Saturday, September 12, 2015

10 cara hidup sihat TANPA UBAT




Kehidupan era kini yang multikompleks menyebabkan kita mudah diserang pelbagai jenis penyakit. Kebanyakannya sukar untuk disembuhkan oleh sistem imun kita sendiri menyebabkan terpaksa bergantung pada ubat. 

Tetapi, bagaimana caranya agar tubuh kekal sihat & cergas tanpa kerap bergantung kepada ubat?

Mencegah sebelum terjadi adalah lebih baik daripada mengubati. 

Berikut adalah tips cergas sepanjang hari yang boleh kita jadikan panduan:

KENALI DIRI ANDA, BAIK FIZIK MAHUPUN KEJIWAAN

Ini merupakan kunci kepada segalanya. Dengan mengenali diri sendiri anda boleh mengetahui kelemahan fizikal tubuh . Dengan itu anda dapat menentukan apa yang baik atau tidak untuk tubuh. Orang yang mudah marah sukar untuk mengenal kekurangan dirinya sendiri. Oleh itu, kenali kelemahan dan perbaiki kebiasaan yang merugikan diri sendiri

LAKUKAN AKTIVITI KECERGASAN SECARA TERATUR

Bagi melancarkan sistem peredaran darah , mempercepatkn penyebara impuls saraf ke bahagian tubuh atau sebaliknya, dan meningkatkan sistem kekeblan sehigga tubuh sentiasa cergas dan segar. Bagi pesakit darah tinggi, penyakit jantung, jangkitan paru-paru da kencing manis, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk menentukan senaman yang sesuai. Bagi yang sihat pula, pilihlah  earobik, regang & berjoging.

SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

Persekitaran yang bersih memberi suasana yang segar dan sihat. Kajian menunjukkan bahawa persekitaran rumah yang bersih dan menghijau mempengaruhi kualiti kesihatan yang lebih baik. Persekitaran yang bersih juga menjadikan tubuh lebih bersih, baik jasmani dan rohani. Ia mampu mencegah jangkitan penyakit kulit, alergi debu, bronkitis dan tekanan.

MELUANGKAN WAKTU UNTUK BERSANTAI

Berehatlah secukupnya bagi menghilangkan ketegangan dan tidak berlebih-lebih. Lakukan secara rutin. Anda boleh berkumpul sambil berbincang masalah seharian bersama rakan sepejabat, jiran tetangga atau keluarga. Sekurang-kurangnya mereka dapat membantu meringankan beban fikiran anda. Bersantai seorang diri contohnya tidur dengan nyenyak juga perlu untuk keseimbangan jiwa. Stamina akan pulih dengan cepat da keseimbangan hormon juga mudah tercapai. Keletihan dan fikiran kusut menurunkan daya tahan tubuh sekaligus mengundang risiko penyakit. 

KEMBALI KEPADA ALAM

Gaya hidup moden mempengaruhi tabiat pemakanan dan kurang bergerak. Tubuh menjadi manja sehingga mudah sakit & lemah. Untuk kembali dan dekat kepada alam, hindari makanan yang tidak menyihatkan. Banyakkan pegambilan sayuran & buah-buahan segar. 

MENGOLAH PERNAFASAN

Mengatur cara dan kekerapan bernafas agar lebih efisien. Sedut udara perlhan-lahan sebanyak 15kali kemudian hembus perlahan-lahan sebanyak 15kali. Oksigen akan digunakan oleh organ tubuh secara efektif walaupun cuma sedikit.

RUJUK BAHAN BACAAN KESIHATAN

Ungkapan tak kenal maka tak cinta sagat sesuai bagi mereka yang ingin tubuhnya sihat tetapi tidak berusaha untuk mendekati bahan bacaan berkaitan dengan kesihatan. Melaluinya, anda dapat mengetahui perihal kesihatan dan penyakit. Biasakan diri anda dengan pembacaan.

TIDAK TERBURU-BURU MERASA SAKIT

Hanya kerana bersin, batuk atau selsema anda cepat-cepat makan ubat. Sedangkan jika dibiarkan selama tiga hari gejala tersebut mungkin boleh hlang dengan sendirinya. Hanya dengan berehat secukupnya ia sebenarnya boleh dikurangkan.Sakit kepala adakalanya dapat dihilangkan dengn menghirup udara segar yang tidak tercemar. Anda perlu tahu bahawa batuk dan bersin adalah satu petanda tubuh sedang mengeluarkan kuman penyakit dari saluran pernafasan. Demam yang mengeluarkan peluh juga menandakan tubuh sedang melawan serangan kuman. Jika gejala ini masih tidak berkurangan dan melebihi tiga hari barulah anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor.  

MELIBATKAN VARIASI MAKANAN HARIAN

Lakukan kepelbagaian dalam hidangan seharian. Ambil makanan yang bermanfaat sahaja. Jika anda sudah terbiasa makan ayam atau daging, ubahlah kepada makan ikan segar yang mengandungi kadar lemak yang rendah dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Protein membantu pertumbuhan tubuh dan menggantikan sel-sel rosak. Variasikan sayuran hijau dengan sayuran dan buah-buahan berwarna seperti tomato, lobak, jagung muda, pisang,mangga,epal atau limau

MENYESUAIKAN PENGAMBILAN DENGAN PENINGKATAN USIA

Jumlah zat yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada usia, jenis aktiviti dan keadaan tubuh (sakit atau tenat). Kanak -kanak dan remaja memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin,  mineral & air yang banyak. Orang dewasa & berusia mempunyai had tertentu. Karbohidrat harus dikurangkan kerana aktiviti sudah menurun. Kurangkan porsi nasi dan gorengan. Cukupkan pengambilan vitamin, mineral & air  bagi melancarkan metabolisme dan daya tubuh. Vitamin terbaik adalah yang semulajadi seperti buah dan sayuran segar. Orang yang sakit perlukan ubat dan minum lebih banyak air . Kurangkan protein biarpun tidak sebanyak karbohidrat dan lemak. 

Kredit : majalah rapi

Nota kaki: Saya setia memilih protein soya sebagai vitamin tambahan saya. Kerana kekurangan protein akan meyebabkan tubuh lesu, rambut & kuku rapuh , kulit kusam, luka lambat sembuh. Dan pilihan saya semestinya ESP SHAKLEE!

0 comments on "10 cara hidup sihat TANPA UBAT"

Post a Comment

 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez