Salam sejahtera...
Siapa yang pernah rasa sembelit semasa hamil cuba angkat kaki sikit..
haha
Tapi, berdasarkan pengalaman saya dua kali hamil tak pernah lagi sembelit samada semasa hamil atau semasa berpantang. Pernah juga seminggu tak membuang, tapi najis lembut je. Tu pun sebab bertukar tempat,jadi montot ni mengada-ngada lebih. Masa pantang anak pertama mula2 ada jugak sembelit. Tu pun sebab tahan tak nak membuang sebab takut sakit kat tempat jahitan.
Selalu juga saya dengar kawan-kawan yang hamil & berpantang bercerita pengalaman mereka mengalami sembelit. Majoritinya memang ada masalah ni, Kesian pun ada, ye lah badan masing-masing berbeza kan.
Sebelum tu saya nak berkongsi dengan korang sedikit panduan untuk mengatasi sembelit.Mungkin info ni berguna untuk korang boleh kongsi dengan kawan atau saudara atau adik beradik yang ada masalah ini.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakselesaan ini terjadi. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah tidur tidak mencukupi, kurang bersenam dan pengambilan makanan berkhasiat yang kurang memuaskan.
Anda boleh mengatasi sembelit dan mengelakkan kesakitan sewaktu membuang air besar dengan melakukan sedikit perubahan dalam diet seharian. Amalan mengambil makanan yang kaya dengan serat adalah cara termudah & paling dipercayai untuk mengembalikan fungsi sistem penghadaman kepada asal.
Tetapkan matlamat untuk mendapatkan 15 hingga 20gram serat setiap hari dengan memakan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran seperti kekacang , bijirin, roti dan lain-lain disamping memakan jenis makanan yang lain seperti biasa.
Berikut adalah antara makanan yang kaya dengan serat:
KACANG HITAM (dimasak) 1cawan = 15g serat
SAYUR CAMPUR 1cawan= 8g serat
BRAN OAT (dimasak) 1cawan= 5.7g serat
PIR saiz sederhana 1biji = 5.1g serat
BROKOLI(dimasak) 1cawan = 5.1g serat
STRAWBERI (segar) 1cawan =4.8g serat
LOBAK MERAH(dimasak)1cawan = 4.7g serat
KENTANG BAKAR(termasuk kulit)1biji = 4.4g serat
OATMEAL (dimasak) 1cawan = 4g serat
EPAL saiz sederhana 1biji =3.3g serat
PISANG 1biji =3.1g serat
PRUN KERING 5biji=3g serat
APRIKOT KERING 5biji=2.6g serat
ROTI GANDUM 1keping =1.7g serat
**SUMBER: karangkaf
Pendapat saya (berdasarkan pengalaman), diet semasa berpantang & semasa hamil sangat sangat memainkan peranan yang penting. Amalan berpantang secara tradisional kalau ikut petua orang dulu2 hanya beberapa jenis sayuran je yang boleh dimakan selebihnya tak boleh dimakan dengan alasan sejuk. Mungkin untuk sesetengah orang tak boleh makan, tapi bila saya amalan memakan sayur & buah tanpa had semasa berpantang anak kedua memang terdapat perbezaan yang sangat ketara. Kecuali pucuk ubi, kangkung, pucuk manis, pucuk geti & beberapa sayur kampung saya memang tak ambil sebab memang angin. Badan rasa lebih bertenaga, proses pelawasan sangat lancar & rasa happy je, Mungin sebab dapat bekalan nutrisi yang mencukupi.
Selain ikhtiar dengan mengambil serat yang tinggi, senaman & tidur yang mencukupi, ibu2 juga boleh mengambil supplemen tambahan.
Boleh cuba SET SEMBELIT(untuk atasi masalah sembelit bukan untuk dapatkan sembelit hehe). Ada 2 jenis untuk wanita hamil lain manakala untuk ibu berpantang lain.
0 comments on "Sembelit Semasa Hamil/ Berpantang? TOLONG SAYA!!!!!"
Post a Comment