Sunday, August 23, 2015

[TAZKIRAH PAGI- KISAH PATUNG BERHALA vs MUSANG]




Diriwayatkan sebuah kisah dari zaman Rasulullah, terdapat seorang lelaki bernama GHAIR BIN ZALIM (SESAT ANAK LELAKI ZALIM) iaitu seorang pemburu, telah membeli sebuah berhala daripada ABU LAHAB semasa dia hendak pergi berburu dipadang pasir akibat terpedaya dengan pujukan ABU LAHAB yang mengatakan berhala tersebut boleh menjadi pelindungnya semasa pergi berburu
Sepanjang seharian berburu, GHAIR berjaya mendapat seekor burung. Tiba-tiba dia berasa sangat lapar lalu menghidupakn unggun api dan membakar burung itu untuk dimakan. 

Tiba-tiba dia teringat akan patung berhala yang telah dibeli tadi. Lalu dia mengeluarkan patung tersebut dan meletakkan burung yang telah dimasak tadi,lalu menyuruhnya makan.

Namun, tiada sebarang tindakbalas daripada patung itu.
Tidak lama kemudian seekor musang datang & memakan burung yang telah dimasak tadi sehingga habis. Bukan itu sahaja, musang tersebut membuang air di atas kepala patung tersebut!

Ghair terfikir sendirian. Bagaimana patung boleh menjadi pelindung aku jika ia sendiri telah dikencing kan oleh SEEKOR MUSANG! dan berkata

"JIKA ENGKAU ADALAH TUHAN, MAKA ENGKAU ADALAH TUHAN YANG MEMALUKAN!"

Ghair kembali ke Mekah dan berjumpa Rasulullah dan memeluk islam. Baginda menukar nama Ghair kepada RASHID yang membawa maksud PETUNJUK. 

Allah berfirman didalam SURAH YAASIN AYAT 75
(But) they shall not be able to assist them, and they shall be a host brought up before them.

0 comments on "[TAZKIRAH PAGI- KISAH PATUNG BERHALA vs MUSANG]"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez