Monday, January 12, 2015

Bagaimana zinc complex membantu penyembuhan luka dengan pantas?


Sebagaimana yang dijanjikan pada entry sebelum ini, saya ingin berkongsi bagaimana zinc membantu penyembuhan luka dengan pantas. Apa rahsia yang terkandung dalam zinc complex?

Ok, sebelum kita cerita lebih lanjut kena tahu dulu apa itu zinc? Apakah sumber nya?

Menurut hasil carian di google & wikipedia, zinc merupakan salah satu nutrien terpenting yang diperlukan oleh tubuh untuk pembinaan sel & DNA yang sihat. Terdapat lebih 2billion manusia di dunia mengalami kemandulan & beberapa penyakit kronik lain yang disebabkan oleh kekurangan Zinc dalam tubuh. Zinc boleh didapati di dalam sesetengah makanan. 

Menurut laman web http://www.doctorsresearch.com/prod_zinc.html, zinc terbahagi kepada beberapa jenis. Oleh kerana produk shaklee menggunakan zinc gluconate, saya akan fokuskan pada zinc jenis ini sahaja. 

Selepas membelek-belek info di wikipedia, ini adalah apa yang dimaksudkan dengan zinc gluconate:

Zink gluconate (juga dipanggil zincum gluconicum) adalah garam zink asid glukonik. Ia adalah sebatian ionik yang terdiri daripada dua mol gluconate bagi setiap mol zink. Zink gluconate adalah satu bentuk popular untuk penghantaran zink sebagai diet tambahan.

Asid glukonik didapati secara semula jadi, dan perindustrian yang dihasilkan oleh penapaian glukosa, biasanya oleh Aspergillus niger, tetapi juga oleh kulat lain, contohnya Penicillium, atau oleh bakteria, mis Acetobacter, Pseudomonas dan Gluconobacter.  Dalam bentuk tulen, ia adalah putih kepada serbuk putih. Ia juga boleh dihasilkan oleh pengoksidaan elektrolitik,  walaupun ini adalah proses yang lebih mahal. Kelebihan adalah profil yang lebih rendah mikrobiologi, dan tindak balas yang lebih lengkap, dengan menghasilkan produk dengan jangka hayat yang lebih panjang.


Untuk bekas pelajar kejuruteraan awam macam saya yang pernah belajar kimia tapi tak suka subjek tersebut, memang malas nak pening kepala memikirkan terma2 susah diatas hehe. Apa yang saya nak tau adalah APA KESANNYA JIKA KEKURANGAN ZINC?

1. White spot(kutikel) pada kuku. Atau dikenali sebagai bunga kuku
2. Kulit pucat, kulit kasar, kekeringan rambut & jerawat
3. Kehilangan berat badan yang tidak sihat akibat dari hilang selera makan
4. Kelemumur (kandungan utama shampoo anti kelemumur dipasaran adalah zinc)
5. Luka yang lambat sembuh.




Menurut laman web healthwyze.com,jika zink telah diberikan kepada setiap mom-to-be, maka sebahagian besar daripada kecacatan kelahiran, kejadian pra-eklampsia, dan ubah bentuk boleh dielakkan. Beri zink berkenaan yang sama yang akan anda berikan kepada folat (versi unggul asid folik) dan kalsium semasa mengandung. Wow... ini fakta menarik. 


Untuk setiap 1tablet (689mg) zinc complex shaklee mengandungi:

CALCIUM 120mg
ZINC 15mg

kandungan lain:
SILICON DIOXIDE, MAGNESIUM STEARATE, CROSCARMELLOSE SODIUM, ALFALFA POWDER.

Saya ambil 1biji setiap hari sebelum sarapan pagi. 








0 comments on "Bagaimana zinc complex membantu penyembuhan luka dengan pantas?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez