Sunday, August 23, 2015

TAZKIRAH: DOSA YANG PALING BESAR?


Assalamualaikum


Dari Abu Bakrah r.a katanya " Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda  (mafhumnya)"

"Mahukah saya beritahu kepada kalian tentang dosa yang paling besar?"

Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Kami(para sahabat) menjawab "Mahu,wahai Rasulullah" Baginda lalu bersabda :

"Iaitu SYIRIK kepada ALLAH dan DERHAKA kepada kedua-dua ibu bapa"

Saat itu baginda sedang bersandar (diatas sikunya), lalu terus duduk . Lantas baginda bersabda:

"Ketahuilah dan( termasuk juga kedalam sebesar besar dosa ialah) kata-kata palsu serta penyaksian palsu.

Baginda sentiasa mengulang-ulangnya sehingga kami berkata (dalam hati), "mudah-mudahan baginda diam"

(Hadis sahih riwayat al-bukhari & Muslim)

KETERANGAN
Hadis ini menerangkan dosa yang paling besar yang diterangkan oleh Rasulullah SAW dengan jelas sekali. Syirik telah sedia maklum merupakan dosa yang tidak diampuni oleh Allah SWT  sama sekali. 

Berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa dan jangan sesekali menderhakai keduanya. Andai kedua-duanya masih hidup bersegeralah meminta ampun selalulah berdoa semoga Allah mengampuni dosa mereka dan turut mengampuni dosa anak kepada ibu bapa. 

Akhir sekali janganlah berdusta dan menjadi saksi atas satu pendustaan. Selalulah bertaubat kerana sesunguhnya Allah Maha Pengampun & Pemurah.

RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN IMAM AN-NAWAWI

0 comments on "TAZKIRAH: DOSA YANG PALING BESAR?"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez