Wednesday, January 28, 2015

Resepi Kuih Gegetas @ Kuih Templang(bahasa jawa)


Assalamualaikum

Salam sejahtera semua.. :)
Semalam kisahnya terindu ya amat kat mak.

Masa kecik mak selalu buat kuih ni untuk sarapan kami adik beradik sebelum ke sekolah. Memang kenyang jugak sebab daripada tepung pulut & kelapa parut. 

Bila duduk dengan mil ni, tak boleh la nak harapkan mil buat kan sarapan semua. Of course la saya sebagai menantu kena tak over kerja-kerja rumah.. Lagipun saya memang nak masak sendiri untuk suami & anak2. Orang kata air tanga ister/ibu adalah lebih berkat ;)

Jadi, malam tadi call la mak tanya macam mana nak buat kuih tu.padan la muka dulu x nak belajar. dah anak dua baru hegeh-hegeh mintak resepi. Mak yang memang bz dengan aktiviti sehariannya pun cerita serba ringkas. Maka, lepas bangun solat subuh terus bergegas ke dapur untuk memulakan misi kikiki.
Saya nak berkongsi resepi dengan anda yang belum pernah makan kuih ni atau yang dah lama tak makan kuih ni atau yang tak pernah buat kuih ni. 


RESEPI KUIH GEGETAS / KUIH TEMPLANG(bahasa jawa)
Untuk 4-5orang makan 
  Bahan-bahan: 250g (setengah plastik tepung pulut) 1cawan tepung gandum
1/2biji kelapa parut (nak lagi sedap guna kelapa muda parut)
Garam 1sudu atau secukup rasa
Air
Gula kastor

Cara-cara 1.Gaulkan semua bahan kecuali gula kastor dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu lembik. Cetak mengikut bentuk yang anda gemari. Saya cuma leperkan didalam dulang dan potong seperti agar2.
2. Goreng menggunakan minyak, toskan.
3. Cepat2 golekkan pada gula kastor semasa masih panas. Kalau dah sejuk nanti gula tak melekat kat kuihnya.
4. Siap! boleh dihidangkan. 

Semoga bermanfaat untuk anda :)

0 comments on "Resepi Kuih Gegetas @ Kuih Templang(bahasa jawa)"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez