Sunday, August 16, 2015

Kenapa perlu ambil vitamin?




Kesedaran tentang pentingnya pengambilan vitamin masih kurang dikalangan rakyat Malaysia berbanding negara-negara maju lain.

Saya la tu salah sorang darinya mihmih

Dulu saya fikir, takpe dah cukup dapat nutrien dari makanan seharian. Saya tak merokok, tak ambik alkohol mahupun dadah, saya exercise masuk gym semua. Rupanya saya silap. Semua tu belum menjanjikan tubuh saya mendapat nutrient yang cukup.

Sebab?

Jom baca sini. saya kongsikan sebuah artikel menarik yang diambil dari akhbar Berita Harian 8Feb 2011.

PENGHADAMAN MAKANAN YANG TIDAK SEMPURNA

Ini boleh terjadi jika kita tak mengunyah makanan dengan secukupnya atau makan dengan kadar agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna denga sempurna oleh sistem penghadaman kita. Orang yang memakai gigi palsu perlu lebih berhati-hati.


PEMAKANAN DAN PEMINUMAN
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman kita. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

PROSES PEMASAKAN
Makanan yang dimasak dengan lama boleh menyebabkan kehilangan vitamin Bcomplex dan Vitamin C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

MAKANAN YANG DIPROSES
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi Vit E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.

PENGAMBILAN ANTIBIOTIK
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik didalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

SAKIT
Pembedahan menyebabkan badan kita memerlukan lebih zinc, Vit E dan sebagainya.  Tulang yang patah memerlukan kalsium, Vit D dan C yang lebih banyak.

TEKANAN
Badan  kita memerlukan lebih vitamin C & B complex dalam keadaan kita tertekan.

PMT (Pre-Menstrual Syndrome)
Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

MENGANDUNG
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Kita perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A,D,E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan fosforus.

KURANG PENDEDAHAN KEPADA CAHAYA MATAHARI
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma tubuh.

MEROKOK
Jika anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan kehilangan 30mg vitamin C.

ALKOHOL
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan A.

0 comments on "Kenapa perlu ambil vitamin?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez