Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Pengalaman bersalin Qays Bushran

0 comments
Assalamualaikum

Salam sejahtera
Entri kali ni nak berkongsi tentang pengalaman bersalin anak kedua. Alhamdulillah... diberi peluang bersalin secara normal lagi.
Baru berkesempatan untuk tulis entry ni.  Maklum la bz sikit memandangkan kali ni ala2 berpantang sendiri, dengan baby yang manja asyik nak berkepit je hehe..
Tanpa melengahkan masa, rasa x sabar nak bercerita sementara masih fresh lagi di ingatan hehe.
*********************************
Sepatutnya due 29/9/14.. tapi x de tanda2 lagi.
So, prosedur biasa di kkia (klinik kesihatan ibu anak) kalau overdue selama 10hari berturut2 kene serah diri kt kk untuk cek degupan jantung baby. Masa hari ke2 tu kebetulan kene refer dr kkia untuk ambil surat refer hospital untuk serah diri diinduce.
Sebelum dr buat surat tu die scan dulu tgk keadaan baby camne. sekali die scan berat baby 3.8kg. 

              "Eh, baby awak suspect besar ni. Saya akan refer kes awak terus ke HTI (hospital teluk intan)." kata Puan Dr.

Maka, esoknya dengan berlenggang kangkung pagi2 buta saya dan en pahlawan sampai di Klinik 6, HTI. Klinik 6 ni adalah klinik utk ibu2 hamil. Lepas 3jam kt klinik tu, dr pun panggil masuk dlm bilik consultation tu. Yang sampai 3 jam tu sbb menunggu confirmation dari ketua dr kt situ. saya kene scan 2x oleh 2org dr. haih.. masa tu mcm seram je.. 

         " Puan, lepas beberapa penelitian kami dapati memang baby puan suspek besar. skrg sudah 4.1kg. kepala normal ikut weeks. but badan dia agak besar sikit lorh.. Tapi jangan risau, saya akan refer puan ke dr pakar utk dapatkan advise. Usually kita advice czer kalau puan takut risiko yg akan ada. Nanti puan bawak surat refer ni dan terus masuk wad ye"

Ha kau gitu... terus masuk wad! nasib lah baik beg hospital mmg dlm bonet kete. Terus sebak.. sebab teringatkan numa kt rumah.. huwaaaa
Ok, sampai kat wad terus lepak2... tunggu dr pakar dtg katanya.Tunggu punya tunggu punya tunggu takde jugak dr panggil.  Sampai pukul 9lebih macam tu, dr suruh pegi labor room untuk scan baby. Dr yang scan tu dr senior, dr pakar tak sempat bz czer patient katanya. So, lepas scan and discuss sikit2 dr kata memang suspect baby besar. Beliau suggest buat test air gula tu (since saya tak pernah go thru test tu sejak mengandung) untuk kenalpasti baby besar sebab diabetic ke. Katanya kalau diabetic kulit baby lebih tebal n chubby dari baby biasa. Beliau advise sementara tunggu apa dr pakar akan kata, trying to normal je la since anak pertama saya bersalin normal. 

Jadinya, malam tu tidur lah dengan lena mwahaha. Tak de la lena mana pun, sebab kepanasan, bahang segala. Saya pulak jenis kalau tempat tak biasa memang tak boleh tidur. Tekebil2..
Nak sembang ngan orang sebelah, dia jenis tak berapa menyembang sangat. Penat cakap sorang-sorang mihmih

Alkisah pukul 3pagi dah tejaga dari lena yang tidur2 ayam tu. Masa tu dah rasa sakit. Nurse pulak asik ambik bacaan jantung baby guna mesin ctg tu. bunyik mesin tu mak aih... 

Sakit berterusan sampai pagi. Tapi just mild je. saya rileks lagi boleh tahan. Pukul 10pagi dr pakar round patient. Lega sangat sebab finaly dia kata tak perlu czer. Sebab estimated dalam 3.3-3.4 kg je katanya perut saya kecik. Tak perlu mesin scan pun... terror dr tu. Lepas cek jalan rupanya dah 3cm. Masa tu pukul 12 tghari dah. 

Pagi tu sempat mesej en suami tak perlu datang masa melawat pukul 1. Just datang petang in case saya dah nak bersalin.
Lepas dah tau bukak 3cm tu saya tag team ngan patient katil depan, dia chinese baru admit pagi tu. kes induce... anak ke 4 rasanya. Very ramah.... kami pakat bejalan non stop dari hujung wad sampai pintu depan wad. ulang alik tak berhenti. Kalau penat singgah katil sesapa sembang. hehe...

Sampai pukul 3.30ptg lebih kurang. saya dah tak tahan... contraction makin kuat. Sebab saya tak nak duduk di labor room lama2, jadi saya pun cuba tahan sehabis mungkin.
Sempat telelap kejap. Pukul 4.15 ptg tejaga nak pegi ambik air semayang nak solat asar. Tetibe memang tak tahan sangat sakit. Saya fikir, lebih baik panggil dr check bukaan. Risau suami datang melawat nanti kalau sakit tak best pulak.
Bila dr datang cek rupanya dah 8cm. gulp..
Nasib dah packing barang masa tu sebab tau dah kalau sakit sangat memang tak terkemas barang punye. (wad selepas bersalin berasingan dari wad sebelum bersalin. jadi kene bawak semua barang masuk labor room)
Nurse mintak budak2 pelatih tolong kemas . Sementara yang lain bawak fail dan ambik kerusi roda untuk saya.
Sebelum keluar wad tu, nurse baru perasan saya tak de jarum drip yang kat tangan tu pun. Dah satu hal nak cucuk jarum tu (tak sure nama betul nya apa). dah la tengah sakit sangat hihi...
Nurse mintak saya call husband. Saya gtau yang fon takde bateri,charger tak bawak. So, tengah elok nurse nak call husband rupanya husband dah tercongok kat pintu wad bersama kak ipar& ibunya. hehe... ngam2 jesebab waktu melawat tu.

Sampai labor room pukul 5petang masa tu sebab perasan ada jam besaaar dalam tu. Dr pasangkan alat besi kat kaki macam gymnastik tu hehe.  Sebab kes saspek baby besar, alat tu alternatifnya supaya risiko bahu baby tak sangkut. Bukaan dah 10cm. Dr terus pecahkan air ketuban. Sakit okeh kene pecahkan ketuban tu sebab tertengok alatnya. Dah macam ariel radio zaman dulu cuma panjaaang sikit. Dr tu kata ..  lah, air ketuban puan banyak rupanya.bukan baby besar...
5.20 petang macam tu, selamat lahirkan baby boy yang sangat comel dan tembam. 

Nak tau tak berat berapa?
3.43kg je... hehe tepat jangkaan dr pakar tu. pegang2 perut je pun.hihi
Eh, lupa nak cerita. Rupanya baru perasan suami tak de disisi. huhu... Bila lepas baby kuar tu, masa nurse tengah bersih2 kan saya dan buat persiapan untuk jahit saya tanya nurse.
    "Eh, nurse... suami saya tak masuk ye?"
    "Kat sini, kalau suami nak teman puan kene isi borang awal2 masa masuk wad. Kenapa tak gtau. bilik khas tu kosong".
Ceh, ingat kan sama prosedur macam hospital selayang. Rupanya untuk yang nak suami teman ade bilik khas. Demi menjaga aurat ibu2 lain yang nak bersalin. Sebab labor room saya tu dipisahkan oleh tirai2 je. macam dalam wad. So memang boleh dengar kalau jiran sebelah meneran hehe .
 
Berbalik kisah tadi, lepas selesai kene jahit, nurse bagi baby untuk disusukan. Happy sangat sebab baby terus pandai menyusu.
Pukul 6.15ptg lebih kurang, nurse tolak masuk wad biasa. Alhamdulillah... lepas semua ok, tekanan darah saya ok, baby pun ok. Masa kat pintu keluar labor room tu nampak en suami Dia tanya:
     " Eh, dah setel ke. kejapnya?" sambil wat muka tekejut sebab dah nampak baby.
Haha... die pun rupanya tertunggu2 nurse panggil untuk teman dalam labor room.
Sampai di wad, jumpa jiran katil yang sangat ramah. Ada la kawan borak hehe.. Esoknya kami balik rumah.
Anyway, nak bagi kredit pada staff, nurses & dr di hospital teluk intan yang sangat komited beri kerjasama sepanjang proses melahirkan permata comel saya. Hospital kerajaan sekarang dah upgraded dari segi layanan. Saya memang puas hati.
So, itu je lah kisah nya buat masa ni.
Satu hari nanti, kalau anak2 umi dapat baca ni umi nak pesan... sayangi & jaga lah isteri korang baik2. Bersalin merupakan jihad jugak.. besar pengorbanan melalui kesakitan, keperitan semasa tempoh tu.
Dan paling penting jangan pernah lupa pengorbanan umi melahirkan anak2 umi. Umi doakan anak2 jadi ahli syurga, kaya & berjaya di dunia & di akhirat. Kaya demi menuju jalan ke syurga... Inshaallah....

Wednesday, January 8, 2014

Pengalaman Bersalin Numa Bushra

0 comments
Assalamualaikum W.B.T dan salam ceria

Malam tadi terdetik dalam hati nak tulis entry pengalaman bersalin Numa Bushra aka anak pertama saya. walaupun dah 1y6m anak ummi ni kat dunia, ummi baru sibuk2 nak cerita hehe...


28/7/2012 : 10pm

Baru balik dari Tesco Rawang. masuk hari kedua round mall ala2 exercise. semua kedai diterjah. semua shelf barang disinggah... sempat singgah kedai jamu beli lilin resdung en suami. ternampak kedai kulit ada handbeg cantik gojes super awesome!! mntak purse kat en suami die mati2 x bagi. membazir katanya....terus die tarik g kereta. masa ni dah start sakit2..in fact seminggu sebelum tu dah sakit mcm period pain tu..tp lagi sakit. dan dah beberapa hari ada keluar light brownish sikit kt panties.ala2 mcm mula period tu..

dalam kereta tarik muka...sampai rumah terus berkurung dalam bilik..merajuk konon sbb x dpt handbeg kulit tu. En suami pujuk x jalan...die terus tgk tv ngan main ps kat luar. Saya dok kemas2 beg baju time berpantang kt rumah mak nanti.

Pukul 12.30pagi...makin cergas x leh tidur. tp badan penat. seminggu x makan nasi.tp kt tesco sempat makan nasi sikit ngan ayam msk cili kering. tekak cuma boleh telan susu Dutch Lady je. sehari sampai 2kotak besar tu. x tau kenapa tapi rasa sedap sangat susu tu. makan ngan buah. sampai en suami bising x makan nasi. So, malam tu macam ayam berak kapur. teringat kakak kt ofis ckp tanda2 die nak besalin x senang duduk mcm ayam berak kapur. dlm hati terus terdetik..ha! nak besalin dh ke ni!   asik bejalan kehulu hilir dlm bilik tidur tu sambil tahan sakit sikit2.. walaupun mata separa pejam sbb dh ngantuk.

Lastnye tetidur jugak...tebangun every half an hour.duduk,bejalan,try tidur balik.. macam tidur2 ayam je.. sampai la pukul 4.30..dh x tahan dah masa tu. duduk jap. rileks kan diri balik pastu tetido balik hehe..

tebangun pukul 6.05pagi. tekejut sbb mcm ade bunyi benda meletup. terus duduk sambil usap perut "sakitnya ummi..numa jgn tendang kuat sangat" (memang selalu panggil nama Numa sejak dari die dlm perut lg). Then try bediri ingat nak g solat subuh. tetibe terasa mcm tangki pecah buusshhh air suam2 turun ke kaki.siap ada bunyi air lagi haha...masa tu tengah on switch lampu. dalam hati terdetik "ya allah! this is the time"...chewah sempat speaking kau....

Nasib baik masa tu betul2 dekat tombol pintu. terus bukak pintu and melangkah setapak je sebab x berani nak begerak haha..jerit kt en suami yg tengah sedap tidur. die x dgr..panggilan yg ke 3 kot baru die tebangun.
"Jom g hospital...dah pecah ketuban la"

Terus mata die tebeliak then kelam kabut masuk tandas semua. Saya terus capai towel n try to rileks. ckp kat die nak shower jap. then lepas siap semua dalam pukul 6.45 terus gerak g spital.masa tu jalan x jem langsung sbb ahad kan.subuh sapie pulak tu

En suami bawak laju x ingat.sampai saya ckp rileks, lambat lagi ni biasanya anak 1st kan dlm 12jam. Sampai hospital selayang 7. 00pagi. Sementara tunggu en suami cari parking seluar dh basah lenjun dah. orang lalu lalang dok tgk je huwaaa....

Buat pendaftaran kt kaunter, lepas check bukaan sementara nk dpt katil tu rasa lamanya.padahal 15min je kot. dok bejalan kehulu hilir sbb x selesa nk duduk. Ramai yang tunggu masa tu. x banyak tempat duduk yg kosong.
Masuk wad dlm pukul 8lebih masa tu. en suami diminta pulang sbb bukan waktu melawat. dlm wad nampak 3orang. sebelah katil tunggu nak discharged je. lagi satu katil tengah mengerang kesakitan. nampak darah byk kt katil die. 2-3x gak kene marah ngan nurse2 kt situ sbb bile time die panggil tgk2 masih belum 4cm.. dgr2 nye dari mlm td die masuk wad...eh kepochi jugak! hehe. and sorg lagi depan katil baru keluar labour room sambil pegang baby.comel! anak cina......

29/7/2012 : 10pagi
En suami sampai. ade gtau kt die yg x tahan dh sakit. mntk die pggil kn nurse sbb dari pg x de siapa pn dtg check dh berapa cm semua. smpt la dgr nurse ckp kt blkg "eh , die baru masuk pg td. anak 1st lambat lg tu. tahan la sikit.........sabo je la.
Dah start rasa nak bersilat. time ni fon kene barred sbb company x bayau. (pakai 1 no je sbb malas pegang fon byk2)..so mmg x boleh nk hapdet fb,sms,whassap org ramai hahaha. Then ada sorg doktor yg baru abis check patient yg kene mrh td tu stop kt katil saya bgtau kene baring. x boleh duduk sbb dh pecah ketuban bahaya pada baby takut ade infection sbb ketuban dh x de utk protect. Then die tanya x sihat ke sbb muka mcm x larat. Saya just gtau yg saya x makan karbo n mmg sakit x larat. cuma ye la diam je la x kn nk jerit2 nangis2 kan. dh tau sakit besalin tu mmg sakit....

Then saya pun baring. tp melompat balik ke kerusi lepas 5min tu sbb x selesa nk baring. n masa tu jgn ckp la sakitnya. memang kerap contraction every 5-6min. time ni ntah dtg idea dari mana ntah, every contraction je utk lawan rasa sakit tu mesti saya teran. hehew!! x boleh ye! jangan diamalkan. sebab? HILANG TENAGA. RAHIM BOLEH BENGKAK.
x lama tu doktor yg sound td dtg die nk try check. sambil pakai sarung tgn tu smpt die ckp "saya bukan x nk check awak ni. sbb ketuban dh x de bahaya kalau saya seluk2".....n stop bila die ckp "eh dah 4cm la! patut la awak x larat. saya tolong bg bukak besar lagi ye.." sambil 'tlg bukak lagi besar' haha... n jerit kt nurse untuk booking labor room kat saya.

29/7/2012 : 1.30ptg

Dah makin ramai family patient kt situ dtg. especially cina td. penuh wad tu family die je. ada la lagi family patient lain. Masa ni mmg dh rasa nk meneran betul...x boleh nk ckp dh. suruh en suami panggil doktor. time tu dh x reti segan dh sbb ade ramai org. dh la katil tepi sekali kt laluan utama tu. org dok tgk je.serius x kesah pun.. doktor n nurse beramai2 dtg. tutup tirai. check bukaan. dah 10cm!!! terus doktor ckp kt nurse tolak je ke labor room. Terus je unlock roda katil tu n tolak. nurse suruh mengiring n jgn teran. sambil bukak cincin2 or apa2 perhiasan kt tgn. masa tu rasa jauh betul dari wad ke labor room tu. dh la hari ahad kan..waktu melawat pulak..memang ramai yg tgk hehehe.. en suami pun ikut tolak jugak.. sampai ke labor room, diorg suruh tukar baju n alih ke katil kt situ. dpt bilik special, penuh monitor dlm tu. agaknye sbb x de katil kosong dh diorg sumbat masuk situ je hehe. teringat time melawat labor room time g antenatal class kat spital tu jugak, diorg tunjukkan peralatan nk besalin. rasanya masuk bilik yg sama..

sempat tgk jam besar kt dinding masa tu. pukul 3.05ptg x silap.. dh baring tu tgk2 x de sapa pun dlm tu. td masuk ada 2org pastu ntah kemana ntah. ade doktor/nurse yg masuk keluar kt situ tp diorg tgk monitor n update apa ntah kt situ.

Then x lama masuk segerombolan hehe..dlm 7org kot. semua perempuan.lega alhamdulillah....ada doktor mat saleh sorg. agak berusia. yg lain2 tu org melayu.terus bekumpul n bagi sokongan untuk push. en suami x nampak masa tu......

Teran punya teran rasa dh habis teran kot tp diorg kata x cukup teran lg. peh...mmg masa tu dh habis nafas dh. mcm x leh benafas elok pun ada.tetibe en suami muncul. tp serius masa tu mcm x perasan die kt sebelah sbb ramai n fokus pada proses meneran je.

10min berlalu..masih belum keluar. ada dgr2 pebincangan diorg nak vacum. tetibe ade sorg bidan hospital dtg. n ckp slowly dengan saya " adik, adik x leh mcm ni.kene kuat..tarik nafas betul2..ikut saya baca ni" dia ada ajarkan sepotong ayat quran. and lepas tu sambung teran..dengar nurse gunting miss v zass... ngeri kalau teringat alhamdulillah jam 3.37ptg keluar la numa bushra. die x menangis...nurse letak di dada saya untuk diberi susu ibu yang pertama. Heavennye masa tu!! serius rasa happy & syukur sangat. sempat la rasa kene injek kt peha bg mudahkan uri keluar. nurse minta suami azankan. tapi entah la masa tu die nervous ke apa dia x nak. so, saya yg iqamatkan kt telinga numa. dengan sisa2 tenaga yg ada, sempat bisik perlahan je kt telinga dia.sambil bacaan fatihah dan beberapa potong doa.

Numa Bushra lepas dibersihkan.sedap tdo.. 3.37pm, 3.31 kg



Then nurse ambik numa utk dibersihkan, time tu baru dgr die menangis. comel! en suami diminta keluar sementara proses keluarkan uri dan mintk balik wad ambik receiving towel n brg2 numa mcm baju n pampers dia. ada la 15min lepas tu keluar uri. sakit mcm rasa contraction tp x perlu meneran. doktor cuma minta batuk2 kecil je. then masa tgh tunggu nurse bersihkan uri tu smpt la die beseloroh " tgk uri ni mcm paru pulak. boleh buat sambal buat bebuka ptg ni" hahahaha... time tu x larat nk gelak. lemah btl. tu la x makan lagi.. mana nk dtg tenaga kan.

x lama pastu nurse datang.kecik je org nya muda. muka pun comel. eiiyahh..ni yg ngeri nak cerita. menjahit episiotomi time! betul ke eja. 1st jahit yg kene gunting tu dulu. ok la x sakit sbb kene bius sblm kene zass tu. rasa biasa je. geli sikit mcm kene godek2. huhu...pastu die ckp "kak,yg ni sakit sikit ye. tahan tau. yg ni x boleh pakai bius sbb takut lambat baik. yg ni sikit je merekah2 tepi ni" okeh...
Nurse bawak masuk numa bushra. letakkan kt tepi katil dlm baby coat. diam elok je tidur.

masa mula die masukkan jarum tu dh nk menjerit.. hahaha.....serius wei..mmg sakit. ye la kene jahit hidup2 kan..setengah jam okeh. dari pukul 4 sampai 4,30 baru setel. yg lamanya asik kene tendang je nurse tu haha..mmg kesian. siap saya tarik2 lengan baju die. tapi serius respect kat dia..sbb sangat sabar walaupun dh banyak kali saya mintk maaf. die siap ckp " x pe kak, ni tugas saya. akak tahan sikit ye"  nurse2 yang keluar masuk pun sengih2 je...siap ckp "yah...aksi akrobatik dh kuar" hahaha sabo je la...
nurse letakkan numa utk menyusu kt dada. katanya sambil alihkan fokus sakit tu pada baby. harem... x lama tu nurse suruh letak balik dlm baby coat takut baby jatuh dh ummi nye ni hilang fokus balik.haha

ok lepas azab kene jahit. nurse pakaikan pad, bagi milo o suam.. n selimutkan. diorg monitor tekanan darah n suruh berehat. kalau tekanan drh dh ok baru boleh balik wad.

En suami dipanggil masuk. feeling better.... en suami call mak beritahu dh selamat bersalin. sempat la ckp kt mak...seronok mak dgr dh tambah cucu, masa tu mak g sg besar kot ngan kakak.

sempat sembang ngan en suami " u, bagus la hospital ni semua perempuan x de lelaki kan..baik2 pulak tu semua"

nanti dulu

haha..ada la 5min lepas ckp tu doktor lelaki masuk. siap pegang pad bertali pjg tu ok! "en, minta keluar ye. saya nak tukar pad puan sekejap"

x lama pastu masuk lagi sorg doktor perempuan. Check jahitan!

serius ngeri time ni. kene kangkang balik n diorg siap tekan2 sambil lampu kuning tu fokus disitu ye...n bincang term medical ni apa ntah sebutir pun saya x fhm. " sakit ke?" mmg la sakit...sbb dh la jahit x kene bius.ditekan pulak tu. paling sadis dia korek2 untuk buang darah beketul. tp mmg lega kalau x sakit mcm contraction tu. "saya kene tunggu doktor lain dtg untuk double check ni. rasanya kene jahit semula . sbb puan kata sakit kan. takut ada infection ni" adushh..masa tu x terdaya nk bebel2 sbb x de tenaga.hehe

doktor lain dtg.wanita..agak berumur.. gaya mcm pakar je...die seluk tgk tekan2. "ok, jahitan cantik. jap lagi puan boleh balik wad ye"

yahooo!rasa nak melompat.serius seram kalau kene jahit balik.

pukul 6.20ptg ada sorg nurse india dtg bawak baju lain. n kerusi roda. die suruh bangun perlahan2. 1st time masa bangun tu mcm nk melayang, nurse tu tolong tahankan time nk jatuh tu. hehe..... seliper x pakai, sbb time kelam kabut kene tolak katil tu manade pakai seliper kan. die bagi numa suruh pegang n die tolak ke wad.

Masa sampai ke wad en suami pun sampai. nasib die ada. mmg serius sakit kt tmpt jahit tu . plus, x larat nk bejalan even setapak. so en suami yg angkatkan baby masuk dlm coat pastu tlg saya duduk kt katil.siap pakaikan stokin 2lapis lagi.  x lama tu guard perempuan dtg beritahu suruh balik. tp kami mintak en suami temankan saya smpai habis waktu berbuka. nasib baik dia faham...

pkl 7 nurse dtg tanya dh buang air ke? die suruh buang air cpt n maklumkan kalau dh.
pukul 7.30 doktor mat saleh dan 3-4org lagi dtg check saya. die tekan2 perut n ckp rahim dh elok mengecut...n die siap tekejut dengan jawapan saya yg belum buang air kecil bila dia tanya. dia kata dlm masa 45min lepas bersalin wajib buang air kecil bg memastikan jahitan tidak terkena saluran kencing..erkkk

Pukul 8 baru en suami balik......

Kene bermalam di hospital. sbb masa masuk wad tu dh petang x de doktor untuk check saya. so, kene tggu pagi esok baru boleh balik kalau x de apa2.

Kat GH biasa la kan...semua kene indipendant. oh lupa nak ckp, kakak yg kene mrh dgn nurse dlm wad siang td masih blm masuk wad lagi. tp die yg masuk ke labor room dulu dari saya.. kesian dia...

pukul 9malam ade nurse bwk troli ubat. stop kat katil saya offer ubat tahan sakit. nurse yg tanya dh buang air td dtg lagi tanya. saya ckp belum. terus kene mrh, "puan kene buang air cpt. nnti saya masukkan tiub tu nak?"

sebenanrya saya mmg nk buang air, tp sanggup tahan sbb seriau nk berjalan. sakit! rasa berat nk melangkah tu, seret kaki pn sakit... jalan 2-3langkah pegang katil sebelah.

Akhirnya berjaya jugak. tp mak datok time nk bilas tu. dh la air paip sejuk!waktu malam pulak tu! pedih jangan ckp la kan.haha

n dengan muka bangga gtau nurse.."nurse! dah kencing" hehehe

Numa bushra sangat behave... die tdo je x nangis pun. saya x boleh tidur walaupun perut lapar badan penat.maybe sbb masih rasa sakit n x selesa kot. every one hour g toilet tukar pad. nurse pun galakkan kerap tukar sebab boleh elak kuman dlm drh kotor tu melekat kt benang jahitan. erkk ngeri...

lepas lap2 badan sikit, tukar baju,kain,mntk nurse tukar kan cadar, saya makan roti cicah milo panas, try tdo. time tu pkl 11 mcm tu kot. mntk nurse letak numa atas katil sebelah saya, so senang saya nk menyusu kan die. x boleh tdo pn. anak cina tu asik nangis je x berenti. pastu lampu x semua off..silau, x boleh tdo. dengan dgr nurse2 menyembang lg. dgr troli lalu lalang lagi.

sampai pukul 4pagi kot. baru boleh tdo nyenyak sikit. pkl 7 ada doktor dtg suruh bangun n selak semua tirai.student praktikal ambik semua baby mandikan. saya pun bersihkan diri ,tukar baju semua, then doktor round patient check baby semua. numa kene vaks bcg.doktor kata tunggu laporan darah numa kalau ok,kuning ok,dh boleh discharged harini.

pkl 12 waktu melawat. ramai membe ofis,bos dtg...dapat hadiah Stroller & car seat. numa mcm tu gak...tdo n x menangis pun. ramai ckp numa ikut muka ummi.hehe

pkl 1.30 doktor beritahu boleh discharge. mntk suami g kaunter untuk urusan pembayaran bil dan sedikit info panduan tentang perancang keluarga, pemberitahuan kelahiran,pendaftran kelahiran semua. tggu dalam sejam gak kot.sempat la lunch dulu.

Siap2 terus balik sg tengi. sampai sg tengi pukul 4 lebih rasanya, suka betul opah n wak edah hehe. numa dari dlm kereta sampai rumah mak nyenyak sangat tdo. sampai kene kejut pun x nak. kt wad tdo tp x nyenyak. kejap2 bangun..maybe sbb bising kot.

So mcm tu lah pengalaman bersalin ...nnti entry lain cerita pengalaman berpantang pulak ye..
 

UMMI SIHAT CERIA Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez