Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ sering terjadi di kalangan ibu hamil. 70% daripada ibu
yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih
lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis
kedua di kemudian hari. Diabetis jenis ini dapat dikesan melalui pemeriksaan darah(perlu puasa pada malam sebelum hari ujian dilakukan).
- Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula
- Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.
SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT GESTATIONAL DIABETIS SEMASA HAMIL?
- Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
- Sejarah keluarga menghidap diabetis
- Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
- Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
- Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
- Ibu hamil kembar
- Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)
APAKAH KESAN GESTETIONAL DIABETIS KEPADA IBU & BAYI?
1. Pada ibu
- Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
- Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
- Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari
- Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
- Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
- Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
- Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
- Sakit kuning (jaundice)
- Bayi sukar bernafas
- Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.
BAGAIMANA CARA MENGATASI GESTATIONAL DIABETIS?
- Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
- Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
- Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
- Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin
Tapi awas Zinc tidak boleh diambil berlebihan ya ketika mengandung
kerana ia boleh menyebabkan keracunan dan juga membahayakan kandungan.
Malah dikatakan pengambilan zinc berlebihan boleh menyebabkan uterus contraction menyebabkan premature delivery.
Kajian Mayo Klinik menunjukkan ibu mengandung cuma perlukan sekitar
11mg zinc sehari sahaja. Jadi memadai kandungan zinc dalam multivitamin dan
tambahan dari makanan harian.
APA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENGHIDAP GESTATIONAL DIABETIS?
1) Makanan segera @ fastfood.
2) Minuman dalam tin/kotak, minuman shake/ice blended dan minuman bergas.
3) Makanan yang tinggi kandungan gula seperti donat, kek, kiuh muih manis dll.
4) Produk tenusu "full cream", susu pekat, ice cream dll
# Tips dari doktor saya... kalau rasa pening dan menggigil (hypo), cepat-cepat ambil sebiji gula-gula..
1) Makanan segera @ fastfood.
2) Minuman dalam tin/kotak, minuman shake/ice blended dan minuman bergas.
3) Makanan yang tinggi kandungan gula seperti donat, kek, kiuh muih manis dll.
4) Produk tenusu "full cream", susu pekat, ice cream dll
# Tips dari doktor saya... kalau rasa pening dan menggigil (hypo), cepat-cepat ambil sebiji gula-gula..
Selain menjaga pemakanan, anda juga boleh ikhtiar dengan supplemen tambahan berikut:
![]() |
|
![]() |
|
Hubungi saya jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan tentang produk shaklee.
Your trusted Shaklee Independant Distributor,
Zura Mien
0 comments on "DIABETIS semasa hamil? Ketahui punca & cara atasinya"
Post a Comment