Saturday, February 28, 2015

Promo Shaklee Mac 2015

0 comments

Salam Sejahtera semua pembaca blog kecil saya ni... :)

dan kepada yang baru pertama kali singgah ke blog saya ni, diucapkan Selamat Datang....jemput baca entry2 yang lama.Walaupun lama tapi mana tau ada info yang bermanfaat untuk anda!

Nak ceritanya.... macam biasa setiap bulan shaklee akan ada kan promosi untuk produk terpilih. Sejak saya mula mendaftar sebagai pengedar yang sah, hanya 1produk setiap bulan contoh buy 6 free 1 Esp. Tapi, sejak 4-5 bulan ni Shaklee menggandakan promosi lebih 1 produk !! Dan, yang menariknya bukan sahaja buy 6 free 1 ... ada juga twin pack dengan 5% discount.

Ok, untuk promo  bulan ni berikut merupakan produk yang bertuah..hihi:

Esp buy 6 free 1
Esp twin pack
Vitalea kids buy 3 free 1
Zinc buy 3 free 1

Best nye promo shaklee bulan ni....!!!
Yang nak try bisnes produk shaklee pun tak rugi sebab makin best yang shaklee offer.

Next Entry saya akan share apa yang best nye 3 produk ni ye.

Nak tau harga  kawan-kawan??

Whassap 016 695 5345

Sihat Cantik Gojes ........

Wednesday, February 11, 2015

REVIEW lepas amalkan GLA Complex Shaklee dalam pantang

0 comments
Salam Sejahtera semua...

Masih lagi berbicara tentang GLA Complex Shaklee. Tapi kali ni, saya sendiri nak kongsikan review GLA ni... selepas setahun asyik baca review orang lain je mana boleh jadi kan. So saya ambil keputusan nak cuba sendiri.

Memandangkan masa berpantang anak kedua saya berkeras nak try 100% produk shaklee, so Gla termasuk juga dalam list item tu. Saya mula makan masa hari ke 3 berpantang. 

Perubahan paling ketara adalah...jeng jeng jeng...

JERAWAT BAWAH DAGU!!!SOB SOB

Aiyo.. nasib baik tengah berpantang. Setakat berkurung kat rumah mana de sapa perasan kan. Tapi nasib baik jerawat hanya timbul seminggu lebih je.Rupanya tu adalah HEALING CRISIS tanda gla sedang bertindakbalas dengan hormon tubuh saya. Jangkamasa sebenar tak berapa ingat sebab memang tak perasan pun bila kulit kembali licin. But seriously... hilang je jerawat tu kulit adalah lebih licin dari sebelum makan tu. Especially bawah dagu & leher. 

DAN saya ni jenis kalau guna pin tudung bawah dagu,mula la gatal & jadi ruam. Tak tahan dengan nikel.Sama jugak bila beli subang silver or nikel. Pernah beli brooch emas, sama je gatal jugak.Tak tau la apa masalah kulit bwah dagu saya ni.

Tapi sekarang ni dah boleh pakai bapak brooch. Tak de pulak rasa gatal atau ruam. Kalau tak dulu, siap sendal dengan tisu lagi konon2 menyerap peluh la. Hehehe sadis bila teringat.

Ok, selain kulit jadi lebih licin & berseri apa lagi ye yang saya perasan lepas makan GLA ni...Hmm..

DARAH NIFAS LANCAR & TIADA MERENGAT

Berbeza dengan berpantang Numa Bushra,gegirl kesayangan umi.... darah nifas keluar tesangkut2. Eh tesangkut2 ek..hehe.. Hari ke belas2 dah berhenti. Selang 7-8hari keluar lagi sikit2. Berhenti lagi... dan keluar semula selang beberapa hari tu. Sampai penat mandi wajib hehe... (gurau je). Tapi serius, darah jadi tak lancar. Makan jamu....makan dah. Minum air panas...memang pun. Nak kata kurang gerak.... tak jugak. Bila tanya kawan2 diorang kata memang gitu..ITS NORMAL.. erk?!!

Ha..rasa merengat tu pulak macam senggugut tu kan.Awal2 berpantang memang ada ok la sebab nurse kata tanda rahim nak mengecut. Tapi bila dah hari ke puluh2... rasa merengat jugak? Nurse yang datang checkup kat rumah kata rahim dah elok kecut dan makcik urut pun kata benda yang sama. Jadi, saya suspect darah tak lancar tu yang buatkan saya sakit merengat macam senggugut tu. Cuma tak la sampai tahap terguling2... 

Tapi, bila saya amalkan GLA ni semasa berpantang anak kedua rasa wah! wow! darah nifas lancar & tak tersekat2 pun. Merengat? memang tak de.. So saya bersyukur sangat sebab dengan asbab GLA  shaklee ni buatkan badan saya sihat bertenaga. Kalau badan rasa sihat & cergas, itu tanda hormon dan rahim berada ditahap cemerlang....

Lagi..lagi.. apa yang lainnya lepas makan GLA ni?

TUMIT PINKISH & LEMBUT

Ya! yang ni saya memang suka sangat. Tak perasan pun tumit jadi pinkish dan soft je. Saya sempat bertanya pada nurse. Camne nak tau dalam pantang ni badan kita sihat semula?

Nurse dengan yakin pun jawab... salah satu tanda nya bila tengok tapak kaki kemerahan. Tu tanda darah berjalan lancar,oksigen diagihkan dengan baik, badan berfungsi dengan sempurna...dan itu membuatkan diri ibu sihat & cergas. 

Wah.... patut pun hari ke 7 saya rasa macam bukan dalam pantang. Siap masuk dapur masak2 semua. angkat kain lipat kain kemas2 itu memang dah masuk dalam jadual harian. Jangan tak tau, luke episiotomy saya banyak tau!sebab pandai sangat meneran tapi, serius tak sakit. Cuma memang masih berjalan slow2 la (rahim masih baru baik),tapi bakul kain suami tersayang tolong angkat. Nak katanya, dalam pantang memang tak duduk diam membesarkan peha hehe...

Fuh..penat membebel.Memang seronok berkongsi benda yang baik dengan orang lain. Rasa tak lengkap bila hanya simpan untuk diri sendiri. Rasanya cukup setakat tu saya cerita walaupun ada lagi few rasa perubahan lepas amalkan GLA. Lain kali saya kongsi lagi ye hehe...

Tertarik dengan cerita saya?
Nak cuba jugak GLA yang ohsem ni?

Boleh...whassap je 016 695 5345.
atau email terus zuramie85@yahoo.com
Ni pict pertama selepas habis pantang. Wefie ngan anak2 sementara tunggu azan isya'. No editing No camera 360

Banyaknya Kelebihan Gla Complex Shaklee!!! Saya WAJIB cuba!!

0 comments
Salam sejahtera semua pembaca blog saya...

Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni, saya nak kongsikan beberapa manfaat GLA Complex Shaklee. Memandangkan ada beberapa orang customer saya yang sering bertanya:

'kak, saya nak diet ni..  GLA complex boleh atasi masalah saya ke?'

'sis, mak saya ada darah tinggi la. Dia sedang dalam proses menopous jugak.. Boleh ke makan GLA complex ni?'

'kak, leh terang kan tak apa lagi kelebihan GLA Complex shaklee ni? kalau saya kongsi makan dengan suami boleh ke?'

Ha..memang ramai yang suka tanya macam-macam. Dah macam kaunter pertanyaan saya ni kihkih. Tapi, tak pe...saya memang suka orang tanya saya. Sebab saya minat nak kongsi ilmu apa yang saya tahu.
Ok, seperti yang diterangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee... ini adalah beberapa kelebihan GLA Complex shaklee :

# Herba Tradisi yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser , mengeluarkan virus, melegakan kelesuan , membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf & meningkatkan stamina. 

# Mengawal selia testosteron dan estrogen
Gla membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita , memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air & sakit payudara.

# Melambatkan menopous
Memperbaiki keadaan menopus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus , memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda

# Memperbaiki prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing. 

# Menentang kanser
Gla adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor & kanser. 

# Memperbaiki imflamasi kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit , ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit & bengkak yang terjadi dari rheumatisma , arthritis. 

# Menghalang komplikasi diabetis
Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil & usia tua. Meringankan kebas dan  kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

# Pelangsingan dan tambah berat badan
Merendahkan kolesterol LDL , menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper. 

# Menghalang tekanan darah tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction. 

# Memperbaiki tekstur rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. 

# Hiperaktif dan Autisme (ADD/ ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA  memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma , sukar memberi tumpuan untuk belajar & hiperaktif. 

Pada entri lepas ada saya kongsikan tentang kaum lelaki yang boleh amalkan GLA Complex Shaklee kan? Ada yang bertanya pada saya, kenapa ?

Sebenarnya, memang masih ramai yang beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linolenik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak ,remaja,dewasa dan juga selepas menopous dan andropous (menopous lelaki). 

Wah...banyak kan kelebihan GLA Complex ni. Memang lepas tahu rasa WAJIB cuba ni. Ha cuba jangan tak cuba.. Confirm tak nyesal hehe..
Next Entry.... saya nak share sesuatu yang menarik tertarik..:

Pengalaman sendiri lepas amalkan GLA Complex Shaklee sejak dalam pantang

Gla Complex Shaklee~~untuk Hawa & Adam

0 comments
Salam Sejahtera

Wahaha...tajuk ada pelik sikit kan. ~~~untuk HAWA & ADAM. Selalu kita dengar Adam & Hawa je kan. Nak katanya yang GLA ni bukan sahaja untuk wanita, yang kebanyakan orang sangkakan. Malah, sesuai diamalkan untuk kaum lelaki tau. Dan mesti ada yang 'tanjat' (terperanjat) sebenarnya GLA complex ni sangat bagus untuk kanak-kanak hyperaktif,autisme. eh?? 
Teruja sangat nak cerita. Walhal, belum berkenalan pun dengan si comel lote Gla complex ni. 
Apa GLA ni?
 
Ia adalah Gamma-linolenic Acid. Kebanyakan GLA yang ada dipasaran dihasilkan dari Evening Prime Rose ( EPO). Tapi, produk shaklee berlainan kerana ia menggunakan borage seed yang ditanam secara organik dan  diekstrak menjadi minyak.

Kenapa Borage Seed?
# Kerana ia mempunyai 2x ganda GLA berbanding EPO yang banyak di pasaran tu. 


# Kerana ia mempunyai 3x ganda bioavailibility & 3x ganda lebih berkesan dari EPO. 

Apa lagi kelebihan GLA complex shaklee berbanding jenama lain?
# Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA, iaitu sumber terbaik Omega 6. 


# Digabungkan dengan minyak bunga matahari & vit E untuk meningkatkan lagi keberkesanan & kestabilannya. 


# Kesegaran & keberkesanannya dipelihara oleh ShakleeGuard ,antioksidan semulajadi yang dipatenkan. 


# Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap & mengadun kedalam sel & tisu badan. 

' Ok, sekarang nak tau sapa je yang boleh amalkan GLA ni? '

# Wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur
# Wanita yang ingin kulit cantik & halus bersinar
# Wanita yang menopous
# Wanita selepas bersalin, ingin kembalikan keharmonian rumah tangga.
# Para gadis sunti pun boleh amalkan terutama yang senggugut & haid tak teratur.
# Kaum lelaki .
# Kanak- kanak autisme,sukar memberi tumpuan ketika belajar & hiperaktif. 

Next entry: Banyaknya Kelebihan Gla Complex Shaklee!!! Saya WAJIB cuba!!

Tuesday, February 3, 2015

Air tangan ibu memang terbaik!

0 comments
Salam sejahtera..

Ahad lepas, dalam keadaan yang tidak dirancang saya & suami serta anak2 manja saya balik rumah mak saya di kg sg tengi. Wah... teruja dan seronoknya memang tak dapat digambarkan. Sebab?
Sebab of kos lah dapat lepaskan rindu pada mak & air tangan mak. hehe..

Sempena cuti hari wilayah & thaipusam dapat la stay lama sikit. Sampai rumah mak pun dah senja. Gerak dari sabak bernam agak lewat dalam pukul 6 macam tu. Hubby ni silau sikit kalau drive malam. Jadi, terpaksa drive kereta macam anak kucing tak minum susu 5hari hehe...jangan marah sayang!. Harus saya bekalkan carotomax ni.
Ok, bila selamat sampai rumah mak esok tu mak terus buatkan kuih pepes/ abok2/ whatever they call it. Mak kata numa yang mintak kuih haha.. Nakal numa umi kan. 

Kuih tu adalah salah satu kuih tradisional masyarakat melayu or jawa. Tapi, memang mak selalu buat hidangan ni masa kecik dulu. 

Resepi?
Just mix sagu yang dah direndam sehingga kembang dengan kelapa parut serta sedikit garam & gula. Mak guna sagu warna pink which is so so adorable! Well i love pink so much!
Tapi, untuk bungkus guna daun pisang adalah perlukan skill. Kukus selama 10-15min.. Hasilnya sagu yang kenyal dengan rasa kelapa yang sangat wangi & menyelerakan.
Ada buat lebih & cukup untuk beri sedikit kepada pelajar tahfiz sg tengi ni. 

Habis cerita kuih yang best & super sedap tu!
Esoknya pulak mak buat apam tepung beras & kuih tumtuman. setengah orang panggil kuih pepes, kuih jongkong dan macam2 lagi la.
Kuih tu dibuat daripada tepung beras yang dimasak bersama santan serta gula & garam. Mencabar nya kuih ni adalah ia perlu digaul laju sehingga pekat & halus. Lebih kurang cara buat bubur somsom. 

Macam nak cabut tangan wei...
Lepas masak boleh la bungkus dengan daun pisang. Cara bungkus macam bungkus tapai jd. Yang ni senang je pejam mata boleh siap hahaha...
Apam beras tu tak reti la saya nak explain camne resepinya even mak dah ajar banyak kali. hehe..
Yang ni pun ada buat lebih. Cukup untuk kongsi rezeki dengan anak2 syurga, pelajar tahfiz kg sg tengi ni...
Esok pagi-pagi dah nak balik sabak. Tak sure lagi bila boleh jenguk mak lagi.. Im gonna be missing  my hometown :(

Tapi bagi saya, biar berjuta batu kita melangkah ke pelusuk dunia ,air tangan ibu memang tak dapat dipisahkan. Macam semalam, menu lunch sayur campur tumis & ikan goreng je. Tapi selera saya mencanak-canak kat lidah rasa sedap sangat mak tumis sayur tu. bertambah nasi saya makan hehe...

Untuk korang yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka selagi ada. Jangan jadikan alasan 'x dapat cuti&' ' bz' sebagai alasan tidak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa. 

Sebab

Saat terpisah nyawa dari badan seorang ibu, maka hilanglah 1 keberkatan/makbul doa untuk kita.

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez