Diriwayatkan
sebuah kisah dari zaman Rasulullah, terdapat seorang lelaki bernama
GHAIR BIN ZALIM (SESAT ANAK LELAKI ZALIM) iaitu seorang pemburu, telah
membeli sebuah berhala daripada ABU LAHAB semasa dia hendak pergi
berburu dipadang pasir akibat terpedaya dengan pujukan ABU LAHAB yang
mengatakan berhala tersebut boleh menjadi pelindungnya semasa pergi
berburu
Sepanjang seharian berburu, GHAIR berjaya mendapat seekor burung. Tiba-tiba dia berasa sangat lapar lalu menghidupakn unggun api dan membakar burung itu untuk dimakan.
Tiba-tiba dia teringat akan patung berhala yang telah dibeli tadi. Lalu
dia mengeluarkan patung tersebut dan meletakkan burung yang telah
dimasak tadi,lalu menyuruhnya makan.
Namun, tiada sebarang tindakbalas daripada patung itu.
Tidak lama kemudian seekor musang datang & memakan burung yang
telah dimasak tadi sehingga habis. Bukan itu sahaja, musang tersebut
membuang air di atas kepala patung tersebut!
Ghair terfikir
sendirian. Bagaimana patung boleh menjadi pelindung aku jika ia sendiri
telah dikencing kan oleh SEEKOR MUSANG! dan berkata
"JIKA ENGKAU ADALAH TUHAN, MAKA
ENGKAU ADALAH TUHAN YANG MEMALUKAN!"
Ghair kembali ke Mekah dan
berjumpa Rasulullah dan memeluk islam. Baginda menukar nama Ghair kepada
RASHID yang membawa maksud PETUNJUK.
Allah berfirman didalam SURAH YAASIN AYAT 75
(But) they shall not be able to assist them, and they shall be a host brought up before them.
(But) they shall not be able to assist them, and they shall be a host brought up before them.
0 comments on "[TAZKIRAH PAGI- KISAH PATUNG BERHALA vs MUSANG]"
Post a Comment