Bila mengandung selalu rasa bahang dan panas kan. Peluh mengalir-ngalir jangan cerita la. Duduk dalam bilik ber air-cond pun masih rasa bahang lagi. Ingat kan saya sorang yang rasa macam tu, rupanya ramai lagi ibu2 mengandung rasa macam tu.
Saya nak kongsikan tips untuk hilangkan / kurangkan rasa bahang panas semasa mengandung. Tapi sebelum tu kena tahu dulu apa punca rasa bahang panas semasa mengandung ni?
Sebenarnya, rasa panas tersebut berpunca daripada perubahan hormon & meningkatnya bekalan darah yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan tips untuk mengatasi masalah ini:
@ Pilih pakaian dari bahan fiber semulajadi berbanding sintetik kerana ia mampu menyerap lembapan dengan lebih baik.
@ Kerapkan mandi supaya kekal segar
@ Gunakan kipas elektrik atau jika ada penyaman udara.
@ Jangan lupa, tingkatkan pengambilan cecair supaya tidak dehydrate. Boleh variasikan pengambilan cecair kepada sup, jus dan lain-lain sumber makanan yang tinggi kandungan air.
Diharap perkongsian ini dapat membantu mommy & memberi manfaat
0 comments on "4 Tips Hilangkan Rasa Panas Semasa Hamil"
Post a Comment