untuk kesihatan luaran seperti merawat masalah kulit dan mencerahkan kulit muka. 

Hari ini habbatussauda dipelbagaikan bentuknya seperti kapsul, serbuk dan minyak untuk memudahkan pengambilannya. Walaupun dunia perubatan dan kesihatan semakin moden, namun herba yang telah wujud sejak beribu tahun lamanya ini kekal dengan khasiatnya yang tinggi dan akan terus menjadi perawat mujarab untuk pelbagai jenis penyakit manusia inshaallah.
Sumber: Akhbar 1 suara.



Tuesday, December 16, 2014

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015]

0 comments
Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan : 

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. 

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysi
a (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya. 

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produkt iviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%. 

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknan
ya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama. 

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.
Pandangan Peribadi :
Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Bersedia untuk tahun 2015..😢😢
Copy paste utk bacaan mereka yg berfikiran kehadapan.

Anaemia semasa hamil~4vitamin WAJIB ambil untuk atasinya

0 comments
Salam sejahtera semua..

Membicarakan tentang Anaemia, rasanya bukan asing lagi bagi ibu2 hamil.
Tapi, sejauh mana pengetahuan kita tentang penyakit ini?

Anaemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. 
 
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila ibu hamil mengalami anaemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

BAGAIMANA IA DIKESAN?
Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hgb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.

ADAKAH IA BOLEH DIATASI?
Ya, anaemia boleh diatasi dengan cara menambah darah melalui pil hematinik.Apa itu pil Hematinik?
a) Pil Zat besi
b) Pil Asid folik
c) Pil Vitamin C
d) Pil Vit B complex

APA FUNGSI PIL HEMATINIK?
Pil Zat besi, Asid Folik & B complex berfungsi untuk pembentukan sel darah merah. Manakala Vit C membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

PIL HEMATINIK-apa yang kita perlu tahu!

# Ia membantu ibu hamil pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat lahir bayi yang normal adalah antara 2.5kg-4.0kg.
#Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
# Elakan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat & susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi. 

APA KESAN SAMPINGANNYA?
Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya & pening. Walaubagaimanapun. kesan sampingan hanya sementara sahaja. 

BOLEH KAH SAYA MENAMBAH DARAH MELALUI MAKANAN?
Ya, boleh. Ibu hamil digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
#Sumber makanan kaya zat besi terdiri daripada sumber haiwan seperti daging,hati,ayam,limpa,kerang, ikan bilis,ikan dan sotong.
# Sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku,kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.
# Untuk mengatasi masalah anaemia, ibu hamil perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.
# Sekiranya ibu hamil adalah pengamal vegetarian, makan makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan Vit C. Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, ibu hamil perlu makan pil hematinik mengikut arahan. 

BAGAIMANA MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI?
Terdapat 2 cara. Iaitu:
1. Lebihkan makanan yang mampu tingkatkan penyerapan zat besi seperti;
a) Buah & sayur yang tinggi kandungan Vit C seperti jambu batu, limau,betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi,pucuk ubi, bayam, kangkung.
b) Minum jus buah-buahan
c) Makan bersama pencecah buahan seperti mangga, tomato atau limau kasturi.
d) Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam & isi daging. 

2. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman berkafein, berkola  & bercoklat;
a) jika ingin mengambil makanan & minuman tersebut, pastikan diambil sekurangnya 1-2jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.
b) Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Supplemen Kehamilan yang disarankan
ESP
Vitalea Iron Formula
Bcomplex
Vit C 

KENAPA PRODUK SHAKLEE?
  • SUMBER SEMULAJADI.BUKAN SINTETIK
  • HALAL, BERKESAN , SELAMAT
  • 1BOTOL TAHAN LEBIH 1BULAN . DENGAN HARGA BERPATUTAN MENJIMATKAN WANG ANDA
 
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Penyakit semasa hamil.~ Apakah kesannya pada ibu & bayi?

0 comments
Salam sejahtera semua.

Kita sering mendengar kawan-kawan, rakan sepejabat, saudara mara yang hamil menghidapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & paling biasa anaemia(hgb rendah).
Tahukah anda, Penyakit-penyakit ini agak berbahaya kepada ibu serta memberi kesan kepada bayi yang dikandung?

ANAEMIA
Kesan kepada ibu:
1. Keguguran
2. Tumpah darah semasa dan selepas bersalin.
3. Kematian

Kesan kepada bayi:
1. Tumbesaran & perkembangan bayi terbantut
2. Kelahiran bayi kurang berat badan.
3. Kelahiran tidak cukup bulan.
4. Bayi meninggal dalam kandungan.

DIABETIS
Kesan kepada ibu:
1. Hyper/ hypoglycaemia ( kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
2. Jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap.
3. Keguguran
4. Polihydramnios(air mentuban berlebihan).
5. Pre eklampsia(kesan hipertensi yang teruk).
6. Komplikasi diabetis seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.
7. Mengalami komplikasi disebabjan diabetis yang tidak terkawal seperti sakit buah pinggang 

Kesan kepada bayi:
1.Berat badan bayi lebih daripada 4kg.
2. Kecacatan pada saraf tunjang dan jantung.
3. Mati dalam kandungan (IUD).
4. Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
5. Lemas semasa lahir
6. Kecederaan pada saraf dibahagian bahu. 

HIPERTENSI
Kesan kepada ibu:
1. Sawan sekiranya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
2. Strok
3. Tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal.
4. Sesak nafas.
5. Fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat dalam air kencing(air kencing kotor).
6. Uri terpisah dari rahim (mengakibatkan bayi mati dalam kandungan)
7. Darah gagal membeku

Kesan kepada bayi:
1. Tumbesaran terbantut didalam kandungan.
2. Bayi meninggal dalam kandungan
3. Kelahiran bayi kurang berat lahir.
4. Kelahiran tidak cukup bulan.

PENYAKIT JANTUNG
Kesan kepada Ibu:
1. Kegagalan fungsi jantung
2. Lemah jantung
3. Kematian

Kesan kepada bayi:
1. Tumbesaran terbantut dalam kandungan
2. Mati dalam kandungan
3. Kelahiran pramatang
4. Kecacatan pada bayi.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Supplemen yang disarankan semasa kehamilan:
Vitalea Iron Formula
ESP (Energizing Soy Protein)
B complex 
 


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Monday, December 15, 2014

TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN | DIET SEMASA PANTANG

0 comments
Salam sejahtera semua..

Dah lama nak share tips selim melim lepas bersalin ni. dari lepas bersalin anak pertama lagi.
Sebabnya selalu sangat nampak fren update kat fb la, dgr kwn2 mengeluh la baju lama semua tak muat dah. Jadi saya tak sabar nak share tips mudah untuk dapatkan kembali bentuk badan yg ideal lepas bersalin... kerana saya hilang hampir 12kg selepas 3minggu bersalin. Alhamdulillah... kebaya 4tahun lepas masih muat!
Ingin kekal langsing?

Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.
Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan herba, akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan samada berpantang secara tradisional ataupun moden, terpulang kepada diri anda sendiri dan kesesuaian.
Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, jom baca tips kuruskan badan secara sihat:
1. Menyusu Badan
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.

2. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan dan menyusu badan perlu minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.

3. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuma ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.

4. Senaman
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan stroller atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.

5. Makan hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.

6. Sertai Kelas Senaman Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan senaman khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat.


*Sumber: Majalah Pa&Ma

Cadangan Supplemen untuk Membantu Ibu Menyusu Menguruskan Badan

Shaklee Soy Protein Isolate Powder (ESP), Lecithin, Alfalfa

1. LECITHIN - Bakar
- Berfungsi sebagai pembakar lemak dan kolesterol. Ia adalah sumber kolina dan juga pengemulsi lemak. Juga dicadangkan untuk ibu-ibu yang mengalami clogged duct/ duktus tersumbat.

2. ALFALFA - Buang
- Berfungsi sebagai sumber serat untuk menyerap pecahan lemak dan kolesterol oleh lecithin. Alfalfa akan mengangkut lemak-lemak keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan bertindak juga sebagai milk booster/penggalak susu. Juga dapat membantu masalah keputihan dikalangan wanita.

3. SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP) - Bina
- Berfungsi sebagai sumber protein untuk memelihara otot dalam proses menurunkan berat badan. Dapat memberi rasa kenyang yang tahan lama dan memberi tenaga berpanjangan. Selain itu dapat membantu sebagai penggalak susu dan memekatkan susu ibu.

KENAPA PRODUK SHAKLEE?
  • HALAL, SELAMAT , BERKESAN
  • SUMBER BAHAN SEMULAJADI. BUKAN VITAMIN SINTETIK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA
  • HARGA BERPATUTAN,MENJIMATKAN WANG 


Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit. 

Sunday, December 14, 2014

Apa yang suami perlu makan untuk sperma yang berkualiti

0 comments
Pemakanan seimbang untuk PAPA

Bukan bakal mama sahaja yang perlu menjaga pemakanan untuk mendapatkan anak yang berkualiti tetapi bakal papa juga tidak terkecuali. Diet papa dikatakan penting untuk menghasilkan zuriat yang sihat melalui penghasilan sperma yang berkualiti. Jadi, suami perlu mengkaji corak pemakanan dan jangan menuding jari pada isteri sahaja jika masih belum hamil. Antara perkara yang harus dilakukan oleh suami ialah:

1. Mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Kekurangan vitamin C dan antioksidan lain boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Jika suami seorang perokok keperluan antioksidannya adalah lebih tinggi.

2. Mengambil zat besi yang cukup melalui pengambilan makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. 

3. Mendapatkan kalsium dan vitamin D yang mencukupi.

4. Menikmati sumber protein yang tinggi untuk penghasilan hormon, sel darah merah, pemulihan tisu, ketahanan badan dan sebagainya.

Sumber: Penjagaan Ibu dan Bayi, karangkraf.


Sebagai alternatifnya, bagi yang tak suka makan sayur makan buah atau dalam diet seharian memang tak seimbang..maka boleh la amalkan pengambilan supplemen tambahan Shaklee.

1.Sustained Release Vit C 180biji
2. Vitalea Iron Formula 120biji
3.Ostematrix (with vit D & magnesium) 120biji
4.ESP(energizing soy protein) 850g

Yang bestnya, dengan jumlah tabletnya yang banyak cukup tahan sehingga lebih 1bulan & harga tak jauh beza dengan produk berjenama yang ada dipasaran.

Chop! tapi opkos la tak sama dengan jenama yang lain tu. Sebab? 

PRODUK SHAKLEE HALAL, BERKESAN , SEMULAJADI

Kau hado? hehe
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Nutrisi sebelum hamil ~Apa kepentingannya?!

0 comments
Salam sejahtera.
Apa yang anda makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil. 

ASID FOLIK
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%!.
Jadi, tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggy awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan. 

ZAT BESI
Nutrisi ini amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe. 

KALSIUM
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangkan gejala iby mengalami kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. Atas sebab itu lah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi. 

DHA
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon. 

AIR
Anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, yogurt, sup dan jenis cecair yang lainnya.
Sumber: Penjagaan Ibu & Bayi, karangkraf. 


Supplemen tambahan produk Shaklee:
Omega Guard 90kapsul- DHA & EPA
Bcomplex 120 tablet-Asid folic
Vitalea  Iron formula180 tablet- Iron
Ostematrix 120 tablet- Kalsium & magnesium

Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Saturday, December 13, 2014

Persediaan kehamilan ~6 perkara WAJIB TAHU!

0 comments
Kehamilan perlu dirancang sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil supaya zuriat yang lahir sihat. Dalam beberapa minggu pertama, ketika tidak menyedari anda hamil, perkembangan bayi dalam kandungan amat mudah terjejas. 

1. Kesihatan
Dalam masa 3-6bulan sebelum hamil, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan diri masing-masing bebas daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit berbahaya . Ujian darah perlu dilakukan jika anda berdua berisiko sebagai pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau thalasemia. 

2. Berat badan
Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras normal iaitu bersesuaian dengan ketinggian. Dapatkan nasihat doktor bagi mencapai berat badan yang sesuai. Jangan sesekali berdiet ketika hamil kecuali menghadapi masalah berat badan yang serius. Dikhuatiri anda kekurangan zat penting pula nanti. 

3. Umur
Umum mengetahui umur ideal untuk hamil adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna daripada segi jasmani dan rohani. Oleh itu bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Ibu yanh berusia lebih 35tahun pula berisiko kerana organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan pada usia begini. Selain daripada risiko tinggi untuk melahirkan anak cacat, ibu mungkin mengalami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau sukar ketika melahirkan anak. 

4. Suntikan pelalian.
Suntikan rubella dan hepititis B sepatutnya diambil lebih awal lagi bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir. Namun jika anda hanya mengambil suntikan Rubella selepas berkahwin, pastikan anda merancang kehamilan sehingga enam bulan. 

5. Corak pemakanan
Sebelum hamil, tentukan taraf pemakanan anda mahupun suami berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini boleh diukur daripada segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Paras hemoglobin yang wajar ialah antara 10 hingga 14 gm peratus. Keadaan kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Malah, ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim. 

6. Pemeriksaan darah
Langkah ini penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella (German measles).
Jika sudah mendapat pelalian, anda selamat daripada gejala kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jika belum, anda perlu mendapatkan suntikan pelalian segera. Penyakit ini jika berlaku diperingkat awal kandungan boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan bayi termasuk jantung berlubang, pekak dan bisu. 


**********************************
Supplemen yang penting untuk persediaan kehamilan:
Bcomplex - Dengan tambahan asid folic bagi meningkatkan kesuburan
Esp- Protein penting untuk menguatkan rahim 
Vit E- Meningkatkan kualiti telur & sperma
Gla Complex- Menstabilkan hormon wanita 

Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Pemeriksaan kehamilan di KKIA(klinik kesihatan ibu anak)~~apa prosedurnya?

0 comments
Pemeriksaan kehamilan di KKIA(klinik kesihatan ibu anak)~~apa prosedurnya?

Sepanjang 2x kehamilan, saya memang melakukan pemeriksaan kehamilan di kkia. Masa pregnant numa, saya tinggal di rawang. Di sana, tiada klinik swasta yang menawarkan servis terbaik dan meyakinkan.. Jadi, masa tu terpaksa pilih kkia. Dalam fikiran dah set yang kkia semuanya negatif. 

Ternyata saya memang silap. Rupanya banyak dah upgred. Jururawat semua mesra, klinik yang mesra bayi (ada bilik khas untuk menyusu) dan perkhidmatan yang baik.Pendapat saya, pemeriksaan yang dilakukan sangat terperinci. Cuma jika anda mempunyai kekangan masa, lebih baik pilih klinik swasta. 

1. LAWATAN PERTAMA.
Pada lawatan pertama, jururawat & doktor akan menyoal tentang diri anda dan pasangan anda untuk memastikan terdapat maklumat yang boleh mempengaruhi kehamilan anda dan bayi. Pada umumnya, ini antara yang disoal:
a) Butir peribadi
b) Negara asal, kerana beberapa jenis anemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu.
c) Kesihatan anda. penyakit serius dan pembedahan yang telah dilalui atau anda sedang mendapatkan rawatan untuk sebarang penyakit, mempunyai sebarang alahan, merokok atau mengambil dadah.
d) Sejarah perubatan keluarga , samada terdapat bayi kembar atau penyakit keturunan dalam keluarga anda atau sebelah pasangan.
e) Jenis pencegahan kehamilan yang anda gunakan dan bila berhenti menggunakannya.
f) Kitaran haid anda. masa bermula, samada tetap atau tidak, hari pertama kitaran haid berakhir dan berapa lama kitarannya.
g) Adakah anda hamil sebelum ini, termasuk keguguran & pengguguran. 

2. KETINGGIAN ( pada pertama kali sahaja).
Anda akan diukur kerana menjadi panduan kepada saiz pelvic . Jika ketinggian melebihi 152cm anda  mungkin tidak mengalami kesukaran kecuali mengandungkan bayi yang luar biasa besarnya. 

3. BERAT BADAN (pada setiap lawatan).
-Anda akan ditimbang pada setiap lawatan untuk memastikan berat badan bertambah dengan sempurna.
- Jika anda kehilangan sedikit berat sepanjang 3bulan pertama disebabkan mabuk hamil  , ini merupakan perkara biasa.
- Jika berat bertambah dengan tiba-tiba pada waktu kehamilan yang seterusnya, ia mungkin menandakan pra eklampsia.

4. SAMPEL URIN (pada setiap lawatan)
- Sampel diambil sebaik-baiknya di aliran kencing pertengahan.
- Ini akan diuji untuk :
a) Mengesan gula, jika ditemui berulang kali menandakan kemungkinan diabetis semasa hamil.
b) Mengesan protin yang mungkin menandakan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. Jika protin dikesan pada peringkat seterusnya, mungkin menandakan pre eklampsia. 

5. UJIAN DARAH
Pengambilan sampel darah :
-kumpulan darah & rhesus pada lawatan pertama.
- Penyakit seks berjangkit iaitu HIV dan siflis pada lawatan pertama yang jika ada mesti dirawat awal supaya tidak membahayakan ibu dan bayi.
-Kemerahan darah pada lawatan pertama dan lawatan seterusnya mengikut keperluan. 

6. TEKANAN DARAH(pada setiap lawatan)
-Tekanan darah biasanya rendah sedikit semasa kehamilan. Ia diukur setiap lawatan bagi mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba supaya dapat dikawal. Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai-bagai masalah termasuk pre eklampsia.

7. PEMERIKSAAN FIZIKAL
-Jururawat atau doktor akan memeriksa keadaan fizikal dan mendengar degup jantung dan paru2 ibu termasuk payudara.
-Ibu juga akan disoal mengenai kesihatan gigi dan ibu akan dirujuk ke klinik pergigian untuk pemeriksaan lanjutan. 

8. PEMERIKSAAN PERGIGIAN
-Dapatkan pemeriksaan pergigian di klinik pergigian. Doktor akan memeriksa mulut ibu dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan. Penangguhan rawatan masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi meningkatkan risiko masalah kesihatan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

9. KAKI, BUKU LALI & TANGAN (setiap lawatan).
-Jururawat atau doktor akan memeriksa bahagian bawah kaki dan tangan untuk memastikan tidak terdapat bengkak atau edema. Sedikit bengkak pada minggu akhir kehamilan adalah normal terutama pada penghujung hari Namun, bengkak yang melampau mungkin menandakan pre eklampsia.
- Kaki ibu juga akan diperiksa samada terdapat vena verikos. 

10. MERASA ABDOMEN( setiap lawatan).
- Abdomen ibu akan dirasa dengan perlahan untuk memastikan kedudukan bahagian atas rahim ibu. Ini akan memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi berpusing dalan arah yang betul (kepala dahulu) dan pada minggu-minggu akhir, kepalanya turun ke dalam ruang pelvic. 

11. UJIAN TAMBAHAN SCAN ULTRASOUND (mengikut keperluan).
Ultrasound boleh digunakan untuk memeriksa:
-umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran.
- Kedudukan bayi dan uri(placenta) serta air mentuban.
-Bayi membesar secara normal.
-Kemungkinan mengandung lebih dari satu.
-Keadaan tidak normal seperti masalah berkaitan otak dan tulang belakang. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Diharap perkongsian ini memberi manfaat pada anda dan pasangan. 


*******************************
SUPPLEMEN TAMBAHAN SEMASA HAMIL
VIT C-meningkatkan imun sistem ibu
ESP- Protein yang mencukupi diperlukan supaya sel2 & saraf bayi akan dapat terbentuk dengan baik.
Vitalea Iron Formula- Kekurangan iron menyebabkan kecacatan pada bayi
Bcomplex- mengurangkan stress& melancarkan peredaran darah ibu.

Tambahan supplemen:
Peppermint ginger plus- mengurangkan rasa loya & mabuk
Ostematrix- alternatif bagi ibu yang tidak boleh meminum susu.
Omega Guard- DHA & EPA yang mencukup untuk perkembangan otak bayi
Garlic- mengurangkan jangkitan kuman (jika ibu menghadapi masalah keputihan melampau)
 
 
 
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Friday, December 12, 2014

9 Petua Makanan Penggalak Susu(Milkbooster)

0 comments
Salam sejahtera semua.

Dua tahun lepas, semasa menghadiri kursus antenatal di Hospital Selayang, Pakar penyusuan susu ibu ada berkongsi maklumat tentang makanan penggalak susu ibu. 

Selain kepentingan diet seimbang,air yang mencukupi, ibu-ibu juga digalakkan mengambil supplemen supaya dapat menampung vitamin yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh antaranya Vit C dan asid amino.
Selain itu, ada juga petua lain yang boleh diamalkan untuk menambah susu badan. 

1. Makan makanan yang kaya dengan serat, protein dan mineral dipercayai membantu melonjakkan kuantiti susu.
2. Contoh oat, susu soya, tempe, ikan , kekacang seperti badam.
3. Kurma merah, longan kering-rebus dengan gula batu dan minum air rebusan.
4. Daun pegaga dimakan sebagai ulam dan jantung pisanh dijadikan kerabu/ulam lobak putih.
5. Beras perang.
6. Minum sekurangnya 6-8gelas air sehari 1.5l.
7. Minum air barli.
8. Halba (fenugreek). Boleh diambil dengan teh dan minum airnya ketika suam.
9. Halia dan jintan ditambah di dalam masakan. 

Semoga petua ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan jika ia juga dapat membantu rakan-rakan anda.
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Jaundis & Bayi. Adakah ia berbahaya?

0 comments
Hai semua..

Salam sejahtera. 

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat tentang Jaundice atau biasa orang sebut kuning. 

APA ITU JAUNDIS?
 
Jaundis dikalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis. 

APA PUNCA JAUNDIS?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses didalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah didalam badan. Keadaan ini lah yang menyebabkan jaundis.

BAYI YANG SERING MENDAPAT JAUNDIS:
# Bayi pramatang
# Bayi yang mengalami infeksi
# Bayi kekurangan G6PD
# Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya:
  - Ibu mengalami Rhesus Negative (-ve)
  - Ibu dari kumpulan darah jenis O

ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekaan, kecederaan otak dan kematian otak. 

APAKAH TANDA-TANDA BAYI DALAM BAHAYA?
1. Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan.
2. Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusatn
3. Kurang aktif, tidak sihat atau demam.
4. Enggan menyusu.
5. Mengalami kekejangan.
6. Jaundis berterusan melebihi 14hari
7. Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH IBU BAPA SEKIRANYA BAYI MENGALAMI JAUNDIS?
1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
2. Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi.
3. Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
4. Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. 

APAKAH KESAN JANGKA PANJANG DARIPADA JAUNDIS?
Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami:
1. Masalah pendengaran (pekak)
2. Masalah pembelajaran
3. Kecacatan intelektual
4. Palsi serebrum( cerebral palsy)
Semoga artikel ini bermanfaat. Kongsikan jika ia dapat membantu anda & kawan-kawan atau ahli keluarga.
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?
 
TIPS:
Ambil Alfalfa shaklee 5biji setiap pagi & 5 biji setiap malam. Inshaallah jaundice baby akan turun. 
*penghidap G6PD dilarang mengambil alfalfa.

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Penjagaan kehamilan. Anda hamil? Tahniah!

0 comments
Salam sejahtera..

Saya teruja setiap kali ada kawan atau adik beradik yang hamil. Bagi saya wanita hamil sangat unik dan cantik. Betapa besarnya kuasa Allah menjadikan seorang bayi didalam rahim, hidup membesar dan begitu sempurna selama 9bulan 10hari. 

Namun, pengalaman dan masalah mungkin akan berbeza dengan wanita lain semasa hamil. Jadi, mungkin akan timbul beberapa persoalan , samada ia pertama kali atau sudah berpengalaman. Oleh sebab itu, nasihat dan bimbingan serta sokongan daripada insan tersayang sentiasa diperlukan bagi melahirkan bayi yang sihat dan selamat. 

PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA HAMIL
1. Warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap.
2. Timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut ( linea nigra)
3. Lain-lain seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan lebat.
Perubahan ini adalah sementara dan tidak membahayakan. Ia akan hilang selepas ibu bersalin. 

PENJAGAAN KEHAMILAN
1. PAKAIAN
-Pakaian yang longgar dan selesa amat sesuai semasa hamil. Ini termasuklah pemilihan pakaian dalam yang sesuai. Adalah lebih baik memakai bra bersaiz lebih besar kerana payudara akan mula membengkak sehingga saat anda bersalin. Begitu juga dengan saiz seluar dalam.

- Pastikan kasut juga selesa, elakkan kasut yang bertumit tinggi dan tapak kasut yang mencengkam untuk mengelakkan jatuh terpelecok dan terseliuh. 

2. UBATAN
-Tidak semua ubat boleh diambil semasa hamil. Ibu perlu mendapatkan nasihat doktor tentang pemilihan ubat yang bersesuaian jika perlu. 

- Adalah lebih bagus ibu hamil mengambil vitamin tambahan iaitu asid folik, zat besi, Vitamin C dan B complex. 

3. REHAT
Ibu hamil perlu berehat secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan. 

4. KEBERSIHAN DIRI
Ibu hamil perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit. 

5. PENJAGAAN PAYUDARA
Cara yang terbaik untuk menjaga payudara ialah mencuci puting payudara dengan air bersih dan memakai coli yang sesuai dan selesa. 

6. PENJAGAAN EMOSI
Puan perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Emosi yang terjejas, boleh menjejaskan kesihatan diri puan dan bayi dalam kandungan. 

7. PENJAGAAN KEBERSIHAN MULUT
-Gunakan flos gigi dan berus gigi sehingga bersih setiap hari selepas makan dan sebelum tidur. 

- Pilih berus gigi yang lembut dan ubat gigi yang mengandungi fluorida

- Elakkan memberus gigi sebaik saja muntah. Bersihkan mulut dengan berkumur. Tunggu 30minit sebelum memberus.

- Ibu-ibu mengandung digalakkan membuat lawatan awal ke klinik pergigian untuk mengatasi sebarang masalah pergigian. 

-Kebersihan mulut yang tidak dijaga semasa mengandung meningkatkan lagi risiko masalah gusi dan karies gigi. 

- Risiko mendapat penyakit pergigian meningkat semasa hamil kerana ibu mengalami:
  a) perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering.
  b) Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut mungkin menyebabkan gigi terhakis dan haus.
  c) Perubahan cara pemakanan akibat alahan sering kali meningkatkan kekerapan pengambilan makanan. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Lepas ni saya kongsikan pula apa perlu dilakukan selepas tahu diri hamil? Apa klinik kerajaan tawarkan jika pemeriksaan bulanan dilakukan .

Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

Thursday, December 11, 2014

Cara menangani Masalah Ibu Selepas Bersalin (Postnatal)

0 comments
Kelahiran bayi adalah saat yang menggembirakan bagi setiap pasangan suami isteri. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami masalah selepas bersalin. 

Masalah biasa yang dihadapi antaranya:
1. Sakit dibahagian betis.
@Disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam salur darah
@Darah beku ini boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru yang mengakibatkan sesak nafas dan kematian.

2. Tumpah darah
@Disebabkan oleh rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu.
@Keadaan ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital.
@Ibu yang kerap hamil berisiko tinggi mengalami tumpah darah.

3. Jangkitan kuman di perineum(kemaluan)
@Luka episiotomy akan lambat sembuh
@Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing
@Kuman boleh merebak melalui darah (septicaemia)

4. Meroyan
@Dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin
@Merasa murung disebabkan oleh perubahan hormon.
@Akan mengganggu penyusuan susu ibu & emosi.
@Ibu ini berisiko untuk mencederakan diri sendiri atau bayi. 

Sepanjang dua kali melalui tempoh berpantang, simptom biasa yang saya lalui adalah sedih dan overtouching sampai menangis juga sekali dua. Melalui sakit jahitan dan bengkak susu hanya beberapa hari sahaja memang memerlukan mental & fizikal yang kuat. Sokongan suami & ahli keluarga lain sangat diperlukan sepanjang ibu melalui tempoh berpantang ini. 

Diantara perkara penting yang perlu dilakukan oleh ibu semasa berpantang adalah:

1. Elakkan melakukan kerja berat seperti mengangkat barang/ beban yang berat.
2. Pastikan mengambil diet yang seimbang terutama makanan tinggi protein & fiber supaya susu ibu dapat dihasilkan dengan baik. Air yang cukup juga sangat penting supaya rahim cepat kecut.
3. Sentiasa memastikan badan ibu berada dalam keadaan panas, losyen halia / bedak panas sangat membantu.
4. Pastikan ibu mendapat rehat yang cukup sepaya tubuh badan berada di dalam keadaan yang sihat. Tetapi, jangan asyik tidur & duduk pula. Lakukan sedikit senaman ringan seperti berjalan sambil mendukung baby, senaman kegel dan senaman ringan lain.
5. Sentiasa ceria dan berfikiran positif. Elakkan risau pada perkara yang remeh temeh. 

Diharap segala maklumat yang saya kongsikan dapat memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda dan keluarga. Kongsikan artikel ini jika ia memberi manfaat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Dapatkan supplemen semulajadi semasa hamil, berpantang & menyusu serta konsultasi sepanjang pengambilan supplemen. 

Bcomplex : Membantu menangani stress/depression
Vit C: Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
Esp: Protein meningkatkan kecergasan tubuh
Vitalea: Multivitamin lengkap didalam 1tablet memastikan semua nutrisi penting diperolehi dalam tubuh.

Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?

Choose Healthy...Choose Shaklee.
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com
☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.
 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez