Tuesday, January 6, 2015

Cara mengelakkan STRECHMARK ketika hamil


Salam sejahtera..
Entry kali ini mesti ramai teruja nak baca sebab majoriti wanita hamil mengalami masalah ini kan?
Dan bertambah stress bila lepas bersalin ia meninggalkan kesan yang sungguh hodoh sampai malu sungguh nak perform depan suami hehe..
Jangan stress... tenang.. setiap masalah pasti ada ubatnya. Sebelum tu, mari saya kongsikan sedikit tentang apa itu STRECHMARK atau kesan regangan ni.



Kesan regangan semasa hamil adalah garisan yang terbentuk pada bahagian permukaan perut serta lain - lain kawasan. Biarpun tidak membawa sebarang risiko berbahaya kepada ibu dan bayi yang dikandung, anda wajar risau kerana kemunculannya boleh menjejaskan penampilan fizikal.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kesan regangan timbul berdasarkan kepada keturunan . Sekiranya ibu & ahli keluarga terdekat sememangnya mengalami kesan regangan sewaktu hamil, maka anda juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah yang sama. Dalam pada itu, ada juga wanita hamil yang bernasib baik dan tidak terjebak dalam keadaan dimana kolagen di dalam tubuh makin berkurangan akibat penghasilan corticosteroid  sewaktu hamil.
Ketika hamil, dikatakan perut anda membesar dengan pantas menyebabkan kulit tertarik dan menghasilkan garisan regangan. Kesan regangan berlaku apabila kulit tidak cukup masa untuk mengembang secepat bahagian tubuh yang ditutupi lalu mengakibatkan kulit meregang dan membentuk kesan parut. 
Biasanya kesan regangan mula kelihatan seperti garisan pada sekitar bahagian perut, payu dara, paha, pinggul, pinggang belakang dan punggung. Kesan regangan akan jelas kelihatan ketika usia kehamilan memasuki trimester kedua (sekitar enam atau tujuh bulan). Namun, ada juga sesetengah daripada anda akan mengalami pembentukan garisan itu sebaik sahaja perut mula membesar.
Perlu diketahui bahawa 90% wanita mengalami kesan regangan semasa hamil. Wanita yang berkulit lebih gelap , lebih muda & mempunyai sejarah kesan regangan dikalangan ahli keluarga merupakan golongan yang berkemungkinan tinggi mengalami kesan regangan.
Pertahanan terbaik mengelakkannya adalah untuk memastikan kulit mengekalkan keanjalan maksimum sepanjang kehamilan. Ia boleh dicapai dengan memastikan kulit sentiasa terhidrat dan lebih upaya untuk meregang. Hal ini dapat anda lakukan dengan menyapu bahagian terlibat dengan menggunakan losyen, minyak zaitun atau minyak khas yang dirumuskan untuk mengurangkan kesan regangan. Senaman yang kerap ketika hamil contohnya seperti berjalan dan berenang berupaya untuk meningkatkan peredaran tersebut dalam keadaan yang terkawal.
Perlu anda ketahui bahawa masalah sebegini biasanya akan mula berkurangan dalam tempoh enam bulan selepas anda selamat melahirkan. Itupun jika anda amat prihatin dengan kemunculannya dan mengambil pencegahan awal dengan membuat sapuan dikawasan regangan, mengawal pertambahan berat badan, kerap bersenam dan sebagainya. Hal ini adalah kerana tanpa adanya pencegahan rapi, anda mungkin terpaksa kekal hidup dengan kesan regangan untuk selamanya.
Sumber: karangkraf
Ibu-ibu juga boleh ikhtiar dengan supplemen semulajadi shaklee. Set STRECHMARK inshaallah mampu atasi masalah anda. Sebab saya pun dah cuba sendiri.. Alhamdulillah sesuai dengan saya. Habis pantang parut strechmark pun semua hilang lenyap hehe.
Supplemen shaklee yang membantu hilangkan parut strechmark?
1. ESP - Energizing soy protein. 
Protein membantu membina sel2 kulit baru menggantikan sel kulit yang mati.

2. Sustained Release Vit C
Pelepasan Vit C setiap jam bersamaan dengan 7biji buah oren. Vit C merangsang pembentukan kolagen.

3. Bcomplex
Membantu melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.

4. Herbal Cream -Multipurpose cream
Krim lembut yag tidak melekit , diadun dengan herba-herba terpilih mampu melembabkan permukaan kulit. Memberi rasa nyaman & bau yang menenangkan. 

Ingin tahu harga meletop?
Nak order atau buat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee?
Health is Wealth
==================================
✉ Email : zuramie85@yahoo.com


☎ SMS/WhatsApp dan hantar ke: 016-6955345 (baizura)
➲ COD Area: Sabak Bernam/ Sg Besar
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat & mengubat sebarang penyakit.

0 comments on "Cara mengelakkan STRECHMARK ketika hamil"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez