Saturday, January 31, 2015

Pilihan terbaik untuk simpanan anak2

0 comments
Salam sejahtera

Dua tiga minggu ni saya tiba-tiba terfikir...

Apakah pilihan terbaik untuk simpan duit anak2?Samada di bank, asb atau emas?
Kebetulan azam tahun baru saya 1g 1bulan, saya pun mula google berkaitan simpanan emas. 

Alkisah ada rakan shaklee saya baru memulakan misi mengumpul emas 1g 1 bulan. Rupanya baru saya tahu Powergold ada buka peluang membeli emas dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran. Ini memang Wow sangat!

Jadi, selepas berbincang dengan suami kami bersetuju untuk mulakan simpanan emas untuk anak2. Jadi duit simpanan mereka akan membiak biak hehe. Sebab harga emas akan naik setiap tahun, jadi nilai emas akan meningkat & boleh memberi keuntungan.

Nantikan review saya selepas bergelar ahli powergold

Pil kalsium ajaib

3 comments
Salam sejahtera

Setiap pagi sebelum sarapan saya wajib ambil pil kalsium ni. Sebagai ibu menyusu, kalsium memang sangat dituntut dan menjadi keperluan harian saya. 

Ramai yang tak tahu sebenarnya kalsium membantu sistem pencernaan kita berfungsi lebih baik.
Memang beza sangat la kalau ambil pil kalsium ni dengan tidak terutama diwaktu pagi.
Proses pembuangan memang selesa sangat. Gembira ceria je lepas keluar dari toilet.
Dan! Untuk ibu yang mempunyai baby cerdik bijak pandai seperti baby saya...yang almost 20hr nak berdokong DAN berjalan2... kalsium sangat wajib ye bagi mengelakkan sendi2, tulang belakang, tangan, lengan dan kaki lenguh &  sengal. Bila dah sakit sana sini kualiti tidur pun terganggu ye dak? Bila kurang kualiti tidur maka boleh jadi sindrom hulk hahaha.. lepas tu malas je nak buat keje. Sudahnya seharian sindrom lemau malas lembik tak larat dan lain-lain.

Gitu la jadi ibu. kesihatan & keceriaan kita perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga anak2 dan suami dalam keadaan gembira.
Anyway, pil kalsium ni sangat murah dengan 120biji isi nye. 2biji pagi 2bj malam dah cukup sangat untuk bekalan kalsium untuk ibu menyusu. Ataupun 4biji sekaligus sebelum tidur. 

Kerana kalsium akan bertindakbalas secara efektifnya semasa badan kita berada dalam mod rehat(tengah tidur).


Nak tau harga murah terlajak melampau?
whassap 'pil kalsium ajaib' ke 016 695 5345

Wednesday, January 28, 2015

Resepi Kuih Gegetas @ Kuih Templang(bahasa jawa)

0 comments
Assalamualaikum

Salam sejahtera semua.. :)
Semalam kisahnya terindu ya amat kat mak.

Masa kecik mak selalu buat kuih ni untuk sarapan kami adik beradik sebelum ke sekolah. Memang kenyang jugak sebab daripada tepung pulut & kelapa parut. 

Bila duduk dengan mil ni, tak boleh la nak harapkan mil buat kan sarapan semua. Of course la saya sebagai menantu kena tak over kerja-kerja rumah.. Lagipun saya memang nak masak sendiri untuk suami & anak2. Orang kata air tanga ister/ibu adalah lebih berkat ;)

Jadi, malam tadi call la mak tanya macam mana nak buat kuih tu.padan la muka dulu x nak belajar. dah anak dua baru hegeh-hegeh mintak resepi. Mak yang memang bz dengan aktiviti sehariannya pun cerita serba ringkas. Maka, lepas bangun solat subuh terus bergegas ke dapur untuk memulakan misi kikiki.
Saya nak berkongsi resepi dengan anda yang belum pernah makan kuih ni atau yang dah lama tak makan kuih ni atau yang tak pernah buat kuih ni. 


RESEPI KUIH GEGETAS / KUIH TEMPLANG(bahasa jawa)
Untuk 4-5orang makan 
  Bahan-bahan: 250g (setengah plastik tepung pulut) 1cawan tepung gandum
1/2biji kelapa parut (nak lagi sedap guna kelapa muda parut)
Garam 1sudu atau secukup rasa
Air
Gula kastor

Cara-cara 1.Gaulkan semua bahan kecuali gula kastor dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu lembik. Cetak mengikut bentuk yang anda gemari. Saya cuma leperkan didalam dulang dan potong seperti agar2.
2. Goreng menggunakan minyak, toskan.
3. Cepat2 golekkan pada gula kastor semasa masih panas. Kalau dah sejuk nanti gula tak melekat kat kuihnya.
4. Siap! boleh dihidangkan. 

Semoga bermanfaat untuk anda :)

Monday, January 19, 2015

Petua tradisional hilangkan ruam susu bayi

3 comments
Hai semua..
Saya selalu nampak kawan facebook, instagram mahupun customer shaklee saya runsing bila berhadapan dengan masalah ruam susu pada bayi terutama di pipi. 
Ruam susu terjadi disebabkan susu ibu yang mengalir ke pipi bayi dan tidak dilap dengan air dengan segera. Maklumlah..kulit bayi masih nipis dan agak sensatif dengan udara & keadaan sekeliling. 
Pengalaman saya, anak kedua pernah menghadapi ruam susu selepas 3-4hari dilahirkan. Merah satu muka. Tambahan pula, cuaca memang panas masa tu.Bertambah teruk ruam baby. Dr cadangkan krim yang perlu dibeli di farmasi, tapi saya tetap dengan pendirian tak nak sebarang krim sintetik untuk bayi saya. Kebetulan Herbal Blend Shaklee dah habis. 
Jadi, ibu saya syorkan satu petua tradisional untuk hilangkan ruam tersebut. Nak tahu tak, ia lebih murah & mudah didapati.
"AIR LIUR IBU"
Ya.. cuma perlu sapukan air liur ibu di tempat yang terkena ruam setiap kali selepas sesi penyusuan. Lebih kerap lebih bagus. Selepas beberapa minit sehingga air liur kering, boleh lap dengan kain yang dibasahkan dengan air. 
Syukur.. cara ini sangat berkesan dengan anak saya. Selepas diamalkan selama 3hari ruam terus hilang. Kulit yang sebelumnya merah & kasar bertukar menjadi lembut & halus. (hehe.. kulit baby kan memang halus).
Untuk anda yang dah berhabis mencuba pelbagai jenis krim, boleh cuba petua tradisional ni. Mudah, Murah & Berkesan.
Selamat Mencuba
Ni adakah hasil dari sapuan Herbal Blend. Testimoni dari rakan saya. Pict baby saya x sempat nak snap.     

 

Saturday, January 17, 2015

5 TIPS MUDAH MENGATASI RASA TAKUT BERSALIN

0 comments
Salam sejahtera semua

Ada mom-to-be yang sedang lalui kehamilan 3rd trimester?

Pasti ada rasa takut,excited, happy & macam-macam rasa lagi kan?
Kali ini saya ingin kongsikan tips mudah untuk mengatasi rasa takut bersalin .Semoga bermanfaat :)

1. Sentiasa bayangkan anda sedang mendakap & mencium baby comel anda.

2. Tuhan menjadikan tubuh badan kita dengan begitu sempurna & indah. Saluran vagina akan mengembang secara natural seiring  pergerakan kepala baby. Teknik pernafasan yang betul & bertenang adalah cara terbaik untuk mengawal rasa sakit.

3. Percaya doktor, bidan & jururawat sentiasa membantu ibu sepanjang proses bersalin. Jadi, tiada apa yang perlu ditakutkan.

4. Kerap memegang, mencium,menyusun baju & kelengkapan baby. Ini merupakan terapi terbaik untuk ibu sebagai persediaan menyambut bayi. 

5. Diakhir kehamilan, digalakkan ibu melakukan senaman ringan dengan berjalan ditepi pantai. Ini juga merupakan salah satu terapi yang baik untuk ibu & bayi. 

Ini salah satu pengalaman saya semasa mengandung anak pertama & kedua. Masa anak pertama dulu saya suka baca pengalaman bersalin orang lain di blog. hehe... ada yang menakutkan, lucu & ada jugak yang sangat menarik lebih-lebih lagi bila baca mommy yang mudah bersalin. 

Ada banyak lagi tips & info menarik untuk dikongsikan dengan mommy semua. Lain kali saya kongsi lagi tips menarik ye.


****************************************
SUPPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU SEBELUM PROSES KELAHIRAN:

ESP(Energizing Soy Protein)- Memberi tenaga & rasa kenyang pada ibu
B complex- Melancarkan peredaran darah & mengelakkan stress.
 
Jika ada apa-apa yang ingin dikongsi boleh hubungi saya ye:
Emel - zuramie85@yahoo con
Whassap - 016 6955345

4 Tips Hilangkan Rasa Panas Semasa Hamil

0 comments
Bila mengandung selalu rasa bahang dan panas kan. Peluh mengalir-ngalir jangan cerita la. Duduk dalam bilik ber air-cond pun masih rasa bahang lagi. Ingat kan saya sorang yang rasa macam tu, rupanya ramai lagi ibu2 mengandung rasa macam tu.

Saya nak kongsikan tips untuk hilangkan / kurangkan rasa bahang panas semasa mengandung. Tapi sebelum tu kena tahu dulu apa punca rasa bahang panas semasa mengandung ni?

Sebenarnya, rasa panas tersebut berpunca daripada perubahan hormon & meningkatnya bekalan darah yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan tips untuk mengatasi masalah ini:

@ Pilih pakaian dari bahan fiber semulajadi berbanding sintetik kerana ia mampu menyerap lembapan dengan lebih baik. 

@ Kerapkan mandi supaya kekal segar

@ Gunakan kipas elektrik atau jika ada penyaman udara.

@ Jangan lupa, tingkatkan pengambilan cecair supaya tidak dehydrate. Boleh variasikan pengambilan cecair kepada sup, jus dan lain-lain sumber makanan yang tinggi kandungan air. 


Diharap perkongsian ini dapat membantu mommy & memberi manfaat

Tuesday, January 13, 2015

Berapa banyak dos zinc yang diperlukan oleh tubuh manusia terutama untuk ibu hamil & menyusu?

0 comments
Hai hai..

Salam sejahtera...

Ok pada entry lepas saya ada janji nak kongsikan tentang  berapa banyak dos zinc yang diperlukan oleh tubuh manusia terutama untuk ibu hamil & menyusu. Tak sabar nak cerita...hehe

Monday, January 12, 2015

Bagaimana zinc complex membantu penyembuhan luka dengan pantas?

0 comments
Sebagaimana yang dijanjikan pada entry sebelum ini, saya ingin berkongsi bagaimana zinc membantu penyembuhan luka dengan pantas. Apa rahsia yang terkandung dalam zinc complex?

Sunday, January 11, 2015

Kenapa saya jatuh cinta dengan Zinc Complex?

0 comments
Assalamualaikum

Hai semua.. 
Sebelum jadi seller produk kesihatan saya tak pernah ambil tahu langsung tentang zinc ni. Bagi saya vitamin ni tak penting sangat pun pada tubuh. Tak penting pun untuk pertumbuhan rambut yang cantik, tak penting pun untuk kuku yang sihat. Dan paling penting tak penting pun untuk penyembuhan luka yang sangat sangat sangat cepat! Ye ke?


Ok, mula-mula sekali nak cerita pengalaman saya sendiri mengamalkan zinc complex shaklee ni sepanjang berpantang anak kedua. Ya Allah memang best sangat-sangat.

Sebab?

Sebab luka jahitan tak sakit langsung! dan bila saya tekan-tekan rasa ok je. x de sakit pun. Ok, untuk pengetahuan semua saya bersalin secara normal. Tapi kene gunting dan jahitan agak banyak (nurse yang kata ). 

Saya ni pulak memang fobia & seriau & menyampah bila kene jahit tu. Dua kali bersalin & dua kali jugak la kene gunting & jahit adoiiii..

Masa anak pertama tak kenal shaklee lagi. Nak tau x? Lepas bersalin 2bulan luka jahit tu still sakit2 lagi. Derita wei...Masa dalam pantang tu makan produk gamat. Tapi mungkin tak serasi dengan saya kot. 

Ok berbalik pada ke'best'an zinc tadi, saya start makan masa dalam wad lepas kuar dari labor room. terus telan 2biji pagi 2biji maalam. Seminggu ambik dos banyak tu. Tapi mula perasan hari ke3 dah tak rasa sakit langsung. Rasa macam nak melompat je haha..

Selain luka yang cepat sembuh tu, rambut pun tak banyak yang gugur! Biasanya ibu-ibu lepas bersalin selalu mengeluh rambut banyak gugur. Ada jugak yang kata bila baby dah pandai main air liur atau hisap jari, rambut ibu akan mula gugur. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak pasti. Tapi masa anak sulong memang disaster sangat rambut yang gugur tu...Stress mak..

Udah dulu la entry kali ni. nak mandikan Numa Bushra dulu. malam ni saya sambung APA KANDUNGAN ZINC COMPLEX & BAGAIMANA IA MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA DENGAN SUPER PANTAS..




Sembelit Semasa Hamil/ Berpantang? TOLONG SAYA!!!!!

0 comments
Salam sejahtera...

Siapa yang pernah rasa sembelit semasa hamil cuba angkat kaki sikit..
haha

Kenapa ye, sembelit & wanita hamil,semasa berpantang berpisah tiada..?

Saturday, January 10, 2015

3C dalam bisnes Shaklee (CASH BONUS) I Syoknya.......

0 comments
Salam Sejahtera

Zaman sekarang ni ramai yang berazam nak mulakan perniagaan. Samada secara part time atau fulltime. Yelah, kos hidup semakin meningkat tapi gaji takat gitu la jugak ye. Saya nak kongsikan salah satu kelebihan bisnes shaklee iaitu 3C. Apa itu 3C?

Tuesday, January 6, 2015

Cara mengelakkan STRECHMARK ketika hamil

0 comments
Salam sejahtera..
Entry kali ini mesti ramai teruja nak baca sebab majoriti wanita hamil mengalami masalah ini kan?
Dan bertambah stress bila lepas bersalin ia meninggalkan kesan yang sungguh hodoh sampai malu sungguh nak perform depan suami hehe..
Jangan stress... tenang.. setiap masalah pasti ada ubatnya. Sebelum tu, mari saya kongsikan sedikit tentang apa itu STRECHMARK atau kesan regangan ni.

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez