Tuesday, January 13, 2015

Berapa banyak dos zinc yang diperlukan oleh tubuh manusia terutama untuk ibu hamil & menyusu?


Hai hai..

Salam sejahtera...

Ok pada entry lepas saya ada janji nak kongsikan tentang  berapa banyak dos zinc yang diperlukan oleh tubuh manusia terutama untuk ibu hamil & menyusu. Tak sabar nak cerita...hehe



Disebabkan Zinc sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk pengeluaran, pembaikan, dan fungsi DNA iaitu suatu pelan asas genetik badan dan satu blok bangunan asas sel, maka ibu hamil & menyusu sangat perlu alert dengan perkara ini.Kerana ada  kajian mengaitkan kekurangan zink untuk keguguran, toxemia, berat lahir rendah, dan masalah-masalah lain semasa mengandung dan semasa bersalin.

Tapi, berapa banyak dos yang diperlukan oleh ibu hamil & ibu menyusu?

Ini soalan best..sebab saya pun dulu tertanya-tanya. Menurut laman web babycenter.com, berikut adalah dos yang diperlukan:

Wanita hamil, 19 dan keatas: 11 milligrams (mg) sehari

Wanita hamil, 18 dan kebawah: 13 mg
Ibu menyusu, 19 dan keatas: 12 mg

Ibu menyusu, 18 dan kebawah: 14 mg
Wanita tidak hamil: 8 mg
Anda tidak perlu untuk mendapatkan jumlah yang disyorkan zink setiap hari. Sebaliknya, boleh ambil  purata dos yang diperlukan sepanjang beberapa hari atau seminggu.
Oh...patut la hanya perlu ambil 1tablet zinc complex shaklee je satu hari. Sebab 1tablet zinc complex shaklee menyediakan 15mg zinc.Dah lebih dari yang diperlukan oleh tubuh saya sebagai ibu menyusu. Wah.... seronok seronok...
Tapi betul la, baru perasan 'bunga kuku' atau kutikel yang warna putih-putih kat kuku tu dah hilang sekarang ni. Rambut pun nampak makin shining.. Padahal guna shampoo cap ntah apa-apa ntah. Kan lebih bagus ambil supplemen zinc daripada gunakan produk yang diambil secara luaran macam shampoo yang mengandungi zinc. Macam nak kulit cantik, lebih elok makan vit c atau sapu losyen??

Bunga kuku yang putih-putih tu. Tak cantik kan..
Sumber: Google image


Ini la zinc complex shaklee. 120 biji boleh tahan 3-4bulan


Wah...seronoknya bercerita.. tak sedar dah 12.45am... mentang-mentang anak-anak dah tido ye. En suami macam biasa la. tengok tv cerita kesukaan dia. 

Esok nak sharing tentang sumber makanan yang kaya dengan zinc, dan tak pe ke kalau overdose zinc ni?

Tunggu ye...



0 comments on "Berapa banyak dos zinc yang diperlukan oleh tubuh manusia terutama untuk ibu hamil & menyusu?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez