Monday, August 24, 2015

RESEPI MUDAH & SEDAP : BUBUR PULUT HITAM






BAHAN-BAHAN
Pulut hitam (direndam 4-5jam)(anggaran 2-3genggam untuk 4-5orang makan)
Sagu (jika suka)
Santan pekat
Santan cair
Daun pandan
Gula perang(boleh gantikan dengan gula Melaka atau gula pasir)
Garam secubit

CARA-CARA
Rebus pulut hitam dengan air biasa. Tak perlu air banyak. Cukup sehingga paras pulut sahaja.Jika ingin tambah sagu, boleh direbus sekali.(jika sagu direndam tak perlu rebus sagu bersama pulut.Boleh masukkan kemudian bersama satan)
Setelah empuk(picit pulut,jika lembut bermakna sudah empuk), masukkan santan cair & daun pandan yg dibelah tengah.
Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam, gula.
Tutup api setelah bubur mendidih & rasa yang cukup.

Boleh dihidangkan. Lagi sedap jika dihidangkan sejuk2!

Selamat Mencuba! 

TIPS
TAKUT GEMUK SEBAB SUKA MAKAN MANIS2 DAN BERSANTAN? JANGAN RISAU, TELAN OMEGA GUARD SHAKLEE SEBELUM MAKAN. SEBAB OMEGA GUARD BOLEH MENINGKATKAN TAHAP METABOLISME TUBUH. LAGI TINGGI METABOLISME LAGI CEPAT MAKANAN DITUKAR KEPADA TENAGA. MAKIN KURANG LA LEMAK DALAM BADAN!



0 comments on "RESEPI MUDAH & SEDAP : BUBUR PULUT HITAM"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez