Monday, January 19, 2015

Petua tradisional hilangkan ruam susu bayi


Hai semua..
Saya selalu nampak kawan facebook, instagram mahupun customer shaklee saya runsing bila berhadapan dengan masalah ruam susu pada bayi terutama di pipi. 
Ruam susu terjadi disebabkan susu ibu yang mengalir ke pipi bayi dan tidak dilap dengan air dengan segera. Maklumlah..kulit bayi masih nipis dan agak sensatif dengan udara & keadaan sekeliling. 
Pengalaman saya, anak kedua pernah menghadapi ruam susu selepas 3-4hari dilahirkan. Merah satu muka. Tambahan pula, cuaca memang panas masa tu.Bertambah teruk ruam baby. Dr cadangkan krim yang perlu dibeli di farmasi, tapi saya tetap dengan pendirian tak nak sebarang krim sintetik untuk bayi saya. Kebetulan Herbal Blend Shaklee dah habis. 
Jadi, ibu saya syorkan satu petua tradisional untuk hilangkan ruam tersebut. Nak tahu tak, ia lebih murah & mudah didapati.
"AIR LIUR IBU"
Ya.. cuma perlu sapukan air liur ibu di tempat yang terkena ruam setiap kali selepas sesi penyusuan. Lebih kerap lebih bagus. Selepas beberapa minit sehingga air liur kering, boleh lap dengan kain yang dibasahkan dengan air. 
Syukur.. cara ini sangat berkesan dengan anak saya. Selepas diamalkan selama 3hari ruam terus hilang. Kulit yang sebelumnya merah & kasar bertukar menjadi lembut & halus. (hehe.. kulit baby kan memang halus).
Untuk anda yang dah berhabis mencuba pelbagai jenis krim, boleh cuba petua tradisional ni. Mudah, Murah & Berkesan.
Selamat Mencuba
Ni adakah hasil dari sapuan Herbal Blend. Testimoni dari rakan saya. Pict baby saya x sempat nak snap.     

 

3 comments on "Petua tradisional hilangkan ruam susu bayi"

Unknown on May 19, 2016 at 6:12 PM said...

Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

http://www.ruambayipowder.com/penawar-psoriasis-ruam-bayi-dan-semua-jenis-penyakit-kulit/

Unknown on May 19, 2016 at 6:12 PM said...

Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

http://www.ruambayipowder.com/penawar-psoriasis-ruam-bayi-dan-semua-jenis-penyakit-kulit/

Unknown on December 19, 2017 at 9:31 PM said...

Bai, blog kokeni baizura smtsr

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez