Tuesday, February 3, 2015

Air tangan ibu memang terbaik!


Salam sejahtera..

Ahad lepas, dalam keadaan yang tidak dirancang saya & suami serta anak2 manja saya balik rumah mak saya di kg sg tengi. Wah... teruja dan seronoknya memang tak dapat digambarkan. Sebab?
Sebab of kos lah dapat lepaskan rindu pada mak & air tangan mak. hehe..

Sempena cuti hari wilayah & thaipusam dapat la stay lama sikit. Sampai rumah mak pun dah senja. Gerak dari sabak bernam agak lewat dalam pukul 6 macam tu. Hubby ni silau sikit kalau drive malam. Jadi, terpaksa drive kereta macam anak kucing tak minum susu 5hari hehe...jangan marah sayang!. Harus saya bekalkan carotomax ni.
Ok, bila selamat sampai rumah mak esok tu mak terus buatkan kuih pepes/ abok2/ whatever they call it. Mak kata numa yang mintak kuih haha.. Nakal numa umi kan. 

Kuih tu adalah salah satu kuih tradisional masyarakat melayu or jawa. Tapi, memang mak selalu buat hidangan ni masa kecik dulu. 

Resepi?
Just mix sagu yang dah direndam sehingga kembang dengan kelapa parut serta sedikit garam & gula. Mak guna sagu warna pink which is so so adorable! Well i love pink so much!
Tapi, untuk bungkus guna daun pisang adalah perlukan skill. Kukus selama 10-15min.. Hasilnya sagu yang kenyal dengan rasa kelapa yang sangat wangi & menyelerakan.
Ada buat lebih & cukup untuk beri sedikit kepada pelajar tahfiz sg tengi ni. 

Habis cerita kuih yang best & super sedap tu!
Esoknya pulak mak buat apam tepung beras & kuih tumtuman. setengah orang panggil kuih pepes, kuih jongkong dan macam2 lagi la.
Kuih tu dibuat daripada tepung beras yang dimasak bersama santan serta gula & garam. Mencabar nya kuih ni adalah ia perlu digaul laju sehingga pekat & halus. Lebih kurang cara buat bubur somsom. 

Macam nak cabut tangan wei...
Lepas masak boleh la bungkus dengan daun pisang. Cara bungkus macam bungkus tapai jd. Yang ni senang je pejam mata boleh siap hahaha...
Apam beras tu tak reti la saya nak explain camne resepinya even mak dah ajar banyak kali. hehe..
Yang ni pun ada buat lebih. Cukup untuk kongsi rezeki dengan anak2 syurga, pelajar tahfiz kg sg tengi ni...
Esok pagi-pagi dah nak balik sabak. Tak sure lagi bila boleh jenguk mak lagi.. Im gonna be missing  my hometown :(

Tapi bagi saya, biar berjuta batu kita melangkah ke pelusuk dunia ,air tangan ibu memang tak dapat dipisahkan. Macam semalam, menu lunch sayur campur tumis & ikan goreng je. Tapi selera saya mencanak-canak kat lidah rasa sedap sangat mak tumis sayur tu. bertambah nasi saya makan hehe...

Untuk korang yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka selagi ada. Jangan jadikan alasan 'x dapat cuti&' ' bz' sebagai alasan tidak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa. 

Sebab

Saat terpisah nyawa dari badan seorang ibu, maka hilanglah 1 keberkatan/makbul doa untuk kita.

0 comments on "Air tangan ibu memang terbaik!"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez