Wednesday, March 4, 2015

INFO : Produk ESP >>7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

0 comments

Salam sejahtera...


Sebut pasal soya.. mesti ramai yang sengih lebar sebab air soya antara minuman kegemaran rakyat malaysia..kan?? 

Saya dan Numa(anak dara kecil saya) memang suka sangat minum air soya. Dan teringat kenangan zaman kecil dulu..mak saya rajin buat air soya sendiri menggunakan mesin khas. Mak siap botolkan dan simpan dalam peti untuk stok beberapa hari. 

Dipasaran memang terdapat lambakan produk berasaskan soya. Tapi tahukah anda, terdapat 7 kriteria penting yang perlu dititikberatkan sebelum memilih sesuatu produk soya sebagai minuman/ supplemen?
Sebab...jika salah beli ibarat menjemput penyakit datang..hui..nauzubillah..

Nak tahu apa 7 kriteria penting tu? Jemput baca:
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Kredit : pm cery

Saya jual Air soya yang menepati 7kriteria diatas dengan hanya RM150 sahaja (termasuk postage) & mengandungi 850g, cukup sehingga1-2bulan. Tak nak bagi diskaun ke kak..saya ni student lagi...Ok, sila whassap ahkak ye..akak tengok dulu financial statement layak tak untuk diberi diskaun hehehe 016 695 5345

Motivasi : 9 Perkara Terbaik Perlu Dilakukan Setiap Pagi

0 comments
Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak berkongsi tips menarik yang saya dapat daripada salah seorang mentor yang saya kagumi. Beliau merupakan salah seorang jutawan shaklee. Thanks PM cery..

******************************************************************************************************************
  • 1. Bangun dari tidur dengan mengingati ALLAH ~ Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan untuk terus bersemangat melayari hidup hari ini.
  • 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur ~ Bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, untuk melakukan yang terbaik hari ini,
  • 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH ~ Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
  • 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi ~Awal2 pagi Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
  • 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah ~Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH.
  • 6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri ~Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.
  • 7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood ~Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria penuh dgn idea.
  • 8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan ~ Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati..Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

  • 9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat ~ Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.


Feel free to Share <3 <3 <3

Tuesday, March 3, 2015

Produk Info: Segalanya Tentang ESP

0 comments

Salam Sejahtera semua pembaca setia blog saya...


Hari ni, saya ingin kongsikan 1001 cerita tentang one of hotselling Shaklee's product..iaitu ESP



Bagi yang belum tahu, ESP(energizing soy protein) merupakan soya non gmo yang terbaik pernah dihasilkan didunia. 

Wow! best kan... 

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Harga Retail Semenanjung & Sabah Sarawak : RM 150 (FREE POSTAGE)
Berat : 850g
Setiap 1hidangan membekalkan 14g protein
Anggaran tempoh ketahanan : 1-2bulan (bergantung pada cara pengambilan)

Setiap pembelian akan menerima konsultasi percuma daripada saya sehingga masalah anda selesai & anda berpuashati.

Kredit : pm cery

Monday, March 2, 2015

Kenali Punca Kepada Masalah Tubuh Melalui Healing Crisis

0 comments

Salam sejahtera semua...


Terima kasih kerana sudi membaca blog kecil saya ini. Walaupun kecil..tapi banyak info yang anda boleh kutip untuk jadikan panduan tau..hehe (perasan)

Ok, pada entry yang lepas saya ada kongsikan tentang maksud Healing Crisis & kenapa ianya terjadi. Jika anda terlepas, boleh baca disini ye.

Seperti yang dijanjikan, saya nak kongsi pula punca yang menyebabkan kepada masalah kesihatan yang berlaku pada tubuh kita melalui krisis pemulihan  yang kita alami. 

Healing crisis atau krisis pemulihan tadi tu terbahagi kepada 2. Samada secara Luaran & Dalaman. Berikut merupakan senarai punca kepada masalah yang ditunjukkan oleh healing crisis.

LUARAN

Mata
1. Mata Merah, gatal
Toksin tinggi dijantung, menandakan jantung di dalam proses mengawal selia.

2. Penglihatan kabur
Kerap diwaktu pagi, jantung sedang mengawal selia.

3. Menitiskan air mata
Beban kerja yang tinggi, emosi tidak stabil.

4. Tahi mata
Keasidan tubuh yang tinggi, proses detoksifikasi oleh jantung.

5. Tekanan dikelopak mata & bergerak
Tanda keresahan & stress, rehat

Hidung & Tekak
1. Selsema, demam
Proses detoksifikasi oleh tekak, keasidan yang tinggi di dalam tubuh. Jika demam tak sembuh, teruskan pengambilan supplemen & berjumpa dengan doktor.

2. Bersin
Proses detoksifikasi oleh tekak, mengawal selia proses akibat peparu yang lemah. Elakkan makanan terproses dan berkimia.

3. Tekak kering
Proses detoksifikasi oleh tubuh. Minumlah lebih banyak air untuk detoks.

4. Hidung tersumbat
Kadar toksin yang tinggi di peparu.

5. Batuk
Batuk berkahak. Satu proses detoksifikasi oleh tekak. Batuk yang kering: tahap toksin tinggi dalam peparu. Disebabkan oleh kegatalan tekak: Proses detoksifikasi oleh tekak & peparu. Kerap bagi mereka yang terdedah pada persekitaran tercemar atau berasap. 

6. Sakit tekak
Seperti diatas. Tahap toksin yang tinggi

Rongga Oral
1. Lidah atau gusi bengkak, sakit
Masalah jantung spt injap semilunar lemah, lemak tinggi, salur darah koronari tersumbat.

2. Bibir kering, pecah
Tahap toksin yang tinggi di dalam perut.

3. Nafas berbau
Mengawal selia perut untuk detoksifikasi

4. Ulser mulut
Hidup stress, detoksifikasi hati. Tahap asid tinggi di dalam darah

5. Bibir pucat
Sistem pencernaan yang lemah. Penyerapan yang lemah. anemia akibat ketidakmampuan penyerapan.

Telinga
1. Tahi telinga
Tahap toksin yang tinggi diginjal, tanda detoksifikasi

2. Tinnitus
Mengawal selia ginjal yang lemah

Kulit
1. Peluh masin
Tahap aid urea disebabkan oleh pegambilan daging dan makanan terproses.

2. Peluh berbau
Tahap toksin tinggi di dalam tubuh, detoksifikasi melalui peluh

3. Macula & bernanah
Detoksifikasi lemak & toksin larut air dalam tubuh

4. Macula yang gatal
pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia.

5. Jerawat
Stress untuk jangkamasa yang panjang, tidur lewat, diet tidak betul dan malnutrisi. Menandakan proses detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin yang mengawal selia.

6. Kulit luka & berair
Detoksifikasi toksin larut air

7. Rambut gugur
Fungsi ginjal yang lemah. Tubuh mendapat & mengekalkan nutrisi melalui rambut gugur. Rambut yang akan bakal tumbuh akan lebih lebat & sihat bila simptom berhenti

Kaki & Tangan
1. Sakit sendi
Menandakan bekerja terlalu keras atau cedera dibahagian terjejas, kemungkinan simptom gout atau sakit sendi. Tubuh sedang mengawal selia dan menyerap nutrien.

2. Ssakit bahu
Menandakan peredaran darah yang lemah, metabolisma tak normal ataupun salur darah tersumbat dengan lemak berlebihan.

3. Sakit tumit
Mengawal selia sistem reprodduktif yang lemah.

4. Kebas pada tangan & tapak tangan sebelah kiri
Menandakan lemah jantung. Mesti memberi perhatian pada fungsi jantung apabila kebas bertukar menjadi sakit. ambil program ' Love your heart program" dengan segera.

5. Kebas pada tapak tagan
Peredaran darah yang lemah pada bahagian atas tubuh

6. Tapak kaki rasa terbakar
Ketakutan untuk jagkamasa yang lama, stress, insomnia menyebabkan ginjal lemah.

7. Kebas pada kaki
Peredaran darah yang lemah pada bahagian bawah tubuh.

8. sakit tapak kaki
Menandakan ginjal yang lemah. Biasa disebabkan oleh kurang senaman dan postur duduk yang tidak berubah

9. Ibu jari kaki gatal
Mengambil terlalu banyak MSG, makanan berkimia atau ubat-ubatan

DALAMAN

Kepala
(biasanya simptom dibahagian kepala berkait dengan peredaran darah, jantung saraf kranial)

1. Pening
Mengawal selia anemia atau keadaan tekanan darah tak stabil

2. Sakit didepan kepala
Neurosis akibat sakit mental

3. sakit dibelakang kepala
Menandakan tekanan darah tinggi dan stress berterusan

4. Sakit kepala & rasa angin meniup dalam telinga
Mengawal selia migrain

5. Bernanah dikepala
Detoksifikasi sedang berlaku. Mungkin berkait dengan migrain

6. Teramat pening
Menandakan tekanan darah yang serius atau peredaran darah yang lemah.

Kencing
1. Kerap kencing
Sisa berlebihan di dalam ginjal

2. Kencing mengandungi bahan berserbuk
Pengeluaran batu karang dari salur urinari atau ginjal

3. Kencing mengandungi minyak
Menandakan sisa lemak berlebihan didalam ginjal

4. Warna kencing keruh kuning
Detoksifikasi sedang berlangsung. Normal apabila memulakan supplemen dietery, tubuh sedang mengalami penyesuaian dan mengawal selia, minum air dgn banyak.

5. Kencing mengandungi darah
Batu karang atau ginjal rosak, ambil lebih alfalfa, omega guard & lecithin

Najis
1. Najis berdarah
Najis warna merah: ulser rectum atau hemoroid, atau rectum cedera akibat proses etoks  terlalu pantas. Ambil lebih Vit C, Zinc, Alfalfa. : ulser perut, duodenal

2. Cirit birit atau kerap buang air besar
Reaksi detoks normal usus. Rasa sakit sedikit apaila toksin berlebihan terkumpul.

3. Najis berwarna hitam
Pengeluaran najis dan toksin yang tersumbat didalam usus

4. Sembelit
Pengeluaran toksin dari usus kecil. Atau ,etabolisme terlalu cepat atau kurang bendalir

5. Kentut
Mengawal selia sistem pencernaan, simptom peningkatan bakteria yang mesra.

Tubuh
1. Sakit pada bahagian tubuh
Mengawal selia nadi & saraf

2. Sakit
Meneutralkan tubuh asidik akibat dari salur darah tersumbat dan peredaran yang lemah. Tubuh sedang membersihkan salur darah .

3. Kejang dengan tiba-tiba
Nadi, saraf dan organ lain sedang mengawal selia

4. Tubuh rasa ketat dengan mendadak
Proses peredaran darah

5. Selera kuat
Tanda jangka pendek sel menjadi lebih sihat & diaktifkan

6. Penat & malas
Tahap keasidan tubuh yang tinggi. mengawal selia sedang berlangsung, tubuh perlu rehat untuk pulih. Stress dan keresahan yang berpanjangan.

7. Insomnia
Jangkamasa kawal selia sel-sel tubuh

8. Tubuh panas (dehidrasi)
Tahap keasidan yang tinggi, terutama toksin yang disimpan didalam lemak. Detoks melalui pembakaran lemak menyebabkan 'panas' pada tubuh. ambil lebih sayuran, buah-buahan & minum air degan banyak.

9. Tubuh berasa ringan.
Penghasilan tenaga dalaman untuk mengekalkan kesihatan.


Feel free to Share


Healing Crisis selepas mengamalkan produk Shaklee..Tanda tubuh penuh toksik????

0 comments

Salam sejahtera semua pembaca yang saya hormati..


Kali ni saya nak berkongsi tentang apa yang dinamakan Healing Crisis. Dalam bahasa melayunya Krisis Pemulihan.

Dengar istilah pemulihan macam gaya sakit kronik je kan. 

Perlu anda tahu(jika mengamalkan produk shaklee terutama yang kene makan), kesan pemulihan akan dirasai oleh sesetengah pengguna. Ia juga bergantung kepada tahap toksik dalam badan seseorang.

Kenapa ada krisis pemulihan ini?
Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama -sisa2 makanan berkimia, lemak & stress tambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Apakah tanda2 tubuh sedang mengalami krisis pemulihan?
Diantara tanda-tanda yang biasanya berlaku kepada seseorang yang sedang mengalami krisis pemulihan adalah pening-pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman(perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dll. Simptom2 ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2minggu. 

Apa yang perlu saya buat jika mengalami krisis pemulihan ini?
Bertenang... apa yang perlu anda lakukan adalah  lebihkan pengambilan air kosong yang bersih, rehat secukupnya dan jangan lupa makan buahan & sayuran yang bersih dan teruskan pengambilan supplemen tersebut.Sebenarnya, selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan lebih mudah melalui fasa ini kerana ia hanya bersifat sementara.


Macam saya sendiri, saya akan berasa ngantuk, lesu & jerawat pasir tumbuh subur di dahi lepas amalkan Alfalfa & Gla.Tapi tu hanya bersifat sementara. Biasanya dalam 5-6hari semua tu dah hilang dan paling best bila badan rasa lebih segar & rasa ringan je...


Secara khususnya, krisis pemulihan boleh menunjukkan secara tepat dimana punca sebenar masalah di dalam tubuh kita.

Macam apa yang saya lalui menunjukkan sebenarnya saya mengalami masalah pencernaan & pening2 tu menandakan tekanan darah yang rendah. Memang betul pun...

Ada banyak lagi senarai punca kepada masalah yang dapat dikesan melalui krisis pemulihan yang kita rasai. Sila baca pada entry selepas ini untuk ketahui dengan lebih lanjut..


Thanks for reading...

Feel free to Share :)

Your Trusted Shaklee Independant Distributor,
zura 016 695 5345

Resepi Lepat Cendol

0 comments

Salam sejahtera


Teruja nak berkongsi resepi pencuci mulut yang sangat-sangat sedap & mudah untuk dibuat.

Ni la kuih yang saya sukaaa sangat!


Sebenarnya dah 2x saya share di facebook saya. Kali pertama adalah beberapa bulan lepas...ibu mertua saya bawak balik dari kenduri jiran. Masa tu saya dalam pantang, jadi jiran bekalkan makanan untuk saya yang seorang diri di rumah. Kali pertama makan kuih tu.. Ya Allah serius rasa 5pcs pun tak cukup. saya minta mil tanyakan makcik tu resepinya. 

Tak lama selepas tu makcik suami yang tinggal berhampiran pun buat. Ok, serius rasa jeles & tak sabar nak buat sendiri. Akhirnya berjaya jugak korek resepi dari makcik suami tu..hehe

Dan beberapa hari lepas, suami mengajak saya balik  ke rumah mak saya di Sg Tengi untuk menziarahi kakak ipar saya yang baru kuar wad selepas menjalani pembedahan. Pagi-pagi selepas subuh, dia meminta saya & mil buat kuih ni untuk dibawa ke rumah mak nanti.

Ok, ni resepinya:

LEPAT CENDOL
(anggaran 50 bungkus)
Ada setengah orang cakap tepung bungkus la dan macam2 nama lagi. 

Bahan-bahan:

1 bungkus cendol (boleh agak2 nak banyak mana ikut citarasa)
1 cawan tepung jagung
4 cawan santan kelapa( tidak pekat & tidak cair)
4sudu gula
Secubit garam
Daun pisang (dipotong seperti bungkus lepat)

Cara-cara:

Masak santan, tepung jagung, garam, gula sehingga betul-betul masak. Pastikan ia dimasak sehigga pekat &  agak kilat. Semasa memasak, api hendaklah kecil & kacau laju-laju supaya ia tidak berketul.

Masukkan cendol dan teruskan mengacau sehingga cendol sebati.

Tutup api 

Boleh bungkus seperti lepat. Boleh juga disimpan didalam bekas dadih kecil2 yang comel tu. 

Simpan di dalam peti ais. Tak perlu dikukus atau dipanggang dsb. Bila dah sejuk masukkan terus dalam peti. Sedap dimakan semasa sejuk.

Sekian...

Selamat Mencuba!!

Senang kan resepinya. Time musim panas ni boleh la cuba.. anak2 mesti suka. Boleh bekalkan mereka ke sekolah. Boleh inovasikan, letak dalam bekas dadih atau dalam bekas puding, dihidangkan dengan curahan air gula melaka/merah. Mesti mnarik!

Feel free to Like Share Tag

10 Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 2

0 comments

Salam sejahtera...

Tanpa membuang masa...saya sambung tips mudah tinggal sebumbung dengan ibu mertua.

Bagi yang belum membaca episod 1, boleh klik sini. 

Bagi yang dah baca boleh sambung baca tips seterusnya ye..

4. SENTIASA MOHON DIPERMUDAHKAN 
Sebenarnya, dalam mengharungi hidup kita memang digalakkan memohon supaya segala perancangan & perjalanan hidup kita dimudahkan. Sebab kita sebagai manusia hidup bertuhan. Jadi, mintalah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya Dia yang memegang hati setiap manusia. So, tak mustahil hati ibu mertua akan lembut & mudah bertolak ansur dengan kita.

5. SENTIASA BERBAIK SANGKA DENGAN IBU MERTUA
Saya percaya, bukan suatu yang mudah untuk set dalam fikiran untuk sentiasa bersangka baik bila terjadi sesuatu yang menyakitkan hati lebih-lebih lagi bila ada yang jadi batu api macam ipar-ipar, biras atau sesiapa pun. Perlu kita tahu, setiap pergaduhan tak kan berakhir dengan baik jika kita terus menerus bersikap sarkastik. 

6. INGAT ADAT MENUMPANG
Ok, ni pun sangat penting dan ramai para menantu terutama yg isteri-isteri masih belum sedar diri, Masih leka dalam donia ciptaan sendiri. Hehe..Ok ni contoh ye.. Isteri yang tak berapa suka nak tolong buat kerja rumah spt menyapu atau alasan tak pandai masak. Ok, dah nama pun duduk menumpang (tak kira la uoll bayar belanja dapur bil semua). Adat menumpang tak kan la duduk goyang kaki walaupun alasannya tak reti itu tak reti ini. Cuba letakkan tempat kita pada ibu mertua kita...mesti tak suka orang datang menumpang tapi malas. Ibu mana yang tak suka bila dapat menantu yang rajin??kan!

7. SENTIASA MEMAAFKAN
Ingat, kita hidup tak lama. Andai kata Allah cabut nyawa kita masa tengah tidur dengan perasaan kita yang benci, marah, dendam dengan ibu mertua,ipar..mcm mana? Nauzubillah...Jadi, its ok to be anger pada sesuatu perkara. Tapi sila jangan simpan perasaan busuk tu lama2. Bangkai kalau lama2 simpan jadi apa..... sendiri bayangkan ye hehe


8. WHAT GOES AROUND COMES AROUND
Ini juga penting untuk kita ingat. Somes says KARMA. Tapi dalam islam kita panngil ia KIFARAH.Terutama untuk yang ada anak-anak. Anak kecil ni otak dia macam span tau. Dia akan set dalam minda melalui apa yang dia lihat. Jika kita sebagai ibu bapa beri contoh yang buruk dan bayangkan jika mereka lihat & set dalam otak mereka. jadi, jangan persoalkan kenapa mereka abaikan kita bila kita sudah berusia kelak. 

9. BUANG SIKAP PENTING DIRI
Selalu menantu2 zaman moden ni suka ikut kepala sendiri. Ini adalah tidak bagus ye...Ibarat mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai contoh, saya suka bangun tidur lewat sebab malam tadi saya tengok vcd sampai pukul 2. Dah tentu ibu mertua saya akan berkecil hati jika saya bangun lewat kerana dia terpaksa menyiapkan sarapan, membuat kerja rumah seorang diri. See...! 

10. TERIMA KEKURANGAN
Ini lebih kurang tips no 1. Saya details kan lagi... sebagai contoh ibu mertua saya suka marah anak2 saya bila mereka bising & suka sepah kan barang. Ok, sebagai ibu mesti la saya kecil hati. Kalau ikutkan rasa nak pindah je dari sini. Ha mesti ada yang rasa macam tu jugak kan? Ok, untuk tidak merumitkan lagi keadaan...sila lah bertolak ansur & terima kerenah orang tua dengan hati terbuka. Its normal kalau orang tua suka membebel, mudah kecik hati, suka membezakan menantu yang lain..its normal. At the end of the day, sampai situ je benda tu. Dunia belum kiamat pun kalau kita tak layan kerenah mereka. 

See... kalau kita fikir2 kan insyaallah..mudah je nak happy2 tinggal sebumbung dengan ibu mertua ni. Walaupun pengalaman saya masih baru, tapi macam-macam dugaan & cabaran yang saya lalui.. Bila saya amalkan beberapa tips diatas memang berkesan. Memang pada mulanya agak sukar, tapi saya tetap berusaha sentiasa..dan hasilnya memang menakjubkan!

Bila boleh pilih untuk bahagia..kenapa perlu pilih derita?

Sunday, March 1, 2015

10 Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 1

0 comments

Salam sejahtera semua pembaca...



Mungkin ada yang sudah tahu (bajet glemer)..sejak jun tahun lepas (2014) saya & suami serta numa tinggal bersama ibu mertua saya di Sabak Bernam, Selangor.

Diam tak diam dah hampir setahun kami tinggal sebumbung. Dalam rumah ni tiada adik beradik ipar yang tinggal bersama(bapa mertua sudah meninggal)..jadi, saya agak selesa. hehe..Ipar-ipar cuma pulang sekali sekali saja...ini seronok! sebab ada geng bersembang hingga larut malam...ada geng masak memasak kat dapur... orang perempuan..biasa la hehe

Di awal tempoh saya mula pindah , ramai kawan saya ragui keputusan yang saya ambil. Tak kurang juga ada ahli keluarga yang persoalkan. Tambahan pula..saya bukan menantu favourite! teet

Saya faham...mereka sayang saya hehe... Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan sesetengah orang bahawa ibu mertua vs menantu adalah sentiasa menantu kene beralah..menantu selalu sedih meratapi kesedihan...menantu selalu kene mengalah dengan tindak tanduk mentua..bla bla.. u know..all the negative thing!

Ok..here's the thing...

Yes...at first saya juga beranggapan begitu. Bila suami dengan tiba-tiba menyuarakan perkara ini..saya cuba berlapang dada..berfikiran positif.. dan fikir DUNIA BELUM KIAMAT. Memang bukan satu perkara yang mudah bagi saya yang belum pernah tinggal dengan orang tua sejak habis SPM sehingga selepas kahwin. Ya, ini adalah sangat mencabar bagi saya. Well..i love cabaran!

Sudah -sudah... habis terbebel pulak..

Jadi, sepanjang hampir setahun tinggal sebumbung dengan ibu mertua..saya cuba explore...kenapa sesetengah orang berfikir negatif tentang perkara ni..Sebab tu saya rasa menarik untuk saya kongsikan tips mudah untuk rasa bahagia tinggal bersama ibu mertua...ok tips ni dari pengalaman & hasil eksperimen saya:

1. LAPANGKAN DADA UNTUK TERIMA KERENAH IBU MERTUA
Ok, ni sangat penting. Saya tak nafikan ramai menantu yang payah nak terima kerenah warga emas. Memang kadang-kadang sikap mereka agak memeningkan kepala..banyak ragam...dahagakan perhatian..nak ikut cakap mereka je.. ok2...memang tak dinafikan. Tapi kita sebagai menantu(especially perempuan) WAJIB melebihkan ibu mertua dari ibu sendiri selepas kawin. Jadi, kita WAJIB hormat, sayang, kasih, terima ibu mertua lebih atau sama level macam kita sayang ibu sendiri.  Cuba berlapang dada untuk terima kerenahnya..Inshaallah...lebih mudah urusan.Apa pun semua bermula dari OUR FIRST IMPRESSION. kalau dari awal kita dah pk -ve, -ve la yg akan berlaku. Sebab? sebab APA YANG KITA FIKIRKAN + CAKAP = DOA

2. DIA BUKAN LAWAN! 
Ya, jika kita fikir kita mampu melawan dia dari segi kata-kata, perbuatan... KITA SILAP!!
Sebab? Sebab nya, perbuatan kita tu tak kan membawa kita kemana -mana. Lagi teruk...kita akan dipandang buruk oleh suami, adik beradik ipar mahupun jiran-jiran juga saudara mara yang akan tahu juga cerita tentang sikap buruk kita. See? tak guna nak melawan kan? Maruah kita akan jatuh gedebuk.. orang pun tak suka nak bergaul rapat dengan kita... sudahnya..mesti life jadi macam boringnye.. Bukan kah diam itu lebih baik jika sedang marah??

3. BUAT AKTIVITI BERSAMA
Ini salah satu perkara penting dan saya suka amalkan. Dari mula saya pindah hingga lah sekarang...saya suka join apa yang ibu mertua saya lakukan. Bukan lah semua perkara...sekurang-kurangnya duduk temani dia sambil berbual ringkas. Contoh, ibu mertua saya suka buat kuih tradisional yang melibatkan membungkus mengunakan daun pisang seperti koci, lepat, pepes dll. Ada setengah yang saya tahu(sebab mak saya pun suka masak kuih tradisional).. jadi, saya duduk dan tolong apa yang perlu. Kalau mana yang tak tahu,belajar..Kadang-kadang suasana akan jadi meriah bila kuih tu berbentuk senget atau buruk..mula lah nak lawan sapa buat paling comel.. Contoh lain..masak sama2..menyapu sama2..menonton tv sama2. Walaupun contoh..rancangan tu saya tak minat, tapi saya duduk bersama dan join mengulas haha.. Lagi satu, pentingnya aktiviti bersama ni, kita akan beri contoh yang baik kepada anak2 yang melihat situasi itu. Betul?

ni ibu mertua saya..gambar semasa hari persandingan di rumah saya. comel kan kami? hehe



---->>> akan bersambung episod ke2


 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez